SK 51

990 59 12
                                    

"PKP kat sini ke, abang?" Tanya Puan Salma.

"Tak ibu. Balik kejap. Tengok ibu. Nanti bila dah PKP, tak tau bila boleh dapat jumpa ibu.  Tapi, kejap lagi abang nak keluar. Jumpa Rosma. Ada hal." Jawab Aidid.

"Kenapa? Abang dah nak pergi meminang dia ke? Alhamdulillah." Tanya Puan Salma lagi.

"Ada hal lain, ibu." Jawab Aidid.

"Hal apa? Dah lama pun abang berkawan dengan dia. Kan? Setahun ada?" Tanya Aidid.

"Almost."

"Tak elok tangguh lama-lama. Abang duk bawa anak dara orang pergi sana sini. Tak elok." Nasihat Puan Salma.

"Abang jarang keluar dengan dia. Kalau keluar pun, sekali dua je berdua. Time lain, selalu ada kawan." Balas Aidid.

"Abang, jangan bagi harapan kat dia. Tak baik mainkan hati seorang perempuan. Cuba bayangkan kalau hati abang dimainkan. Atau hati adik. Hati ibu. Sakit tak?" Kata Puan Salma.

"Abang tak pernah bagi harapan kat dia. Dari mula abang berkawan dengan dia, abang dah kata, hati abang belum terbuka untuk dia. Tapi, bolehlah nak cuba. Cuma abang tak janji apa-apa." Kata Aidid mempertahankan dirinya.

"Bila abang dah bawa jumpa family, dia dah bawa abang jumpa family dia. Mestilah dia fikir abang serius dengan dia." Lembut saja Puan Salma membalas.

"Tapi, abang dah bagitahu family dia. Abang dengan dia kawan biasa. Kalau ada jodoh, adalah. Kalau tak, jangan berdendam. Abang memang tak ada perasaan istimewa untuk Rosma." Terang Aidid keadaan dia dan Rosma.

Puan Salma hilang ayat. Akhirnya, dia biarkan. Dia tahu Aidid. Kalau tak nak, maka tak. Sama dengan Amsyah. Bezanya, cara Aidid lebih berlembut,

"Abang pergi dulu, ibu. Jumpa dekat sini je. Kebetulan, dia ada kerja area Damansara Damai. Jadi, dia kata dia datang sini." Kata Aidid. Meminta diri.

Aidid bergerak menghala ke restoran mamak berhampiran dengan rumahnya. Tempat dimana dia dan Rosma berjanji temu. Dia duduk dimeja di bahagian luar. Lebih selesa.

"Sorry. Lama dah tunggu?" Tanya Rosma sebaik saja sampai.

"Air pun belum sempat order." Jawab Aidid.

Dia memanggil pelayan untuk memesan minuman. Rosma pesan minuman dan makanan.

"Kata ada hal. Hal apa?" Tanya Rosma.

"Makan dulu. Nanti baru cakap." Balas Aidid.

Rosma hanya angguk.

Mereka menunggu makanan sambil berbual kosong. Bertanya tentang kehidupan masing-masing. Tentang kerja dan keluarga. Bila makanan sampai, Rosma makan dengan penuh sopan.

Aidid hanya memandang. Dia bertanya kepada dirinya. Apa kurangnya Rosma sampai hatinya tak tertarik kepadanya. Tarikan tu ada cuma tak kuat. Tak sampai. Tarikan itu tak cukup untuk buat dia rasa mahu menikahi gadis itu segera.

"So, apa benda nak cakap ni?" Tanya Rosma sebaik saja makanannya habis. Dia mengelap mulutnya.

"You kenal Izy?" Tanya Aidid.

"Takkan you jealous dengan adik ipar sendiri." Balas Rosma.

"Nope. Just asking."

"Kenal. 8-10 years back. Tak ingat. Lama dah."

Aidid angguk.

"Rapat?"

"Kenapa ni? Out of sudden asking about my past."

