SK 56

1K 57 12
                                    

"Dahsyat abang. Ada orang pinang." Usik Myra yang sedang berpanggilan video dengan Aidid.

"Merepek apalah adik ni." Balas Aidid sambil ketawa lepas.

Hilang rasa rindunya sedikit bila dapat berpanggilan video. Sudah hampir 3 bulan dia tak dapat balik ke Sungai Buloh dek kerana pendamik covid. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) harus dipatuhi demi untuk keselamatan semua.

"Tak caya. Tu ha. Bakal kakak ipar." Myra menunjukkan ke satu arah dimana sekumpulan manusia yang sedang bercakap dengan ibunya.

"Wati!" Terkejut Aidid melihat Wati dan beberapa orang yang lebih tua darinya disitu.

Wati memandang ke arah Myra yang sedang mengekek ketawa bila melihat muka Aidid. Dia dengar suara lelaki memanggil namanya.

Wati memberi isyarat kepala kepada Myra bertanya kenapa. Myra menunjukkan ke arah telefon bimbitnya.

"Aidid?" Tanya Wati tanpa suara.

Myra angguk.

Wati segera datang mendekati Myra. Dia mengambil telefon bimbit Myra dan melihat di skrin.

"Hey. Janganlah terkejut sangat. I tak datang untuk pinang u. It just happen, I ada kat sini. And saja teman cousin I datang. Berbincang hal you and Rosma. And I saw your picture. Guess, I'm late." Kata Wati. Sedih tapi dia tetap senyum.

Myra dan Aidid sama-sama terlopong.

Myra tahu tentang cerita Wati dan Aidid. Aidid ada menceritakan hal tersebut. Aidid juga ada menunjukkan gambar Wati yang diambil secara sembunyi. Hanya untuk ditunjukkan kepada Myra. Bila dia nampak Wati diantara sekumpulan manusia yang hadir secara mengejut itu, dia terus menelefon Aidid.

Tak sangka.

"No. I tak nak. I tolak. If it was you. Then, I accept." Kata Aidid. Tegas.

"Alolololo... So sweet. Tapi nak buat macam mana. My cousin make a move first. Takkan I nak khianati cousin sendiri." Kata Wati.

"Give the phone to my ibu." Arah Aidid.

Wati hanya menurut. Dia menyerahkan telefon Myra kepada Puan Salma yang sedang asyik bersembang.

"Ibu. Pinangkan Wati untuk abang." Kata Aidid.

"Siapa Wati?" Tanya Puan Salma.

Wati angkat tangan.

Hadirin yang ada disitu berkerut dahi. Mereka mula bercakap sesama mereka.

"Alihkan skrin hadap dorang, ibu." Pinta Aidid. Lembut.

"Saya minta maaf. Tapi, dari mula saya dah kata. Saya dan Rosma hanya kawan. Tak lebih. Saya jumpa family dia bukan sebab saya nak nikah dengan dia tapi nak minta izin berkawan dengan dia. Saya ada cakap dulu. Kan, abang?" Kata Aidid. Bertanya kepada abang Rosma, Zakri.

Zakri angguk.

"Saya minta maaf sangat-sangat. Tapi, hati saya dah dicuri oleh Wati. Insya Allah, habis PKP ni, saya datang meminang dia untuk dijadikan isteri." Kata Aidid penuh sopan.

Wati ketawa.

"Then, you need to find my parent's house." Kata Wati memulangkan paku buah keras kepada Aidid.

"Well. I know how to. Not that hard. Just get ready to be my wife in near future." Balas Aidid.

"I always ready to be yours." Balas Wati.

Setiaku Korbankan.Onde as histórias ganham vida. Descobre agora