SK 3

1.9K 96 9
                                    

"Rumah korang ni tak ada gambar ke?" Tanya Izy.

Matanya masih meliar memerhatikan setiap ruang rumah itu. Sewaktu dia masuk menghantar barangan yang dibeli Myra dan Zayn siang tadi, dia tak sempat nak memerhati ruang rumah tersebut. Baru ni berkesempatan untuk meneliti.

"Tak."

"Tak ambil gambar ke?"

"Ambil."

"Dah tu? Mana?"

"Dalam handphone."

Izy angguk.

"Ibu kata, membazir nak print. Semua gambar letak dalam cloud. Boleh simpan sampai bila-bila. Janji, ingat username dan password. Dan Google tak bankrupt." Terang Zayn.

Izy angguk.

"Ibu kau kerja apa?"

"Tak kerja."

"Habis tu? Macam mana korang dapat duit? Nak makan. Sewa rumah. Kereta lagi." Tanya Izy. Dia memandang Zayn dengan kerutan didahi.

"Ibu ambil upah. Selalunya ibu ambil upah menulis konten, key in data. Tapi sebenarnya, macam-macam kerja ibu buat untuk dapatkan duit. Tapi, tu lah. Kadang tak ada kerja. Kadang ada kerja." Jawab Zayn.

"Habis tu, kalau tak ada kerja, macam mana?" Tanya Izy lagi.

"Ibu ada rumah yang dia buat sewa. Sewa rumah tu, bayar sewa rumah ni sekali dengan bil-bil dan untuk belanja dapur." Jawab Zayn.

Berkerut dahi Izy mahu memahami kata-kata Zayn itu.

"Sewa rumah ni, RM400. Rumah ibu tu, dah habis bayar. Ibu sewakan dengan harga RM850. So, ada lah balance. Itu lah buat belanja kami masa ibu tak ada kerja. Plus duit simpanan ibu." Sambung Zayn.

"Kereta?"

"Kereta pun dah habis bayar. Kereta tu kan dah lama. Kalau rosak, bila ada duit, baru ibu betulkan. Tapi, kereta tu jarang rosak. Sebab ibu service ikut time." Balas Zayn.

"Ada pula duit nak service kereta." Balas Izy.

"Masa ada duit, ibu dah asingkan."

Izy angguk.

"Pandai ibu kau uruskan duit." Komen Izy.

Zayn angguk. Walaupun dia tak faham, tapi, dia faham satu perkara. Kerana itu, mereka cukup makan. Tak meminta-minta. Tak perlu ehsan sesiapa.

"Kenapa ibu kau tak kerja?"

Zayn angkat bahu. Tak mahu mengulas tentang itu. Bukan dia tak tahu tapi tak mahu membuka aib ibunya. Ibunya selalu pesan. Jaga diri. Jaga aib. Diri dan orang lain. Jangan menghina orang dan jangan rasa diri lebih baik dari sesiapa pun.

"Pakcik nak tidur dalam bilik Zayn ke kat luar ni?" Tanya Zayn.

"Bilik kau mana?" Tanya Izy.

Zayn membawa Izy ke biliknya. Lampu dibuka bagi memberi percahayaan kepada Izy untuk melihat biliknya.

"Sempit. Katil kau kecil. Aku tidur bilik ibu kau tak boleh ke?" Usik Izy.

"Ibu tak suka orang masuk bilik dia." Tegas Zayn.

"Aku tidur kat luarlah kalau macam tu." Kata Izy. Sememangnya, dia memang rancang untuk tidur diruang tamu.

"Ye lah. Nanti Zayn ambil bantal dengan selimut." Balas Zayn.

"Pakcik bawa tuala tak?" Tanya Zayn pula.

"Bawa." Izy menunjukkan beg yang terletak diruang tamu rumah itu.

Setiaku Korbankan.Where stories live. Discover now