SK 65

1K 50 9
                                    

Myra tunduk menyalami tangan Izy. Dicium tangan itu penuh hormat. Izy mencium tangan Myra kembali. Tanda dia sangat menyanjungi isterinya itu. Kemudian, giliran Zayn bersalam dengan Izy dan kemudian Myra. Pipi ayah dan ibunya dicium.

"Selamat malam. Assalammualaikum." Katq Zayn sebelum dia keluar dari bilik ayah dan ibunya.

"Waalaikummussalam." Jawab Izy dan Myra serentak.

Izy memandang Myra yang masih duduk diatas kain sejadah.

"Sakit tak lutut tu?" Tanya Izy kerana Myra cuba untuk solat seperti biasa. Tidak diatas kerusi.

Myra angguk.

"Kenapa tak solat atas kerusi je?" Tanya Izy.

"Terasa nak tunduk sujud. Rasa macam lutut ni kuat. Tapi, sakit pula." Jawab Myra. Dia senyum.

Izy geleng. Dia membantu Myra untuk bangun. Myra berpaut pada katil dan dengan susah payah, dia bangun. Berdiri.

"Terima kasih." Ucap Myra.

Izy angguk dan melepaskan pegangannya dari sisi dada Myra. Dia meletakkan songkoknya ditempat dia ambil tadi. Tak mahu buat Myra marah seperti selalu. Kemudian, dia ambil sejadah, dan disangkut ditempatnya juga.

"Baiknya hari ni. Elok je semua letak kat tempat dia. Macam ni lah tambah sayang." Puji Myra.

Izy senyum.

Dia duduk diatas katil. Dia memandang Myra yang sedang menyisir rambut. Kemudian, losyen. Sebagai tanda Myra tak mahu diganggu malam ini. Izy hampa.

Izy menarik Myra rapat kepadanya bila Myra sudah naik ke atas katil. Perut Myra disentuh. Untuk merasai pergerakan bayi yang dikandung Myra.

"Rasa ke?" Tanya Myra.

"Sikit." Jawab Izy.

"Sabarlah ayah. Baru 4 bulan. Bambam pun kecik lagi." Kata Myra yang sama meletakkan tangan diatas tangan Izy.

"Doktor kata apa tadi?" Tanya Izy.

"Macam hari tu gak. Gula tinggi. Kena kawal gula. Tidak nanti, baby obes. Susah nak bersalin. Silap-silap, kena operate." Jawab Myra.

"Maaf. Saya tak dapat temankan awak." Kata Izy.

"Tak pe. Kalau awak ikut pun, tak boleh masuk. SOP PKP. Hari tu kan macam tu." Balas Myra.

Izy memeluk Myra. Rasa lemahnya dia tak dapat nak menemani Myra untuk pemeriksaan kandungannya. Sudahlah Myra yang menanggung kesakitan, kepenatan. Perkara paling kecil pun, dia tak mampu nak buat.

"Kenapa ni?" Tanya Myra bila Izy diam.

Izy geleng.

"Awak dah buat yang terbaik dah untuk saya. Janganlah macam ni. Awak ada dengan saya sekarang ni pun, dah rasa besar rahmatnya. Bila awak peluk saya. Manjakan saya. Rasa hilang penat." Pujuk Myra.

Izy sekarang terlalu sensitif. Ada saja perkara yang boleh buat dia menangis, marah dan merajuk. Buatkan Myra jadi 2x penat. Penat dengan kandungannya dan penat mahu memujuk Izy.

Itu belum lagi dengan Zayn. Merengek. Manja terlebih.

"Awak." Panggil Myra bila Izy diam.

"Tadi, Azim suruh kita hati-hati. Katanya, dia tengah plan something." Kata Izy. Menukar topik perbualan mereka.

"Azim? Plan apa?" Tanya Myra.

"Bukan Azim. Dia." Izy membetulkan tanggapan Myra.

"Siapa?"

"Perempuan tu."

"Rosma?"

Izy angguk.

"Macam mana Azim tahu?" Tanya Myra lagi.

Izy diam. Tak mahu membuka cerita tentang Azim yang menjalinkan hubungan terlarang dengan Rosma.

"Scandal?" Tanya Myra.

"Jangan sibuk hal orang. Biarlah dorang." Balas Izy.

"Mana boleh biar. Awak kawan dia. Awak kena tegur. Itu tanggungjawab awak." Kata Myra.

