SK 26

975 58 1
                                    

Izy menarik nafas sebelum mengetuk pintu rumah Myra. Baru saja ketukan pertama, satu suara memberi salam disebelahnya.

"Waalaikummussalam." Jawab Izy dan memandang ke arah seorang lelaki tua.

"Boleh pakcik nak bercakap dengan awak sekejap?" Tanya lelaki itu.

Izy angguk.

"Jom. Kita ke mana-mana. Kedai makan ke apa ke." Kata lelaki itu.

Izy angguk.

"Pakcik ni bapa Myra." Encik Fuad memperkenalkan dirinya.

Terus Izy menyalami lelaki itu. Dia tunduk dan bersalaman dengan lelaki tua tadi.

Encik Fuad mengelengkan kepala. Terbit juga senyuman dibibirnya yang tersorok dengan pelitup muka. Dia menepuk bahu Izy.

Mereka berjalan beriringan masuk ke lif. Berbual kosong. Izy hanya menurut permintaan Encik Fuad agar menaiki keretanya.

"Pakcik! Izy!" Laung satu suara sebaik saja Encik Fuad dan Izy memasuki sebuah restoran kopitiam berhampiran rumah Myra.

Encik Fuad dan Izy jalan menghampiri Rafa yang memanggil mereka tadi. Mereka duduk disatu meja. Tidak bersalaman demi mematuhi SOP covid yang telah ditetapkan.

"Myra dah setuju ke, pakcik?" Usik Rafa.

Encik Fuad hanya ketawa kecil sambil menggelengkan kepalanya.

"Ingat Myra dah setuju." Kata Rafa. Terasa kekok sebenarnya mahu menyebut nama Myra sedangkan dia mengenali Myra dengan nama Anom.

"Saja pakcik nak bercakap dengan Izy. Tapi, tak apalah. Nanti saja." Kata Encik Fuad.

"Eh. Kalau pakcik nak bercakap berdua je dengan Izy, saya minta diri dulu. Saya pun dah habis makan. Saja lepak. Sementara nak tunggu waktu habis kerja. Malas nak masuk office dah. Sampai office je nanti, dah time balik." Kata Rafa.

"Tak apa. Duduk je. Boleh kita bersembang. Ada juga pendapat kamu yang pakcik nak tau. Aidid kata, kamu rapat dengan Myra." Balas Encik Fuad.

Rafa angguk.

"Myra masih tak nak balik rumah, pakcik?" Tanya Rafa.

"Kenapa?"

Rafa memandang Izy.

"Izy ni baik budaknya. Kita ni, dengar satu belah pihak saja. Lagipun, kita ni dipihak Myra. Apa pun, kita akan kesian pada dia. Dan anggap semua punca dari Izy. Yg buruk semua Izy. Sepatutnya, kita kena bagi peluang kepada Izy untuk membela diri juga." Kata Encik Fuad. Faham dengan maksud pandangan mata Rafa.

Baik Aidid mahupun Rafa. Keduanya mahu Myra dan Izy dijauhkan. Tapi dalam masa yang sama, mahu Myra dan Izy disatukan. Kata mereka, eloklah Myra balik ke rumah keluarga agar Izy tak mengganggu. Dan supaya hal lama tak jadi lagi. Kerana pesona Izy untuk Myra sangat kuat. Begitu juga sebaliknya.

"Pakcik kalau boleh, nak biar Myra duduk luar dari keluarga. Biar dia bina keluarga dia sendiri. Walaupun keluarga itu hanya ada Zayn dan Myra. Cuma bukanlah dirumah dia sekarang. Surrounding dia tak elok untuk pembesaran Zayn. Penduduk disitu terlalu toksik. Bukan nak judge tapi itu apa yang pakcik rasa dan lihat. Depan pakcik, mereka memburukkan Myra. Bila pakcik tegur, dikatanya pakcik bapa ayam Myra. Bila pakcik kata pakcik bapa dia, dorang tak percaya pula." Kata Encik Fuad setelah menyisip minuman yang baru saja sampai.

Rafa angguk. Izy juga.

Mereka juga pernah mengalami keadaan tersebut. Tapi, apa yang mereka boleh lakukan hanyalah diam. Bukan tak pernah mempertahankan Myra tapi kemudian muncul pula cerita baru tentang Myra dan dikaitkan dengan mereka. Yang buruk tetap Myra. Jadi, mereka hanya biarkan saja.

Setiaku Korbankan.Where stories live. Discover now