SK 38

856 52 2
                                    

Bakhtiar merenung ke luar jendela. Angin bayu bertiup redup. Dengan menyilangkan tangannya, dia bersandar ke dinding. Matanya, tak lepas dari menikmati keindahan padang golf yang hijau dan menyegarkan.

Hatinya saja yang tak segar. Rasa serabut. Otaknya kusut. Dipersimpangan.

"Kenapa ni, abang?" Tanya adik perempuannya. Satu-satunya adik yang dia ada. Lily.

Lily masuk ke dalam bilik abangnya. Mendekati Bakhtiar. Dia turut melakukan posisi yang sama. Dihujung tingkap. Disebelah kanan Bakhtiar.

"Abang fikir apa?" Tanya Lily.

Bakhtiar geleng.

"Tak payah nak sorok. Kita ni, dua beradik je tau. Kawan bermain dari kecil. Lily tau bila abang happy. Bila abang serabut." Kata Lily.

Bakhtiar mengeluh.

"Abang tak tau lah. Betul ke abang nak kahwin dengan Myra." Akhirnya, Bakhtiar membuka mulut.

"Kenapa?" Tanya Lily.

"Abang tak rasa Myra ikhlas terima abang. Abang rasa, dia ada orang lain dalam hati dia." Jawab Bakhtiar.

Lily diam. Direnung abangnya.

"Abang takut, abang saja yang bersungguh dalam hubungan kami nanti." Sambung Bakhtiar.

"Abang ada dengar sesuatu atau nampak sesuatu ke?" Tanya Lily.

Dia kenal abangnya. Abangnya bukan jenis cepat melatah. Bukan jenis yang 'overthinking'. Jika dia berfikir, dia mudah membuat keputusan. Tiada kalau. Buat dan hadap. Jadi, dia pelik bila abangnya termenung. Bermakna, ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.

"Abang nampak Myra menangis jumpa seorang lelaki masa kami pergi shopping kelmarin. Lelaki tu peluk Zayn erat. Macam lama sangat tak jumpa. Cara mereka berpandangan. Lain. Seakan meluahkan rasa rindu." Cerita Bakhtiar.

Dia sengaja mengikut Myra dan Zayn. Tertarik dengan cara Myra yang hanya mengikut langkah Zayn. Tak seperti kebanyakan ibu bapa yang akan memimpin tangan anak. Dia mahu lihat, apa yang akan Myra lakukan ditandas. Adakah dia akan membantu Zayn atau seperti selalunya, akan membawa anak masuk ke tandas dan uruskannya.

Namun, apa yang dia lihat adalah sesuatu yang memeranjatkan. Zayn berlari mendapatkan seorang lelaki. Dari gaya mereka, lelaki itu adalah seseorang yang dikenali dan sangat rapat. Dan dia lihat semuanya.

"Abang cintakan Myra?" Tanya Lily.

Bakhtiar angguk.

"Terlalu."

Dia pun tak tahu atas dasar apa dia mencintai Myra. Myra gemuk. Kulit Myra sawa matang. Fizikal Myra langsung tak menarik.

"She is someone that I looking for. Taat dia kepada ibu bapanya buat abang yakin dia mampu menjadi seorang isteri yang solehah. Dan dia lain dari orang-orang sekeliling abang. Perempuan yang selalu dekati abang, semua sama perangai macam abang. But her is so different. Totally opposite of mine. Dia seksi dengan diamnya. Dia anggun dengan tenangnya." Kata Bakhtiar. Dia senyum.

"Then, stop thinking. Kalau Myra tak terima abang, mesti dia dah ikut lari dengan lelaki tu. Kan? Kalau abang yakin dengan ketaatan Myra, jadi yakinlah satu hari nanti, Myra akan masukkan abang ke dalam hatinya." Balas Lily. Dia mendekati Bakhtiar dan meletakkan tangannya diatas tangan Bakhtiar yang masih menyilang.

"Lagipun, esok saja abang dah nak jadikan dia isteri abang. So please. Don't overthinking. Okey?" Sambung Lily.

Bakhtiar angguk.

Tapi, ianya janji palsu. Mana mungkin dia akan berhenti memikirkan Myra. Dari mula mereka berkenalan hinggalah kini. Hanya Myra.

Setiaku Korbankan.Where stories live. Discover now