SK 25

941 66 1
                                    

"Kenapa adik tak nak nikah dengan Izy?" Tanya Encik Fuad.

Dia bersandar didinding diruang tamu rumah Myra. Dengan kaki melunjur. Sambil digoyang-goyangkan. Tangannya memeluk anak manjanya yang sedang baring berbantalkan pehanya.

"Adik tak rasa dia nak." Jawab Myra bersahaja.

"Kenapa?" Tanya Encik Fuad lagi.

"Dia tak pernah ada niat pun nak nikah dengan adik. Bahasa orang sekarang. We are just friend with benefits. Tapi tu lah. Kami kawan pun bukan. So, maybe perempuan simpanan? Tapi, dia tak pernah bagi duit kat adik. Belanja adik makan pun, masa we meet for last time before adik hilang. So, nak kira macam mana? I guess I'm just a bitch for him." Jawab Myra tenang. Menggentel tangan tua yang sedang memeluknya itu. Menyembunyikan rasa sedih yang sedang menjalar dalam dirinya.

"Tapi kan sekarang dia ajak adik nikah. Kenapa tolak?" Tanya Encik Fuad lagi.

"Sebab dia nak Zayn. Bukan adik. Kalau nak sangat bertanggungjawab, silakan. Adik tak larang pun dia nak jumpa Zayn. Nak bawa keluar ke apa ke. Janji hantar Zayn balik." Jawab Myra.

Encik Fuad angguk.

"Sebab tu je?"

Myra angguk.

"Kalau abah nasihat sikit. Boleh?"

Myra angguk.

"Lelaki ni, dia tak akan bersungguh-sungguh ajak nikah kalau dia tak bersedia. Kalau kata setakat. Dia dah fikir masak-masak dah tu. Sebab tu dia ajak adik nikah." Kata Encik Fuad.

Myra angguk.

"Dulu sebab dia belum bersedia nak nikah. Sekarang, dia dah bersedia. Jadi, tak boleh ke adik bagi peluang dekat dia?" Tanya Encik Fuad.

"Dia bersedia nak nikah sebab Zayn." Jawab Myra.

"Dia kata?"

"Haah."

"Lagi? Dia cakap apa?"

"Untuk tutup aib adik. Bertanggungjawab dengan perbuatannya. Supaya adik tak dihina."

"Tu. Untuk adik."

"Damage have been done. Apa pun yang dia buat sekarang, Zayn tetap anak luar nikah. Adik tetap bitch. Could never be an angle. So, nikah ni untuk apa? Aib apa yang nak ditutup?" Balas Myra.

Encik Fuad angguk.

Dia punya pandangan yang berbeza tapi dia simpan. Padanya, ada masa lain lagi untuk buat Myra faham. Bukan sekarang. Dalam keadaan anaknya itu masih marah dan dendam.

Dia kenal anak bongsunya itu. Demi menjaga hati semua orang, dia pendam perasaannya. Dia simpan rasa sakit. Sehingga dia sendiri tak faham dengan perasaannya sendiri. Apatah lagi meluahkan isi hatinya.

Encik Fuad tarik nafas dalam.

"Adik. Abah suka tengok life adik sekarang ni. Abah bukan nak halang adik balik rumah kita. Abah suka kalau anak-anak abah duduk satu rumah sekali. Tapi, biarlah rumah tu jadi rumah along. Rumah yang abah bagi adik tu, adik duduk lah situ kalau adik nak. Rumah tu lebih selesa dari sini. Dan rumah tu, tak perlu untuk adik bayar sewa." Kata Encik Fuad. Berhati-hati. Dia takut Myra salah tafsir ayatnya itu.

"Rumah ni pun tak perlu. Adik je tak nak. Adik tak nak terlalu banyak makan budi abang Hadi." Balas Myra.

Dia sedikit pun tak terasa hati. Dari Amsyah nikah dulu, abah sudah bahagikan harta kepada anak-anak. Setiap anak ada bahagian masing-masing. Siap dipesan pada mereka agar tidak mengambil bahagian orang lain.

"Bila lagi adik pergi jumpa dia?" Tanya Encik Fuad.

"Minggu depan." Jawab Myra.

"Abah nak ikut. Abah nak berterima kasih dengan orang yang banyak tolong anak abah ni." Kata Encik Fuad.

Myra angguk.

Setiaku Korbankan.Where stories live. Discover now