SK 70

1.3K 56 1
                                    

Izy berjalan mengikut arahan yang diberikan oleh Rosma melalui talian telefon. Dia hanya mengikut tanpa bantahan. Keselamatan Myra menjadi keutamaannya ketika ini. Dia cuba mengawal emosinya sebaik mungkin agar dia dapat bertindak wajar dalam keadaaan mendesak.

"Kau pergi ambil kawan baik kau tu ke sini." Arah Rosma.

Myra yang tadi hanya dibiarkan duduk, dipaksa bangun. Tetapi Myra yang punya masalah dengan lututnya, tidak mampu untuk bangun.

"Aku dah cakap. Aku tak boleh duduk bawah. Memang aku tak boleh nak bangunlah." Kata Myra.

"Kau nak aku tembak kau sekarang ke baru kau nak bangun?" Balas Rosma.

"Bagi aku kerusi. Buka ikatan ni. Baru aku boleh bangun." Kata Myra.

"Banyak pula bunyi kau." Balas Rosma. Pistol dituju tepat ke sisi kiri kepala Myra.

Azim memberi kerusi yang ada disitu kepada Myra. Ikatan Myra juga dibuka.

"Kau apahal?" Tanya Rosma. Geram dengan tindakan Azim. Pistol dihalakan kepada Azim.

"Kau ingat dia main-main ke?" Tanya Azim membalas.

Myra bangun dengan bersusah payahnya. Sebaik dia bangun, Azim kembali mengikat tangan Myra.

Rosma hanya memandang. Dia kemudian menarik Myra dan leher Myra dijerut dengan tangannya.

"Dah. Pergi. Nanti sesat tah memana jantan sekor tu." Arah Rosma.

Azim pergi ke arah Izy yang masih ditingkat bawah tapak rumah banglo 2 tingkat yang terbengkalai itu. Dia tak tahu bagaimana Rosma tahu tempat itu kerana kawasan ini sangat terpencil. Tiada rumah atau bangunan disekelilingnya. Hanyalah pokok kelapa sawit.

Dia nampak Izy yang masih memerhati kawasan sekitar. Dia mendekati Izy. Sangat dekat.

"Kenapa kau bodoh sangat? Tak ikut kata betina tu? Ikut je sampai keadaan reda." Kata Azim perlahan tapi jelas marah.

"Kau tu? Kenapa bodoh sangat ikut kata perempuan tu?" Tanya Izy semula. Dalam nada yang sama.

"Kau ingat, aku nak ke? Kau ingat, bini aku minta cerai sebab apa? Betina sundal tu la punya kerja." Jawab Azim.

"Korang lama sangat tu, buat apa?" Jerit Rosma dari atas. Tak sabar mahu melihat wajah ketakutan Izy.

"Dahlah. Kau naik. Dari tangga tu, kau jalan ke kanan. Nanti, kau jumpa bilik kat mana betina tu ada dengan bini kau. Bini kau tu pun, nampak macam tak sihat. Lemah je." Suruh Azim.

"Kau?" Tanya Izy bila dirasakan Azim tak akan ikutnya naik ke atas.

Azim hanya diam. Kunci kereta Izy diambil dari poket seluar Izy. Kemudian, dia mengisyaratkan Izy supaya naik dengan kepalanya.

Izy berjalan naik ke tingkat atas. Manakala Azim berjalan laju meninggalkan perkarangan rumah tersebut.

"Jantan tu mana?" Tanya Rosma bila Izy naik seorang diri.

Izy angkat bahu.

Rosma pandang ke bawah. Melihat Azim yang sedang menjauhi.

"Azim. Kau naik sekarang. Jangan sampai aku sebarkan video kau tu." Ugut Rosma.

Azim memandang ke atas.

"Lebih baik dari bersekongkol dengan kau. Silap-silap, ke tali gantung. Biar malu sebagai perogol. Bukan sebagai pembunuh!" Balas Azim dan terus melangkah.

Rosma terus menghalakan pistol ke arah Azim. Sedas tembakan dilepaskan ke arah Azim. Tetapi tersasar kerana Myra menolak tangan Rosma.

Azim terus berlari laju meninggalkan kawasan tersebut. Bersembunyi disebalik kereta Izy. Dia kemudian masuk ke dalam kereta dan terus dipandu meninggalkan kawasan tersebut.

Setiaku Korbankan.Where stories live. Discover now