SK 44

936 61 4
                                    

"Zayn tidur dengan atok malam ni?" Tanya Puan Salma.

Zayn geleng.

"Kenapa?"

"Zayn kena biasakan diri tidur seorang. Nanti kalau Zayn asyik tidur dengan atok, Zayn jadi manja. Tak jadi independent." Balas Zayn.

"Bukan sebab takut ibu marah?" Tanya Puan Salma lagi.

Zayn diam.

"Kenapa Zayn takut dengan ibu?" Tanya Puan Salma bila Zayn tidak menjawab soalannya.

"Ibu menangis senyap-senyap setiap kali ibu marah Zayn. Zayn tak nak ibu sedih. Tapi sekarang ni, Zayn tengok ibu tak happy pun. Zayn tak suka tengok ibu macam tu." Jawab Zayn.

Puan Salma senyum segaris.

"Doakan ibu dengan ayah sentiasa happy. Ya, cu." Pesan Puan Salma.

"Zayn aminkan doa ayah. Tu doa ayah selalu. Zayn sayang ayah. Ayah baik sangat. Tapi, Zayn risau kalau ibu tak happy dengan ayah." Kata Zayn.

"Zayn pernah nampak ibu tak happy dengan ayah?" Tanya Puan Salma.

Zayn geleng.

"Ibu bila dengan ayah, selalu senyum. Bila ayah peluk ibu, ibu senyum je. Zayn suka tengok. Tapi, bila ayah tak ada, ibu termenung. Ibu monyok." Jawab Zayn.

"Emmm..."

Tak tahu Puan Salma mahu membalas apa. Teringat pesan suaminya dulu. Apa pun masalah melanda, jangan bawa keluar dari bilik. Jangan tunjuk depan anak-anak. Mungkin, inilah yang arwah suaminya maksudkan dulu.

"Zayn, dengar pesanan atok ni. Jangan biar ibu termenung. Ajak ibu borak. Boleh?" Pinta Puan Salma.

Zayn angguk.

Puan Salma memeluk cucunya itu sebelum memberi ucapan selamat malam.

Setiaku Korbankan.Where stories live. Discover now