SK 62

1K 47 18
                                    

"Saya dah last drop point dah ni." Lapor Izy.

"Ya lah. Hati-hati." Balas Myra.

"Ok." Balas Izy dan mematikan talian telefon.

"Wah. New norm ke?" Usik Azim.

"Kenapa?" Tanya Izy. Pelik.

"Ya lah. 2-3 hari ni, asyik hantar report je. Dah gaya bini kau nak jadi queen control pula." Jawab Azim. Masih lagi tersengih.

"Taklah. Aku pun tak tau kenapa tiba-tiba dia suruh aku bawa kereta dia. Kalau pun risau aku bawa motor, kenapa kereta dia? Bukan kereta aku? Bila aku tak nak, dia suruh bagitahu dia bila aku nak balik." Cerita Izy.

Azim diam. Tak mahu komen apa-apa. Dia pasti, itu cara Myra mahu mengawal hidup Izy. Tapi, andai dia katakan perkara itu, pastinya Izy tak akan percaya.

"Kau jangan terlajak lagi." Kata Izy yang duduk disebelah pemandu.

"Taklah." Balas Azim.

Mereka sampai disebuah hotel terkemuka di ibu kota. Selesai memunggah barangan, Izy masuk ke dalam ruang lobi sementara menunggu Azim berurusan dengan orang yang menerima barang.

Terpegun dia dengan kecantikan rekaan interior diruang lobi. Sangat mewah dan cantik.

"Izy." Panggil Azim sambil memberi isyarat urusan mereka sudah selesai. Boleh balik.

"Berapa agaknya ya bilik kat sini semalam?" Tanya Izy sebaik masuk ke dalam lori, tempat pemandu.

"Kenapa? Kau nak bawa awek yang selalu datang tu ke?" Tanya Azim pula.

"Buat apa bawa dia. Bawa bini aku lah. Bini aku suka duduk hotel." Jawab Izy.

"Oo... Ingatkan kau nak bawa awek yang selalu datang jumpa kau tu. Siapa awek tu?" Tanya Azim.

"Bekas tunang aku."

"Kenapa putus?"

"Tak ada jodoh."

"Sekarang ni?"

"Aku dah kahwin."

"Kuota ada lagi. Kan?"

"Tak mampu."

"Dia kerja. Kan? Aku tengok dressing dia macam orang kerja hebat." Kata Azim.

Izy angkat bahu. Dia tak tahu perkembangan Rosma sekarang.

"Kalau dah dia nak, on je lah. Aku kalau dia nak kat aku, aku on je. Mantap tu body dia. Gebu." Kata Azim lagi.

"Bini aku pun, aku tak terlayan. Nak tambah seorang lagi bini. Pengsan aku nanti." Balas Izy. Ketawa mengenangkan keletah Myra.

Azim turut sama ketawa.

"Aku pula tak berani nak buat bini. Tau dek bini aku. Mati oi. Aku sayang bini aku tu. Walaupun dia asyik penat. Tak dapat nak layan nafsu aku. Aku tetap sayang dia. Tapi, aku tengok awek kau tu. Perh. Naik semua. Keras. Kalau lah dia nak jadi scandal aku. Aku okey je. Cantik." Kata Azim membayangkan tubuh badan Rosma.

Dia ketawa mengenangkan angan-angannya yang tak mungkin jadi kenyataan. Dengan keadaan rupa parasnya yang tak menawan. Apatah lagi dia hanyalah pemandu lori.

"Tak pe. Boleh je. Kau pun tak handsome gak. Driver macam aku gak. Dia duk terkejar-kejar kau. Aku handsome sikit dari kau, bolehlah nak cuba. Tak cuba tak tau." Kata Azim. Nekad.

Izy hanya geleng.

Dia memarkirkan lori ditempat sepatutnya. Dia kemudian gerak ke pejabat untuk  menghantar kunci lori dan segala dokumen. Manakala Azim menunggu Izy ditempat letak motor. Selalunya, dia gerak dulu tanp menunggu Izy. Tapi, dia ada misi hari ini. Misi memikat gadis dihadapannya itu.

Setiaku Korbankan.Where stories live. Discover now