SK 72

1.9K 55 2
                                    

"Awak. Rehat lah. Awak tu masih dalam pantang tau. Bentan nanti." Suruh Izy.

Myra masih berdiri dihadapan Izy. Tangannya masih dihulurkan. Minta disambut. Agar dia dapat membantu Izy untuk melakukan senaman untuk menguatkan otot kakinya.

"Dari bangun pagi tadi awak buat semua benda. Duduk. Baring. Awak tu berpantang lagi. Operations pula tu. Kesan jahit tu, segar lagi. Awak rehat la. Kalau tidak, saya call along suruh ambil awak. Biar awak berpantang dirumah ibu.." ugut Izy.

Myra buat tak tahu. Dia memilih untuk pulang ke rumahnya bila doctor sudah membenarkan Izy untuk pulang. Walaupun dihalang oleh ibunya, dia lebih selesa dirumahnya. Izy juga pasti begitu.

"Awak kena bersenam. Cepat. Saya tolong awak." Kata Myra. Masih dalam posisi yang sama.

"Awak rehatlah. Nanti kat fisio, saya buat." Balas Izy.

"Fisio seminggu 3kali. Awak kena bersenam hari-hari untuk kuatkan otot awak tu. Kalau harapkan fisio saja, lambat sihat. Awak kena ingat, awak ada 4 anak dan seorang isteri yang tak bekerja nak ditanggung." Balas Myra pula.

Izy memandang Myra. Akhirnya, dia sambut juga huluran tangan Myra.

Myra membawa Izy berjalan hanya sekeliling katil mereka. Berkali-kali. Izy sudah boleh berjalan. Cuma, kadang-kadang, dia akan hilang imbangan dan jatuh. Kerana itu, dia hanya bawa Izy jalan keliling katil agar jika Izy jatuh, dia boleh berpaut pada katil untuk bangun.

Myra tak mampu untuk mengangkat Izy. Luka pembedahan masih terasa. Masih belum bercantum. Walaupun dia risaukan Izy, dia juga tak mahu sesuatu terjadi kepada dirinya. Bukan mahu mementingkan diri. Tapi, dia perlu sihat dulu. Kerana dia ada anak yang perlukan perhatiannya. Dalam keadaan Izy begini, dia tahu, dia perlu dalam keadaan sihat.

"Terima kasih." Ucap Izy dan duduk dikatil. Dia sudah penat.

"Sama-sama." Balas Myra. Dia membetulkan kaki Izy. Memyelimutkan ia.

"Terima kasih sebab baik sangat dengan saya. Awak jaga diri awak untuk saya seorang." Izy membetulkan tanggapan Myra.

Dia ingin berterima kasih kepada Myra yang sentiasa melayannya dengan baik. Walaupun pelbagai kesakitan yang dia berikan kepada Myra, Myra tetap melayannya dengan baik.

"Awak baik dengan saya. Tak ada sebab saya nak layan awak buruk." Balas Myra.

"Tak jahat ke? Saya rosakkan hidup awak. Saya ambil kesempatan pada awak. Tanggal spender awak. Gesel awak walaupun dalam keadaan awak tak rela." Kata Izy.

Myra duduk disebelah Izy. Tangan Izy diambil. Diusap.

"Bukan awak yang rosakkan hidup saya. Saya yang buat hidup saya jadi macam ni. Saya boleh je tolak bila awak ajak jumpa. Tapi, saya ikutkan nafsu saya. Saya boleh saja tak jumpa awak lepas tu. Tak contact awak. Tapi, saya layan je awak. Sebab saya ikut kata hati saya yang dah jatuh cinta kat awak. So, bukan salah awak. Jangan pernah salahkan diri awak. Saya yang salah. Dan saya dah maafkan diri saya." Kata Myra. Pipi Izy diusap. Tangan Izy dicium.

"Tapi, saya jahat. Saya buat awak macam tu." Kata Izy. Menyesali perbuatannya dulu.

"Awak... Jangan pandang satu perkara tu, negatif. Ada banyak hikmah kehadiran Zayn. Kalau saya tak mengandung, mungkin sampai sekarang kita masih buat maksiat. Kalau saya tak mengandung, mungkin sampai sekarang, saya masih sombong dengan Allah." Sambung Myra. Mengesat air matanya.