"Saya dah tegur. Terpulang pada dia nak dengar ke tak. Dia pesan, hati-hati. Dia tak boleh nak bantu apa. Tapi, dia kata juga. Jangan percaya pada dia. Sebab perempuan tu akan gunakan dia untuk perangkap saya." Balas Izy.

"Gila lah perempuan tu. Dia nak apa? Saya tak rasa dia nak awak. Dendam apa yang dia ada? Kalau marahkan abang, kenapa tak kenakan cousin dia. Abang nikah dengan cousin dia. Ke dia ada dendam lagi dengan awak?" Tanya Myra.

Izy angkat bahu.

"Saya paling risau kalau dia gunakan bomoh. Saya dah kena. Jenuh berubat." Luah Izy tentang kerisauannya.

"Ish awak ni. Takkanlah." Sangkal Myra.

"Saya dah kena, wak." Tegas Izy.

"Orang yang ubatkan awak tu siapa? Dia bagitahu?" Tanya Myra.

"Ustaz tu taklah bagitahu direct. Tapi, ciri yang dia kata tu, memang sama macam perempuan tu." Jawab Izy.

"Benda tak comfirm pun. Kan? Jangan nak mengarut. Mungkin orang lain." Balas Myra.

Izy diam. Dia tahu. Myra selalu akan bersangka baik dengan semua orang. Jadi, dia tak mahu berbalah lagi.

"Rumah yang sentiasa dialunkan dengan alunan ayat suci Al Quran, terutama yang dibaca sendiri oleh penghuni rumah. Benda-benda ni susah nak masuk. Kita mula buat air yassin. Setiap hari, kita minum air yassin. Setiap kali minum. Walaupun kita minum dekat luar. Campurkan air yassin dengan air yang kita akan minum. Usaha kita untuk mengelak dari terkena gangguan sihir." Cadang Myra.

"Doa jangan putus. Minta pertolongan Allah. Berlindung dengan Allah. Benda baik dan buruk, takkan jadi tanpa izin dari Dia." Pesan Myra lagi.

Izy angguk.

"Awak... Jangan fikir bukan-bukan. Tak baik untuk hati dan minda kita. Kita minta Allah lindungi kita dari semua kejahatan." Pujuk Myra bila Izy diam.

"Saya bukan apa. Saya risaukan awak. Zayn. Kalau something happen to you both, saya tak tau apa saya nak buat." Kata Izy.

"Saya pun risaukan awak. Kalau apa-apa jadi kat awak, macam mana saya dengan Zayn? Bambam lagi." Kata Myra. Memandang kandungannya.

"Macam mana saya nak besarkan dua anak seorang? Tu belum lagi saya akan rindukan awak. Kena jadi tabah untuk anak-anak. Saya takut awak tak ada. Kat mana saya nak bermanja? Siapa nak peluk saya setiap malam?" Balas Myra. Mulalah air matanya menitis. Sedih.

Izy mengeratkan pelukannya. Tak tahu apa yang harus dikatakan untuk memujuk Myra. Sesungguhnya, itu juga yang dia takuti. Andai Myra tiada.

"Ingat pesan saya ni. Apa-apa jadi kat saya, awak kuat. Selalu ingat, awak ada Allah. Berpaut pada Dia." Pesan Izy.

Myra angguk. Dia memandang Izy.

"Saya sayang awak." Kata Myra.

"Saya sayang awak lebih lagi." Balas Izy pula.

"Ni memang tak bagi saya gomol awak ke?" Tanya Izy.

"Ngada." Balas Myra. Dia menolak muka Izy. Lembut. Tersenyum dia dengan permintaan Izy.

"Dengan awak je." Balas Izy. Dia ketawa halus.

"Bolehlah, awak." Pujuk Izy.

"Maaf awak. Saya penat sangat." Tolak Myra.

"Kata bila saya peluk awak, hilang penat. Ni dari tadi saya peluk awak. Tak hilang penat ke?" Usik Izy.

Myra ketawa.

Izy mencium ubun Myra.

Rasa syukur dipanjatkan. Walaupun dalam keadaan risau. Dalam keadaan rumahtangga mereka bakal diganggu-gugat, mereka masih mampu tersenyum dan ketawa. Masih mampu untuk rasa bahagia.

Setiaku Korbankan.Where stories live. Discover now