SK 12

1.2K 85 0
                                    

"Adik!"

"Abah. Abah. Abah ngigau ni." Kejut Amsyah.

Dia geleng kepala. Sejak Myra hilang, abahnya akan tidur dibilik ini. Bilik Myra. Setiap kali itu, abahnya akan bermimpi dan memanggil-manggil adiknya itu.

"Tak. Kejap lagi adik datang. Abah nak tunggu kat luar." Kata Encik Fuad.

Encik Fuad bangun. Dia berjalan perlahan. Dengan kudrat yang masih ada. Dia berjalan ke arah pintu rumah.

Amsyah membantu abahnya. Abahnya tak sekuat dulu. Sudah lama dia menerima rawatan dialisis. Alhamdulillah. Nyawanya masih panjang walaupun sudah hampir 10tahun dia menjalankan dialisis.

"Tak pe lah. Biar abah duduk dalam bilik saja. Nanti kalau adik nampak kita tak luar. Dia tak keluar." Kata Encik Fuad. Berhenti seketika sebelum menyambung perjalanan ke biliknya.

Dia duduk dibirai katil. Menghadap pagar rumah. Sudah 6 tahun Myra pergi. Setiap minggu, pasti Myra akan datang menjengah dari jauh. Sudah banyak kali dia lihat kelibat Myra dalam kereta. Melihat ke arah rumah. Cuba sejak 2 tahun ini. Akan ada seorang budak lelaki yang akan meletakkan sesuatu di pagar rumah. Kemudian, dia akan tekan loceng dan terus berlalu pergi.

Dia nampak budak lelaki itu. Anggaran umur sama macam cucu sulungnya, Aimar. Dan budak lelaki itu iras muka Myra. Malahan, lukisan yang selalu ditinggalkan adalah gambar Myra dan seorang budak. Walaupun tidaklah lukisan itu sempurna, tapi, dia kenal wajah yang cuba dilukiskan.

Amsyah geleng kepala melihat keadaan abahnya. Abah yang terlalu merindui adiknya, Myra. Abah yang terlalu ingin melihat anaknya sebelum dia pejamkan mata.

"Kadang, abang risau tengok abah tu." Lata Amsyah kepada isterinya, Linda.

Linda hanya angkat bahu. Dia kembali membantu ibu mertuanya menggembur tanah dipasu bunga.

"Lain kali, mulut tu jaga. Dah tahu adik awak tu hatinya cepat tersentuh. Sekarang ni, angah pun dah jarang balik." Kata Puan Salma yang mendengar perbualan suami isteri itu.

"Ibu. Terlepas, bu. Bukan sengaja." Kata Amsyah membela diri.

"Ya lah. Tak sengaja. Siapa tahu. Sengaja ke tak." Kata Puan Salma. Lebih kepada menantunya.

"Ibu..."

Puan Salma menjeling dan masuk ke dalam rumah. Dia terus membasuh tangan dan masuk ke biliknya. Dia melihat suaminya yang sedang memandang ke luar.

"Abang rasa Myra akan datang hari ni?" Tanya Puan Salma.

Encik Fuad angguk.

Puan Salma duduk disebelah suaminya. Selalunya, tekaan suaminya tepat. Mungkin kerana hubungan Encik Fuad dan Myra yang rapat.

"Abang rasa, Myra rindu sangat kat kita. Nanti, bila dia datang. Kita keluar ya. Biar dia nampak kita." Cadang Encik Fuad. Air matanya tak mampu ditahan.

Dia mimpi Myra menangis sambil memanggilnya. Masih terdengar esakan Myra yang merindui. Walaupun hanya mimpi, tapi dia pasti, itu yang Myra rasakan saat dan tika ini.

"Bang, ada kereta berhenti tu." Kata Puan Salma menunjuk ke arah sebuah kereta yang bukan jirannya berhenti berhampiran.

Encik Fuad biarkan seketika. Melihat ke arah kereta tersebut.

"Jom." Ajak Encik Fuad.

Puan Salma membantu suaminya bangun dan berjalan ke luar. Mereka pusing-pusing sekeliling kawasan luar rumah. Seperti mereka sedang bersenam. Berjalan beberapa pusingan saja.

"Jom. Masuk." Kata Encik Fuad. Kepada semua sekali yang ada diluar.

Dia terus masuk ke biliknya. Duduk ditingkap bilik. Dia beri ruang kepada Puan Salma untuk duduk disebelahnya.

"Tengok tu. Budak tu." Kata Encik Fuad kepada Puan Salma.

Ting tong!

"Pergi ambil. Dia hantar bekal. Abang harap adik hantar kek gula hangus yang dia suka buat tu." Arah Encik Fuad.

Puan Salma bangun dan mengambil bekalan yang diletakkan oleh budak lelaki tadi. Dia buka dan senyum. Dia cubit hirisan kek itu dan makan. Matanya memadang sekeliling tapi, sebenarnya dia pandang ke arah kereta yang dimaksudkan. Dia nampak Myra didalam kereta itu. Menangis. Berpelukan dengan budak lelaki itu.

"Sal, masuk!" Panggil Encik Fuad dipintu rumah. Dia tak mahu Myra tahu yang mereka tahu kedatangannya.

Puan Salma mendekati suaminya dan memberikan hirisan kek dan disuapkan ke mulut suaminya.

"Kan betul. Myra rindu saya." Kata Encik Fuad.

Puan Salma angguk.

Kek gula hangus adalah kegemaran Encik Fuad. Dan hanya Myra tahu bagaimana tekstur kek yang disukai oleh Encik Fuad.

"Bilalah Myra nak balik." Kata Puan Salma.

"Bila hati dia dah tenang. Doa banyak-banyak, Sal." Pesan Encik Fuad.

"Angah je yang dapat pujuk dia. Masalahnya, angah pun tak nak pujuk. Angah pun marah kat kita." Kata Puan Salma.

Encik Fuad angguk.

"Kita doalah untuk semua anak-anak kita. Insya Allah. Sebelum kita tutup mata, anak cucu kita dah berkumpul semula dalam rumah ni." Kata Encik Fuad.

Harapannya. Doanya. Setiap hari.

Setiaku Korbankan.Where stories live. Discover now