SK 57

1K 51 14
                                    

"Ceria je. Macam ni lah." Usik Azim bila dia melihat Izy sudah kembali tersenyum.

Izy hanya senyum menerima usikan Azim. Rasa tak sabar mahu siapkan kerja dan balik ke rumah. Mahu jumpa Myra. Dia rindukan Myra.

Selepas malam itu, dia masih seperti itu. Masih dalam kesedihannya. Namun, dia lawan rasa sedih itu. Bila depan Myra dan Zayn, dia senyum seikhlas yang boleh. Dia kata pada dirinya, dia perlu kuat kalau tak mahu kehilangan Myra. Kerana Myra dah tak mampu nak tunggu dia lagi.

Lama kelamaan, perasaan itu hilang. Ayat Myra yang paling terkesan dimindanya,

"Maafkan tu sukar. Tapi, kita memaafkan untuk ketenangan diri kita. Lagi kita marah, makin sukar untuk kita maafkan, makin tak tenteram jiwa kita."

Sedikit demi sedikit, dia memaafkan Rosma. Dan akhirnya, dia maafkan semuanya. Dengan berlapang dada dan terbuka. Barulah hatinya kembali tenang dan gembira.

Dia kenangkan Myra. Bagaimana Myra selalu memaafkan dirinya. Dari dulu. Sewaktu mereka baru jumpa hingga kini. Myra selalu maafkan segala ketidakadilan yang dia hadiahkan kepada Myra.

Myra pernah hilang dari hidupnya. Buatkan dia sasau. Hilang arah. Bila bertemu kembali, sekali lagi, dia hampir kehilangan Myra bila Amsyah mahu menjodohkan Myra dengan orang lain. Alhamdulillah, jodoh mereka kuat.

"Aku banyak kali hampir hilang bini aku. Kali ni pun. Kalau aku hilang dia lagi, tak tahu macam mana lagi hidup aku." Kata Izy.

"Makin hilang arah lah." Balas Azim. Dia ketawa. Mengusik Izy disebelahnya.

Izy turut sama ketawa. Mengakui kemungkinan itu.

"Tapi, kau kan. Sejak dah kahwin ni, makin berseri muka. Aku suka tengok kau sekarang. Walaupun masa kau termenung je hari tu. Tapi, kau tak meraban macam dulu." Kata Azim yang sedang memandu lori ke destinasi terakhir barang yang mahu dihantar.

"Happy bro. Ada orang jaga. Balik kerja, penat-penat, ada orang sambut. Malam, ada orang nak peluk." Balas Izy.

"Eh. Bini kau tak kerja?" Tanya Azim. Pelik.

Dia pernah lihat Myra. Ada beberapa kali mereka terserempak. Myra kelihatan seperti seorang wanita yang berpelajaran. Yang punya kerjaya dan berjaya.

"Tak." Jawab Izy.

Berkerut muka Azim.

"Serious?"

"Ya."

"Tapi bini kau nampak hebat. Maksud aku macam orang kerja pangkat tinggi." Kata Azim.

"Tak. Bini aku tak kerja. Tak pernah kerja." Balas Izy.

"Habis tu? Macam mana korang survive. Rumah kau tu pun, aku tak rasa murah sewanya. Dengan gaji kita ni. Macam mana kau nak bayar semua tu?" Tanya Azim.

"Bini aku kerja dari rumah. Dia menulis. Content writer. Kalau ikutkan, tu kerjalah. Tapi orang kita, benda tu tak kira kerja. Sebab tak ada gaji bulan. Tapi, bini aku pun, ada masa memang tak ada job. So, aku gunalah simpanan aku." Jawab Izy.

"Kenapa tak duduk rumah ikut kemampuan sendiri?" Tanya Azim.

"Bini aku tu dah biasa mewah. Lagipun, aku adalah side income aku. Alhamdulillah. Cukup nak buat bini dan anak aku selesa. Cukuplah. Bini aku pun, bukan jenis nak minta apa-apa sangat. Terima je apa yang aku bagi. Kalau kena makan nasi dengan telur pun, dia ok je." Jawab Izy.

Azim angguk.

"Untung kau dapat bini gitu. Bini aku, asalkan gaji masuk, dah siap list barang dia nak. Tu aku tak pernah tunjuk slip gaji aku kat dia. Gaji masuk je, aku dah siap asing untuk simpanan. Siap bayar semua bil, baru aku tunjuk dia baki. Lepas tu, siaplah dengar dia bebel." Kata Azim. Ketawa.

"Tapi, nak buat macam mana. Dah itu perangai dia. Terima je lah. Isteri kita. Susah senang, dia masih dengan kita. Alhamdulillah. Nak apa lagi. Kan?" Sambung Azim.

