SK 60

1.1K 58 6
                                    

"I baru balik dari Shah Alam." Kata Wati.

"Senang betul you dapat pergi sana." Potong Aidid.

"Suka potong orang cakap ya? Please jadi Aidid yang dulu. Sombong. You look sexy buat mcm tu." Kata Wati. Benggang. Tapi, sempat lagi mengusik Aidid.

Mereka ketawa.

"Tu la untung orang kerja marketing. Jalan sana sini. I ada meeting kat sana. So, I pergilah. I kalo kat sana, I memang tidur rumah ex you tu." Kata Wati. Dengan nada cemburu.

"Woooo... Pembetulan. Never been my ex. She is my friends." Potong Aidid.

"Boy. Listen. Jangan potong." Marah Wati.

Aidid senyum.

"Aaaahhhh... I'm melting. Please, jangan senyum kat I macam tu. Gugur jantung I." Kata Wati dengan memek muka sambil meletakkan tangan didadanya.

Aidid ketawa.

"Adoi. Gugur. Tahan. Tahan." Kata Wati sambil berpura-pura menahan hatinya sari gugur.

"Drama lah you ni." Kata Aidid sambil ketawa.

Wati turut ketawa.

"Ok. Back to serious part." Kata Wati. Membetulkan duduknya. Wajahnya kembali serius.

"I terdengar perbualan Rosma dan Zakri. They talk about you, your sister and your brother in law." Kata Wati sambil memandang reaksi dari Aidid.

Tiada reaksi.

"You!!! Dengar tak?" Tanya Wati.

"Dengar lah." Jawab Aidid.

"Tak ada reaction pun."

"Nak react apa?"

"Terkejut ke?"

Aidid buat muka terkejut.

"Puas?"

"Main-mainlah dia ni."

Wati menarik muncung. Memandang ke tempat lain. Menyilangkan tangannya ke dada.

"Huh!"

Aidid hanya pandang. Tak tahu mahu buat apa bila Wati menarik muka begitu. Bukan dia tak mahu buat apa-apa reaksi, tapi, dia dah tau apa yang terjadi. Zakri dah menceritakan kepadanya.

Lantas, dia bangun meninggalkan Wati yang sedang merajuk. Tak kuasalah nak pujuk. Penat.

"You!" Panggil Wati. Mengejar langkah Aidid.

"Tunggulah." Pinta Wati.

Aidid berdiri tegak menunggu Wati.

"Dah habis merajuk?" Tanya Aidid bila Wati sudah mendekatinya.

"Belum." Jawab Wati.

"Dah tu? Bangun buat apa? Pergilah merajuk." Kata Aidid.

"Nanti you tinggalkan I. I nak balik macam mana? Dahlah datang dengan you." Balas Wati.

"Takkanlàh I nak tinggalkan you. I tunggu you dalam kereta. Pergilah merajuk balik." Kata Aidid.

"Huh. Merajuk pun, bukan you nak pujuk pun." Balas Wati.

"Yang mengada nak merajuk tu buat apa? Rasain." Balas Aidid pula.

"Tak romantic langsung." Rungut Wati.

"Find another man yang romantik. I tak reti." Balas Aidid.

Dia terus berjalan menuju ke keretanya. Wati mengikut langkah Aidid. Muncungnya tarik sedepa. Dihempasnya pintu kereta Aidid.

"Kalau marah kat I, lepaskan kat I. Pukul I ke apa ke. Jangan lepas kat benda lain yang tak bersalah." Kata Aidid.

Terus saja Wati memukul lengan Aidid yang sado. Aidid hanya biarkan. Hinggalah Wati berhenti.

"Dah?" Tanya Aidid.

Wati diam.

Aidid terus memulakan pemanduan. Menghantar Wati pulang ke rumahnya.

Setiaku Korbankan.Where stories live. Discover now