"Kerana kehadiran awak, saya doa setiap hari. Saya minta bersungguh-sungguh agar Allah bukakan hati saya dan awak untuk menerima satu sama lain. Kalau awak jodoh saya, saya minta Allah bukakan hati awak untuk pinang saya supaya kita berhenti dari melakukan maksiat. Tapi masa tu, saya masih belum sujud kepada-Nya. Bila saya tahu saya mengandung, masa tu baru hati saya terbuka seluasnya untuk sujud kembali kepada-Nya. Alhamdulillah. Sampai sekarang. Insya Allah, selamanya." Sambung Myra. Dia senyum segaris kepada Izy.

Izy memeluk pinggang Myra.

"Awak. Ibu kata pantang 100 hari." Pesan Myra. Menolak tangan Izy yang melingkari belakang tubuhnya.

"Apa? Saya peluk je. Peluk pun tak boleh?" Tanya Izy.

"Bukan tak boleh. Prevent. Ini baru 20 hari. Ada 80 hari lagi. Nanti kalau awak tak boleh tahan. Macam mana?" Balas Myra.

"Peluk pun dah tak boleh. Ya lah. Tau lah kita dah cacat." Rajuk Izy.

"Aik? Dia pula yang sensitif? Kita yang sakit ni. Dia pula yang tah pape. Luku kang." Marah Myra.

Izy memeluk Myra dan dicium pipi Myra. Dia ketawa perlahan.

"Saya sayang awak." Ucap Izy.

"Jangan sebut selalu. Nanti bosan." Kata Myra.

"Awak bosan ke dengan saya?" Tanya Izy.

Myra bangun. Malas mahu melayan Izy. Lebih baik dia menumpukan perhatian kepada anaknya, Zahirah Irdina, yang baru keluar hospital semalam. Dalam keadaan covid, dia tidak dibenarkan untuk menunggu anaknya. Tidak juga dibenarkan untuk melihat. Dia hanya dibenarkan untuk datang menghantar susu sahaja.

"Untung awak ni. Masa abang Zayn, tak rasa semua ni." Kata Myra kepada Zahirah yang berada didalam katil bayi diruang tamu.

Sengaja dia letak katil bayi diluar. Dia tak mahu Izy terganggu. Bila malam, dia akan tidur diruang tamu. Tak betah untuk tidur dengan Izy. Takut sekiranya Izy memeluknya dan terkena kesan jahitan.

"Masa abang Zayn dulu, ibu tidurkan atas katil dengan ibu saja. Baju pun, ada berapa helai saja. Pampers pun tak. Ibu pakai kain lampin. Jimat. Sampai naik ruam dia." Kata Myra.

Air matanya mengalir. Mengenangkan susahnya dia saat Zayn baru lahir. Sudahlah anak pertama. Dia pula, tak pernah ada pengalaman menguruskan seorang bayi. Banyak kali dia buat silap yang hampir meragut nyawa Zayn. Alhamdulillah. Zayn masih hidup dengan baik.

"Rezeki awak, nak. Lahir ada ayah. Dalam keadaan cukup semuanya. Berbintikan ayah." Myra berhenti. Menarik nafasnya dalam.

Rasa kasihan kepada Zayn. Kerana dia, Zayn lahir sebagai anak tak sah taraf. Kerana dia, Zayn dihina dan dipulaukan. Kerana dia juga, Zayn matang sebelum usia. Hanya kerana dosa silamnya.

"Jadi anak solehah, nak. Pertahankan abang awak. Macam mana pun, awak dengan abang Zayn tetap lahir dari rahim ibu. Tetap dari benih ayah. Cuma, dalam keadaan yang berbeza." Kata Myra.

Dia berjanji, akan ulang ayat ini sampai bila-bila. Dia akan ingatkan Zahirah dan tanamkan rasa sayang kepada Zayn tanpa batasan. Dia mahu mendidik Zahirah agar menerima Zayn dan sesiapa saja yang senasib dengan Zayn dengan hati yang terbuka. Tanpa prejudis. Kerana mereka tidak bersalah. Dan mereka juga adalah manusia yang perlu diraikan.

Setiaku Korbankan.Donde viven las historias. Descúbrelo ahora