SK 47

976 61 12
                                    

"Ni jodoh ke apa?" Tanya Wati sebaik sampai ditempat yang dijanjikan untuk berjumpa dengan seseorang.

Aidid mengangkat kepalanya dari telefon. Memandang wanita memakai blazer berwarna khaki dihadapannya. Mata kuyunya hanya memandang. Kemudian, dia mengalih pandangannya ke telefon bimbitnya semula.

Wati meletakkan kad namanya diatas telefojn bimbit Aidid. Dia masih lagi berdiri. Dengan harapan, Aidid akan bangun dan mempersilakannya duduk dengan menarik kerusi untuknya. Namun, ianya hanya harapannya saja.

Aidid hanya memandang tanpa perasaan.

"Saya ganti En Shahrul. Tapi, katanya En Amir yang akan datang. Dah tukar jantina ke?" Tanya Aidid.

Wati duduk dengan kasar. Benggang bila Aidid langsung tidak mempersilakannya duduk. Apatah lagi menarik kerusi untuknya.

"Tak romantik langsung. Tak pandai nak ambil hati client." Kata Wati.

"Nak ambil hati lah ni. Padahal nak ambil dokumen je. Sepatutnya, hantar saja kat office. Ni tak pasal, I kena tinggalkan kerja I sbb nak sangat ambil hati client baru." Balas Aidid.

Dia memang tak minat bila kena gantikan bos nya. Melayan pelanggan bukan kerjanya. Dia bahagian operasi. Kerjanya tak ada nak kena bercakap baik dengan pelanggan. Kalau pelanggan salah, dia marah saja. Itu sememangnya cara kerja dalam bidangnya.

Lagipun, dia memang tak selesa dengan Wati. Setiap kali terserempak, dia rasa tak selesa. Dia seboleh mungkin mahu mengelak bertemu mata dengan Wati.

"Memang sombong rupanya." Kata Wati.

Aidid hanya diam. Tak mambalas.

Waktu itu juga telefon bimbitnya berbunyi.

"Yup. Why?" Tanya Aidid.

"Lori kena tahan. Berat." Jawab si pemanggil. Rakan sekerjanya, Mizan.

"Lori mana?"

"BKT."

"Project mana?"

"HJR."

Aidid memandang kad nama didepannya. Norhaslinawati. Marketing executive. HJR Supply Sdn Bhd.

"Bukan dorang keluar masuk kena timbang dulu ke? Apahal yang kena tahan pula?" Tanya Aidid.

"Driver kata, dorang nak barang tu urgent. So, dorang load banyak. Lagipun, local je." Jawab Mizan.

"Ada prove tak dorang bagi instruction?" Tanya Aidid lagi.

"Negative."

"Barai. Buat macam biasalah. Kalau lepas, lepas. Kalau tak, nantilah aku fikir. Bos dah tau?" Arah Aidid.

"Kau je berani cakap kat bos." Balas Mizan.

"Tak pe. Buat dulu. Kalau kena saman, aku hantar je bil kat HJR. Dorang yang instruct." Kata Aidid sambil memandang Wati yang memandangnya.

"Kenapa?" Tanya Wati bila Aidid mematikan talian.

"Overweight."

"Dah tu?"

"JPJ tahan la."

Wati hanya diam. Dia tak berapa faham sebenarnya. Dia baru saja kerja disyarikat ini. Tak sampai pun sebulan. Bidang kerja syarikat ini tak sama dengan bidang kerja di syarikat lamanya. Hari ini, dia pergi sendirian pun hanya kerana nak hantar dokumen. Selalunya, dia akan pergi dengan Amir untuk dia belajar.

"Nak makan tak? Kalau tak, saya nak pergi ni. Banyak kerja lagi ni." Tanya Aidid.

"Nak lah. Lapar." Jawab Wati. Manja.

Aidid memanggil pelayan untuk memesan makanan. Usai itu, dia hanya memandang skrin telefon bimbitnya sambil menunggu makanan.

"You memang anti social ke?" Tanya Wati.

"Dengan awak je." Jawab Aidid.

"Kenapa?"

Aidid memandang Wati. Kening diangkat.

"Serius lah tak tau."

Wati geleng.

"What are you doing now?"

"Pandang you."

"That's why."

Wati ketawa.

"What to do. I just love you."

Aidid mengeluh.

"Another reason." Balas Aidid dan kembali memandang telefon bimbitnya.

"And I'm madly want to be your wife."

"Okey. Pinang I." Balas Aidid tanpa perasaan.

"Give me your parents address."

"Find it yourself."

"You buat I makin cintakan you." Kata Wati dengan senyuman manis.

"Whatever." Balas Aidid. Masih lagi sibuk dengan telefon bimbitnya.

Setiaku Korbankan.Where stories live. Discover now