SK 69

1K 49 4
                                    

Lari Izy. Lari!!!!

Azim menaip mesej dan dihantar kepada Izy. Mesej amaran itu kemudian, dipadamkan. Dia tutup juga data jalur lebarnya agar tiada mesej balas dari Izy yang masuk. Dia perlu berjaga-jaga agar Rosma tidak mengesyaki amaran yang diberikan kepada Izy.

Dia memerhatikan Rosma yang sedang memandu disebelah. Keengganannya terlibat dalam konspirasi Rosma ini, membuatkan perempuan itu memandu sendiri.

Namun, dia tidak diberikan pilihan yang banyak. Dia terpaksa mengikut segala kemahuan Rosma andai dia mahu menjaga nama baiknya dan keluarga. Cukup sudah rumahtangganya diambang keruntuhan. Takkan dibenarkan namamya dan keluarga pula terpalit sama.

Dia mengeluh.

Keengganannya mengikut permintaan Rosma untuk melanggar seseorang telah mengakibatkan rumahtangganya retak. Tak disangka, Rosma merakam perbuatan terkutuk mereka. Dihantarnya gambar mereka sedang bermesra kepada isterinya. Akibatnya, isterinya sudah menfailkan perceraian dan menunggu masa untuk dipanggil untuk sesi kaunseling.

Dia masih memujuk isterinya. Memohon kemaafan. Tetapi, dia faham. Hati perempuan mana yang tak terluka bila suami main dibelakang. Namun, dia masih mahu mencuba. Kerana cinta dan anak-anak.

"Kau kenapa mengeluh?" Tanya Rosma.

"Kau tu. Bawalah istighfar. Apa kau nak buat ni, salah tau. Bukan saja salah, dosa besar." Jawab Azim.

"Eleh. Dosa besar konon. Eh. Kita baru je lepas buat dosa besar. Zina tu pun dosa besar tau. Apa salahnya tambah satu lagi dosa. Dah alang-alang jadi ahli neraka. Biarlah betul-betul jahat." Balas Rosma. Mengejek.

"Sekurang-kurangnya, zina tu dosa kita dengan Tuhan. Yang kau nak buat ni, menzalimi manusia. Tuhan tu Maha Pengasih dan Penyayang. Manusia ni, belum pasti lagi." Balas Azim pula.

Rosma ketawa.

Azim benggang.

Dia tahu, dia salah. Tak serik. Rosma dah buat rumahtangganya sampai begitu rupa pun, dia tetap tak mampu nak menolak godaan Rosma. Akhirnya, dia terlanjur juga bila Rosma janji tiada rakaman yang akan dilakukan. Sememangnya tubuh Rosma sangat mengoda imannya yang sangat rapuh.

"Bodoh betul!" Marah Azim kepada dirinya.

"Kau kata aku bodoh?" Tanya Rosma. Marah.

"Aku kata aku bodoh. Ikut je kau." Balas Azim memukul kepalanya.

Rosma ketawa.

"Kau memang bodoh pun. Senang je nak perangkap kau. Kau ingat apa? Aku nak puaskan lubang aku je? Memang tak lah. Selagi orang-orang yang buat hati aku sakit ni masih tersenyum gembira, aku takkan puas." Kata Rosma. Penuh dendam.

"Apa yang kau sakit hati sangat dengan Izy tu? Dia kacau kau pun tak." Tanya Azim.

Dia mula merakam perbualannya dengan Rosma. Dia perlu cari cara untuk menyelamatkan dirinya juga. Bukan dia mahu mengikut arahan Rosma tetapi dia dipaksa. Rosma meletakkan dirinya dalam keadaan terpaksa.

"Silap Izy sebab dia kahwin dengan Myra. Adik Aidid." Jawab Rosma.

"Kenapa kau tak kenakan Aidid je? Kenapa Izy dengan Myra yang kena? Dengan aku sama terbabit." Tanya Azim lagi.

"Kau ingat siapa yang aku suruh kau langgar dulu? Bini Aidid. Sakit pula hati aku. Aku ingatkan dah mati. Tak juga. Kot la cacat. Pun tak. Bodoh! Semua sebab kau la ni!" Marah Rosma.

"Kenapa pula aku?" Tanya Azim. Pelik.

"Kalau kau yang buat kerja tu, senang. Bila aku buat, aku teragak-agak juga. Dia tu speupu aku yang paling aku rapat. Kalau kau buat, sekali hentam je. Mesti mampus betina tu." Jawab Rosma. Rasa marah menguasai diri. Dia menyiku perut Azim disebelahnya.

Setiaku Korbankan.Where stories live. Discover now