SK 66

1K 59 9
                                    

Myra turun ke tempat letak kereta. Biasaannya, dia akan pergi ke rumah ibunya setelah dia siap mengemas rumah. Tetapi, hari ni, dia benar-benar tidak larat. Bekalan untuk Izy dan Zayn pun, hanya roti dan telur goreng. Itu saja yang dia mampu lakukan. Dia terus tidur dua orang kesayangannya itu pergi.

Namun tengahari ni, dia kena juga keluar untuk ambil Zayn dan Amru. Pejabat Amsyah jauh untuk balik. Manakala, Linda pula ada perjumpaan dengan pelanggan. Jadi, terpaksa juga dia gagahkan diri mengambil kedua saudara itu.

Myra lepas nafas kasar bila melihat satu figura yang dia harap tidak akan bertemu langsung. Setidaknya, bukan hari ini.

"Kenapa?" Tanya Myra.

"Makin gemuk kau. Kan? Happy sangat ke?" Kata Rosma.

"Kau nak komen tu je ke? Kalau takat nak puji aku, tak payah. Aku tak sudi dipuji." Balas Myra.

Myra membuka pintu keretanya. Dia hanya memandang Rosma yang sedang ketawa. Mungkin Rosma rasa lucu dengan apa yang dia katakan tadi.

"Baguslah. Mudah terhibur. Barulah hidup ceria. Tak sibuk nak kacau hidup aku." Kata Myra dan masuk ke dalam keretanya.

Dia menghidupkan enjin keretanya. Baru saja dia mahu menutup pintu keretanya, Rosma menahan.

"Aku tak faham macam mana Izy boleh stay dengan kau. Dahlah gemuk. Hodoh. Selekeh. Kau tak cermin diri kau ke? Kalau aku jadi Izy, aku geli lah tengok kau ni." Ejek Rosma.

"Yalah. Dah boleh aku pergi?" Tanya Myra sekali lagi mahu menutup pintu keretanya. Rosma masih menahan.

"Aku nak kau tinggalkan Izy. Kalau tak, aku bunuh anak kau." Ugut Rosma.

"Yalah." Balas Myra.

"Kau ingat aku main-main ke? Kau ingat aku tak berani?" Kata Rosma. Benggang bila tiada reaksi dari Myra.

"Ya. Aku tau kau berani. So, boleh aku pergi sekarang. Aku nak pergi ambil anak aku ni. Nanti kalau dia hilang, tak boleh pula kau nak ugut aku." Kata Myra. Malas.

"Aku bagi kau tempoh untuk tinggalkan Izy dalam masa 3 hari. Kalau kau masih dengan dia. Aku bunuh anak kau." Ugut Rosma.

Dia beralih ke tepi. Memberi Myra laluan untuk menutup pintu. Kemudian, Rosma mengetuk tingkap pintu kereta Myra.

"Nak apa lagi?" Tanya Myra bila cermin tingkap keretanya turun.

"Kirim salam dekat kakak ipar kau yang dah cacat tu. Padan muka dia. Ambil hak aku." Kata Rosma dan terus saja dia beredar.

Myra geleng. Dia terus masuk gear dan memandu ke Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh dimana Zayn dan Amru bersekolah. Dia menunggu gilirannya untuk mengambil Zayn dan Amru yang sudah memunggu dipagar sekolah.

Zayn dan Amru naik ke dalam kereta. Mengambil jarak dengan Myra. Mengambil spray penghapus kuman Dettol dan disemburkan kebadan mereka. Itu yang Myra suruh lakukan setiap kali mereka naik ke dalam kereta.

Myra menghantar Amru. Berjumpa sebentar dengan ibunya.

"Maaf ibu. Adik balik dulu. Tak larat hari ni. Ini sebab tak ada sesiapa nak ambil bebudak ni je. Kalau tak, adik nak keluar rumah pun tak larat. Tak tau kenapa hari ni. Moody pun ya." Kata Myra yang hanya berdiri dipagar rumah.

"Yalah. Zayn, jaga ibu." Pesan Puan Salma.

"Baik, atok." Balas Zayn.

Myra dan Zayn masuk semula ke dalam kereta. Dia memandu pulang.

"Ibu tak larat ni, Zayn. Zayn pandai-pandailah. Order grab ke panda ke." Pesan Myra. Dia sudah mengajar juga bagaimana Zayn boleh membuat pembayaran secara atas talian.

Setiaku Korbankan.Where stories live. Discover now