SK 53

930 60 8
                                    

Izy termenung.

"Kau kenapa? Asyik termenung je sekarang." Tanya Azim. Pasangan kerjanya.

Izy menggeleng.

"Jangan menung banyak sangat. Nanti apa pun tak jadi. Kerja ke mana. Apa ke mana." Pesan Azim.

Izy mengeluh.

Dia cuba untuk kembali kepada dia yang asal. Yang sentiasa ceria. Tak banyak fikir. Tapi, dia tak boleh. Kesakitan yang ditinggalkan oleh Rosma kembali terasa. Rasa terhina dan dikhianati.

Dia tahu, Myra susah hati. Dia tahu, pelbagai andaian sedang dialami oleh isterinya itu. Tapi, dia tak mampu untuk senyum walaupun dia paksa. Myra juga tidak berapa membantu. Merajuk. Buat dia rasa lelah. Mujurlah Myra merajuk, dia diam saja. Tak berbunyi.

Lantas, dia hanya biarkan Myra merajuk. Dia biarkan Myra memujuk hatinya sendiri. Hati dia pun tak mampu untuk dia pujuk. Apatah lagi hati orang lain.

Maaf.

Izy menaip mesej dan dihantar kepada Myra. Itu saja yang mampu dia lakukan. Meminta maaf setiap kali dia rasa bersalah kepada Myra.

Sebab?

Saja.

Ok.

Ok.

Dia meletakkan telefonnya. Tak tahu, apa lagi yang mahu dia balas. Dia harap Myra untuk memujuknya. Tapi, Myra tetap Myra.

Dari dulu, hanya akan bersuara bila dia yang mulakan. Jika Izy merajuk, Myra hanya akan biarkan. Bila Izy sudah reda, barulah dia akan keluar kata-kata pujukan.

"Bini aku selalu kata aku tak romantik. Dia tak sedar, dia tak romantik." Kata Izy tiba-tiba. Dia senyum.

"Gaduh dengan bini rupanya." Komen Azim.  Mengusik.

Izy geleng.

Sepanjang pernikahan nya dengan Myra, belum pernah mereka bergaduh. Myra hanya pendam sekiranya dia tak suka. Ikut saja apa yang dia mahu lakukan. Nanti tiba-tiba, dia akan beritahu apa sebenarnya yang dia rasa.

Izy mengeluh.

Dia tahu, tak adil untuk Myra dan Zayn. Bukan salah mereka. Tapi, apa yang dia boleh lakukan. Bukan dia tak cuba melawan. Tapi, dia kalah dalam pertarungan dengan dirinya.

"Settle kan cepat. Jangan tangguh lama-lama. Buatnya dia tawar hati, merana hidup kita. Silap-silap, bujang kembali kau." Pesan Azim. Sempat juga dia mengusik.

Izy mengeluh.

Itu yang paling ditakuti.

Setiaku Korbankan.Where stories live. Discover now