Izy angguk.

"Woi. Kau lajak mana? Tu ha loading bay." Kata Izy bila sedar Azim masih menekan minyak tanpa memberi isyarat masuk sedangkan tempah pemunggahan barang sudah dekat.

"Sembang dengan kau la ni." Balas Azim dan ketawa.

Mereka melakukan tugas mereka. Dan terus bersembang dalam perjalanan balik ke pejabat. Izy pula ambil alih memandu ke pejabat mereka.

"Adoi. Chong suh load barang esok dulu pula. Tak dapatlah aku nak bawa balik lori." Kata Azim yang baru saja mematikan talian telefon.

Izy ketawa.

Azim selalu begitu. Suka curi bawa balik lori. Pelbagai alasan akan diberikan sekiranya pihak pengurusan sedar tiada kunci lori dihantar kepada mereka.

"Kena naik grab lah balik ni. Helmet pun tak bawa. Kalau tak, boleh aku minta tolong kau hantar aku." Kata Azim.

Izy hanya ketawa. Kelakar melihat gaya Azim.

Mereka bergerak ke gudang menyimpan barang. Mengisi barang dan barulah mereka gerak ke pejabat untuk menyimpan lori.

"Aku hantar kunci kat office kejap. Good luck la bro cari grab time ni." Kata Izy. Dia ketawa.

Dia berjalan menuju ke pejabat. Dia nampak sesusuk badan berdiri dihadapan pintu pejabat. Namun, dia buat tak endah. Dia terus masuk ke pejabat. Menyerahkan kunci lori dan dokumen perjalanan dan kertas arahan penghantaran kepada kerani disitu. Dia keluar semula.

"Izy." Panggil Rosma.

Izy hanya buat tak dengar. Dia berjalan ke arah motorsikalnya.

"Izy. Tunggulah." Tahan Rosma. Memegang tangan Izy.

"Apa dia. Jaga jarak sosial. Jangan pegang aku. Entah apa benda kau pegang. Nak pegang aku. Kalau kena covid, macam mana?" Marah Izy.

"Aku nak cakap dengan kau ni. Sabarlah kejap." Balas Rosma.

"Kau nak apa?" Tanya Izy.

"Aku nak minta maaf. Abang aku baru mengaku. Rupanya selama ni dia menipu aku. Kau tak tipu aku. Abang aku palsukan dokumen peribadi kau." Kata Rosma.

"Ok. Aku maafkan." Kata Izy dan terus berjalan.

"Tunggulah." Tahan Rosma lagi.

Izy hanya buat tak tahu. Sampai saja di motorsikalnya, dia mengambil topi keledar dan disarungkan ke kepalanya.

Rosma berdiri dihadapan motorsikal Izy.

"Aku dah maafkan kau. Kau nak apa lagi?" Tanya Izy.

"Apa bukti kau dah maafkan aku?" Tanya Rosma pula.

"Kau nak bukti apa?"

"Bukti kau maafkan aku."

"Bukti apa?"

"Kau lupa ke?"

"Lupa apa?"

"Cara kita buktikan dah maafkan." Kata Rosma bersama senyuman manja.

Izy kerut dahi.

"Gila. Dahlah. Aku nak balik." Kata Izy.

Dia menghidupkan enjin motorsikalnya. Tapi, Rosma masih berdiri disitu. Dia kebelakang, tetap juga Rosma ikut.

"Kau nak apa?" Marah Izy.

"Buktikan kau dah maafkan aku." Balas Rosma.

"Kau lupa ke?" Tanya Izy.

"Kau yang lupa. Biar aku ingatkan. Bila kau minta maaf, kau kena kiss bibir aku. Bila aku minta maaf, aku kena lancap kau." Jawab Rosma.

"Kau betul-betul dah lupa. Aku dah nikah. Aku dah kahwin. Dah ada anak. Kau kenal isteri aku. So, apa masalah kau?" Balas Izy.

"Apa masalahnya? Pandai makan. Pandai simpan." Kata Rosma.

"Kepala otak kau! Kau ingat aku apa? Kau pergi cari lelaki lain. Aku takkan buat macam tu kat Myra. TAK AKAN!" Tegas Izy.

Dia terus naik atas motorsikalnya. Tak peduli lagi sama ada dia akan langgar Rosma atau tak. Dia tersangat marah dengan apa yang Rosma minta.

Tak akan sesekali dia akan curangi Myra. Dia mungkin lelaki gatal. Miang. Tapi, dia tak pernah khianati orang yang dia sayang. Apatah lagi nak curang.

Setiaku Korbankan.Where stories live. Discover now