SK 31

895 60 2
                                    

Zayn memandang Myra. Mereka berdua duduk didalam bilik sambil mendengar kekecohan diluar. Topiknya adalah berkenaan dengan mereka.

"Ibu. Kita balik rumah kita. Zayn tak suka lah macam ni." Kata Zayn.

Myra diam.

Dia juga punya hasrat yang sama. Tapi, bagaimana? Amsyah dan ibunya langsung tak bagi Myra keluar. Dia dikurung. Segala keperluannya disediakan oleh mereka.

"Kau nak kurung adik sampai bila? Sampai adik gila? Sampai dia mati?" Pekik Aidid.

"Biarkan dia gila. Mati depan mata aku pun tak apa. Janji dia tak buat perangai lagi. Memalukan keluarga." Balas Amsyah.

"Kalau dia tak lari, kita malu tau. Sebab dia lari, kita boleh bagi alasan. Dia pergi oversea. Continue study. Kerja sana. Kalau tak?" Balas Aidid.

"Kalau dia tak lari, aku dah suruh gugur kandungan tu. Tak memalukan keluarga." Jawab Amsyah.

"Kejam sangat kau ni. Mana otak kau? Cetek sangat apa yang kau fikir ni." Kendur suara Aidid. Kesal dengan apa yang dikatakan oleh abangnya itu.

"Aku nak bawa adik balik. Duduk dengan aku." Putus Aidid.

"Jangan nak mengada, abang. Ibu baru je jumpa adik. Belum lepas lagi rindu ibu kat adik." Kata Puan Salma.

"Ibu, adik tu manusia. Dia ada keperluan dia. Cukuplah kita seksa hidup dia selama ni. Bagi dia hidup cara dia. Dia pun bukan budak lagi. Dah jadi mak budak dah pun. Biar dia hidup cara dia. Biar dia uruskan hidup dia." Balas Aidid.

"Apa yang tak cukup? Selama ni, apa yang dia nak, kita bagi. Kita bagi semuanya." Tanya Amsyah.

"Dia perlukan lelaki. Dia perlukan kasih sayang seorang suami." Jawab Aidid.

"Gatal." Tanpa sengaja, Linda bersuara.

"Ya. Kau je yang tak gatal. Kalau kau tak gatal, kau tak kejar abang aku. Kau tak terhegeh-hegeh ajak abang aku kahwin." Meninggi suara Aidid membalas.

"Jangan kurang ajar, Aidid. Kakak ipar kau tu. Isteri aku." Suara Amsyah sama tinggi.

"Kau lupa adik keluar dari rumah ni sebab mulut isteri kau ni? Ha?" Ungkit Aidid.

"Adik keluar rumah sebab dia mengandung!" Tegas Amsyah.

"Adik memang berhasrat nak keluar sebab dia mengandung. Tapi, dia tak nak pun. Kita tau adik kita macam mana. Dia bukan fighter. Dia takut pun nak keluar dari rumah. Sebab kita dah setting otak dia. Kat luar tu bahaya. Kita dah manjakan dia dengan kesenangan. Tapi sebab mulut isteri kau ni, jadi trigger untuk dia nekad." Balas Aidid. Kendur saja suara dia.

Sudah malas mahu bertegang urat. Dia tau, dia tak akan pernah menang bila berlawan cakap dengan Amsyah. Terutama bila Amsyah mempunyai sokongan dari Puan Salma.

Dari kecil, ibunya sentiasa akan menangkan Amsyah. Lagipun, Amsyah memang anak yang taat. Apa saja kata ibunya, pasti akan diikuti. Bukan sepertinya yang punya jiwa bebas dan kental.

Myra juga punya jiwa bebas cuma hatinya tak kental. Hatinya lembut. Halus. Mungkin kerana dia dilahirkan sebagai seorang perempuan. Anak perempuan tunggal yang ditatang bagai minyak yang penuh. Segalanya diberikan. Bukan Myra tak pernah melawan, tapi, dia akan dibebankan dengan fahaman agama yang seolah-olah menindas wanita.

Islam tak pernah kata wanita hanya duduk dirumah. Jaga suami. Jaga anak. Sedangakan Saidatina Khadijah r.a isteri Rasullullah s.a.w, seorang usahawan. Aisyah r.a juga isteri Rasullullah s.a.w seorang ilmuan. Perawi hadis. Khaulah Al Azwar seorang wanita yang pergi ke medan perang. Asma Binti Abu Bakar juga seorang wanita yang berani, kuat dan pemurah. Ada ramai lagi tokoh wanita Islam yang tidak hanya duduk dirumah dan hanya menjaga suami dan anak-anak.

Aidid tiba-tiba ketawa halus.

"Kita nak adik jadi seperti Fatima binti Rasullullah s.a.w. Seorang anak dan isteri yang hebat. Tapi, kita tak pernah fikir pun nak kahwinkan dia. Yang kita nak, adik ada depan mata kita. Setiap masa. Kita kurung dia. Kita sekat kebebasannya. Kita rasa, dia happy sebab dia senyum. Tapi, kita tak pernah tanya dia. Apa yang dia nak. Dia follow je apa yang kita nak. Sebab dia sayangkan kita. Dia hormatkan kita. Tapi, kita langsung tak pernah hormat dia. Bagus." Kata Aidid. Dia terus keluar dari rumah.

Dia penat. Bukan makna dia mengalah. Bagaimana pun, dia akan pastikan adiknya itu mendapat hidupnya kembali. Dia tak mahu lagi hanya pandang dan meminta adiknya terus bersabar dengan permainan ibu dan Amsyah. Kerisauan tak bertempat. Tidak.

Jika dulu dia lakukan kerana ingin mengekalkan keharmonian dalam rumah ini. Namun kini, tidak lagi. Selain ianya adalah kata hatinya, ianya juga adalah permintaan abahnya sendiri. Hasrat abahnya yang mahu Myra membina keluarganya sendiri walaupun ianya hanya Myra dan Zayn.

Setiaku Korbankan.Where stories live. Discover now