SK 68

978 56 3
                                    

"Dah tu? Nak buat apa?" Tanya Aidid.

"Buat macam hari tu. Ugut abang dia. Kau bawa kes ni ke polis pun, abang dia mesti akan buat apa je untuk selamatkan adik dia." kata Amsyah.

"Hari tu pun, kita dah buat. Tapi, tak ada result pun." Balas Aidid.

"Itu kes lain. Tu pasal kes rasuah dia. Mungkin dia rasa, dia boleh selamatkan diri dia. Tapi, ni kes lain. Ini kes berat. Susah dia nak selamatkan adik dia. Bukti pun jelas. Bodoh perempuan tu. Pergi buat kerja sendiri. Tak tengok pula tu kawasan sekeliling." Kata Amsyah. Dia ketawa sinis.

Dia bengang apabila ada orang mengganggu adiknya. Kedua-dua adiknya. Bila Aidid menceritakan apa yang Myra katakan, dia mula menyiasat. Mudah baginya kerana dia punya kenalan yang boleh membantunya menyiasat kes tersebut.

Dia tak kisah andai kena keluarkan simpanannya janji adik-adiknya selamat. Dia juga tak peduli apabila Linda memarahinya. Duit boleh dicari. Isteri pun boleh dicari. Darah daging? Itu saja yang dia ada. Tak mungkin boleh diganti dengan yang lain.

"Tapi, kalau kau dah guna tu untuk adik, Wati tak boleh nak dakwa dia lah. Benda ni, kau kena bincang dengan Wati dulu. Ini tentang dia." Kata Amsyah.

"Aku tak rasa Wati nak dakwa Rosma. Rosma tu sepupu dia. Sepupu yang rapat dengan dia. Dia takkan sampai hati." Balas Aidid.

"Kena tanya dulu. Ini hal dia." Nasihat Amsyah.

Aidid angguk.

Selepas berpamitan, talian dimatikan. Aidid memandang Wati yang sedang menonton televisyen diruang tamu.

Wati memandang Aidid. Kepala digerakkan. Bertanya.

Aidid mendekati Wati. Dia menunjukkan rakaman kemalangan yang dialami oleh Wati. Wati yang sedang berjalan kaki. Melintas jalanraya sewaktu lampu bertukar hijau untuk pejalan kaki. Dan tak semena, sebuah kereta melanggarnya. Tak nampak seperti kemalangan tapi lebih pada sengaja dilanggar.

Kemudian, Aidid menunjukkan satu lagi rakaman. Terlihat nombor plat kereta yang melanggar Wati. Serta pemandu. Pemandu yang keluar untuk melihat keadaannya sebelum dia pergi meninggalkan tempat kejadian. Wajah Rosma jelas dirakam.

Aidid memandang Wati.

Wati senyum segaris.

"Along kata. Either kita buat report polis atau guna ni untuk ugut Zakri supaya dia boleh kawal Rosma. Supaya dia tak kacau hidup adik." Terang Aidid.

"You rasa, Ros akan ikut kata abang Zakri?" Tanya Wati.

Aidid angkat bahu.

"Ros tu dari kecil dah dimanjakan. Apa je yang dia nak, mesti dia dapat. Kalau dia tak dapat, dia akan mengamuk." Kata Wati.

Aidid hanya diam. Mendengar.

"Biar saya yang cakap dengan abang Zakri. Tak payah guna benda ni untuk ugut. Nanti takut dia pusing pula kat kita." Pinta Wati.

Aidid angguk.

Terus saja Wati mengambil telefon bimbitnya. Nombor Zakri dicari dan didail. Salam diberikan dan mereka berbasa basi sebelum Wati terus ke tujuan asalnya.

"Abang dah nasihatkan dia dah. Jangan kacau Izy. Tapi dia degil. Abang tak bolehlah nak kawal dia saja. Kerja abang macam ni. Untuk diri sendiri pun, tak sempat." Balas Zakri.

"Abang kena tegaslah kali ni. Ini dah kes serius dah ni. Sampai mengugut. Kalau dorang buat report, abang juga yang susah. Malu lagi." Kata Wati.

"Abang dah malaslah, Wati. Sejak dia frust dengan Aidid ni, lain macam perangai dia." Cerita Zakri.

"Aidid jodoh saya. Kenapa susah sangat nak terima?" Tanya Wati.

"Abang dah cakap. Tapi, dia tetap degil. Dia tetap nak juga kat Aidid tu." Balas Zakri.

"Buatlah macam mana pun, abang. Sementara saya boleh tahan dorang. Kalau benda ni still lagi jadi, saya tak mampu nak tolong dah. Keselamatan dorang pun terancam. Saya ni fikir kita ni sepupu. Rapat pula tu. Kalau tidak, saya biarkan je." Kata Wati sebelum meminta diri dan mematikan talian.

Aidid memandang Wati.

Wati geleng.

Mereka mengeluh.

Setiaku Korbankan.Where stories live. Discover now