Aidid geleng.

Tiba-tiba lidahnya jadi kelu. Tak tahu ayat apa yang patut dia keluarkan untuk bertanyakan tentang hal ini. Dia tak mahu Rosma salah anggap. Dia tak nak Rosma rasa dia cemburu dan sekaligus buat gadis itu fikir, dia telah jatuh cinta kepadanya.

"Hold on. Mesti ada kena mengena dengan Myra. Kan?" Tanya Rosma setelah seketika menanti Aidid meluahkan apa yang ingin diketahui.

"So, Izy dah bagitahu siapa I dalam hidup dia?" Tanya Rosma.

Aidid angguk.

"So?" Tanya Rosma.

Aidid angkat bahu.

"Ya. Kami pernah bertunang. Masa tu, I muda lagi. Kerja pun tak stabil lagi. Tu yang I minta putus.", Terang Rosma.

"Tu je sebab putus?" Tanya Aidid.

Rosma diam.

"Bukannya you tak boleh kerja lepas kahwin pun. Kan? Ke Izy kata dia tak bagi you kerja kalau dah kahwin?" Tanya Aidid lagi.

"Dia okey je." Jawab Rosma.

"Then?"

"I yang tak nak."

"Why?"

Rosma memandang Aidid. Minta Aidid hentikan soalan ini. Dia tak selesa.

"Tell me. Why?" Desak Aidid.

"Stop lah you. Past is past. Tak ada guna pun nak ungkit." Balas Rosma sedikit meninggi suaranya.

"Up to you. I'm just asking." Kata Aidid. Menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Dia mengetuk meja untuk menghilangkan rasa marahnya.

Dia pun tak faham kenapa dia perlu marah. Tapi, dia tahu satu perkara. Apa saja yang menyebabkan adiknya bersedih, akan menjadi kemarahannya.

"You...." Panggil Rosma. Lembut.

Aidid mengeluh.

"That's okey kalau you tak nak bagitahu. I faham. I don't have any right to ask." Kata Aidid. Sedar silap tingkahnya.

"No. You have the right to ask." Balas Rosma.

"Yup. And that's your right too. Nak jawab ke tak. Sorry. I kalau you rasa I desak you." Kata Aidid.

"You. Benda dah lepas. It's over. I got no feeling towards him anymore." Tegas Rosma.

"No worries. Your right. I just nak tau sebab saja." Kata Aidid.

"I muda lagi masa tu. I fall in his trick. He trick me with his story. Dia kata, dia dah kahwin. How loyal he is. That's make me fall for him. Perempuan mana yang tak nak lelaki yang setia? And, he is damn good in bed too." Kata Rosma. Membuka sedikit demi sedikit kisah silamnya.

Aidid hanya diam. Tiada reaksi darinya. Dia mahu dengar semuanya.

"Bila I sedar his trick, that's why I left him. I rasa ditipu. I rasa diperbodohkan." Kata Rosma.

"Apa yang dia tipu?" Tanya Aidid.

"Dia dah kahwin. Loyal to his wife." Jawab Rosma.

"He did."

"Nope. He's not."

"I jumpa ex wife dia before I agreed Myra kahwin dengan Izy. I jumpa ex wife dia dengan arwah abah. Ex wife dia kata, Izy memang suami yang baik. Tapi dia sangat mendahulukan keluarga dia. Parents dia. Adik-beradik dia. Itu yang ex wife dia tak suka." Kata Aidid.

"Tipu. Dia bujang. Abang I kata dia bujang. Kami dah siasat latar belakang dia. Abang I tunjuk record peribadi dia. Abang I polis you. He can track someone personal record. I tengok sendiri." Balas Rosma. Menyakinkan Aidid.

"Well. You better ask your brother. Betul ke?" Cadang Aidid.

"And you know what? He is hurting because of you. And because of you too, adik I terluka." Kata Aidid dan terus bangun meninggalkan Rosma.

Setiaku Korbankan.Where stories live. Discover now