SK 63

995 61 6
                                    

"Zayn, kalau awak ada adik, awak marah ibu tak?" Tanya Myra kepada Zayn yang sedang duduk bersantai diruang tamu bersamanya.

Zayn mengerut dahinya.

"Kenapa pandang ibu macam tu?" Tanya Myra.

"Pelik. Kalau Zayn ada adik, mestilah Zayn happy. Kenapa pula nak marah?" Tanya Zayn.

"Sebab adik awak lahir dari perkahwinan yang sah tapi bukan awak." Jawab Myra.

"Ibu..."

"Em."

"Kenapa ibu tak layan Zayn macam parents kawan Zayn layan dorang? Kenapa ibu layan Zayn macam orang dewasa?" Tanya Zayn.

"Sebab Zayn je kawan ibu ada masa tu. Takkan ibu nak bercerita dengan budak kecil. Mestilah ibu nak bercerita dengan orang besar." Jawab Myra.

"Zayn nak ibu layan Zayn macam budak-budak ke? Ibu dah ada ayah nak bercerita. Ada atok. Ada pakngah." Tanya Myra pula.

Zayn geleng.

"Why?"

"Dah terbiasa."

Myra angguk.

"Ibu minta maaf."

"Why?"

"Sebab Zayn kena matang sebelum usia."

Zayn bangun dan memeluk ibunya. Satu ciuman hinggap dibibir Myra. Mata Myra yang sudah berair ditenung.

"Zayn sayang ibu."

"Ibu pun." Myra membalas pelukan Zayn dengan erat.

Jatuh airmata seorang ibu.

"Ibu banyak khilaf. Ibu tak pandai didik Zayn. Ibu tak tau macam mana nak didik seorang anak. Ibu tak ada guide masa tu. Tak ada siapa nak guide ibu. Ibu ingat balik macam mana ibu dididik. Macam tu lah ibu buat. Mana yang ibu rasa tak betul, ibu betulkan ikut cara ibu. Ibu tengok cara orang sekeliling, dalam utube, ibu baca sana dan sini. How to be a good mother. Dan ibu olah menjadi cara didikan ibu kepada Zayn." Cerita Myra.

Dia melepaskan pelukannya. Mengelap air mata dan air hidungnya yang mengalir. Itu pun, setelah separuh darinya disedut masuk ke tekaknya semula.

"Ibu nak Zayn jadi kuat, tabah. Sebab jalan hidup awak akan bersangkut paut dengan kisah hitam ibu. Masyarakat kita tak pandang kebaikan yang kita buat. Walaupun kita dah bertaubat, tetap juga kesilapan dan kekhilafan kita akan diungkit." Sambung Myra.

"Cuma, kita sebagai manusia. Jangan berhenti buat baik. Berbaik dengan Allah, manusia, bintang dan alam sekitar. Sentiasalah berbaik sangka dengan semua perkara. Tapi jangan sampai dipijak." Pesan Myra.

Myra berhenti sejenak.

"Bukan ibu nak salahkan masyarakat. Itu hak mereka. Alhamdulillah. Allah kuatkan hati ibu untuk berada dijalan taubatnya ini. Allah jodohkan ibu dengan ayah. Kami sama-sama perbaiki diri untuk jadi hamba Allah yang lebih baik. Alhamdulillah." Kata Myra.

Rasa syukur dipanjatkan kepada Ilahi atas perancangan-Nya. Dapat juga dia merasa bahagia. Kebahagiaan yang penuh dengan keberkatan dan keredhaan-Nya.

"Tapi, masa ibu duduk gelandangan dulu. Ramai yang gagal untuk bertahan dan akhirnya kembali semula ke jalan lama. Kebanyakannya kerana tak tahan dengan tohmahan dari masyarakat. Orang kata, jangan hiraukan apa masyarakat kata. Tapi, bila kita kena, berapa ramai yang tahan? Ramai yang kecundang." Kata Myra. Kesal.

Kesal dengan sikap masyarakat yang hanya tahu mengata tanpa mahu mengenal. Hilang sikap empati dan simpati. Mereka tak minta simpati tu. Tapi, kita sendiri sebagai manusia, kena ada sikap itu. Supaya kita beringat. Aib kita Allah sembunyikan.

Setiaku Korbankan.Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang