SK 32

916 55 34
                                    

"Bila fikirkan balik. Betul kata Aidid tu, yang. Adik tu perlu teman. Lagipun, tu cara paling baik untuk elak dari benda-benda memalukan terjadi lagi."

Amsyah teringat kembali apa yang dikatakan isterinya malam tadi. Masih terngiang perbualan mereka malam tadi.

Amsyah bangun. Dia masuk ke bilik kawan baiknya yang berada disebelah biliknya.

"Can I get in?" Tanya Amsyah walaupun dia sudah berada didalam bilik itu.

Bakhtiar hanya senyum. Dia menutup pen dan mengemas sedikit kertas yang ada diatas mejanya. Dia mempersilakan Amsyah duduk dikerusi depan mejanya.

"Why? Muka you berkerut je." Tanya Bakhtiar.

"You nak tak kahwin dengan adik I?" Tanya Amsyah.

"Kenapa I?" Tanya Bakhtiar pula.

"You memang suka adik I. Kan? Ke dah tak?" Jawab Amsyah.

"Still. But, adik you tak layan pun." Balas Bakhtiar.

Beberapa kali dia cuba mengorat Myra. Namun, langsung tak dilayan. Myra seperti seorang perempuan yang tiada perasaan. Bukan dia tak layan kerana dia tak suka tapi dia perasaannya natural. Layanannya sama saja dengan kawan-kawan yang lain. Walaupun berkali-kali diluahkan perasaannya. Myra seperti tiada kesan. Tidak mengelak dan tidak juga membalas.

Sikap Myra itu hanya membuatkan dia makin tertarik dengan Myra. Lain. Jika perempuan lain, pasti dia akan ditolak. Silap haribulan, pasti dia kena maki. Myra tidak. Dia hanya diam dan tidak membalas. Tak melayan dan tidak juga memgelak.

Padanya, Myra unik.

"Tapi, she had a child. Her own kid. Dia terlanjur. That's why dia hilang." Kata Amsyah. Wajahnya ditundukkan. Malu.

Bakhtiar diam seketika sebelum dia ketawa halus.

"Siapa sangka. Myra yang kita lebel perempuan tak ada perasaan boleh terlanjur. She such as perempuan lindungan kaabah. Pergi mana-mana, mesti dengan you or your family. Tak bekerja. Tak berkawan. Out of sudden, you kata dia hilang. Then, dia balik with a kid." Komen Bakhtiar. Sedikit kecewa.

"That's okey then kalau you tak nak." Kata Amsyah dan terus saja bangun.

"Bila pula I kata tak nak?" Balas Bakhtiar.

"No worries, bro. I tau adik I dah tak suci." Kata Amsyah.

Dia tahu itu. Terutama untuk Bakhtiar. Dari sebuab keluarga yang terhormat. Pastinya dia dan keluarganya mahukan seorang perempuan yang suci dan terbaik. Bukan seperti Myra yang sudah tercemar.

"Listen. I terima adik you in whatever situation. The feelings for her is so deep." Balas Bakhtiar.

Itu yang dia rasa. Benar, dia kecewa. Tapi, bukan bermakna dia boleh buang perasaannya kepada Myra semudah itu. Kalau boleh, pasti sudah lama nama itu terkubur. Namun, tidak. Walaupun sudah lebih 10 tahun. Perasaan itu masih segar. Masih tiada siapa yang dapat menggantikannya.

"Are you serious?" Tanya Amsyah ingin kepastian.

Bakhtiar angguk.

"Myra kata apa?" Tanya Bakhtiar.

"She can't said anything. This is my decision. I wali dia. I berhak nak nikahkan dia dengan siapa saja." Balas Amsyah. Tegas.

"Tapi, kita kena juga tanya pendapat dia. Ini soal hidup dia." Kata Bakhtiar.

"Nope. Dia hanya boleh buat apa yang I suruh. Kalau dia tak nak nama dia hilang dalam salah silah keluarga kami." Balas Amsyah.

"I'll wait for your final decision. Kalau you nak, you know what to do." Kata Amsyah dan terus keluar dari bilik itu.

Bakhtiar hanya geleng. Sudah biasa dengan perangai baran Amsyah. Bukan baru kenal dengan Amsyah. Persahabatan mereka sejak dari mereka bekerja lagi. Sama-sama masuk ke syarikat ini. Sama-sama berkembang dan berjaya.

Myra...

Bakhtiar senyum.

Setiaku Korbankan.Where stories live. Discover now