SK 13

1.2K 79 1
                                    

"Zayn kata, you tak nak kahwin. Why?" Tanya Rafa.

Myra ketawa.

"Dari dulu, I tak nak kahwin. And I have no reason for it." Jawab Myra. Dia menyandarkan tubuhnya ke pintu rumahnya.

"There is one time. You are desperately asking anyone to married you." Kata Rafa.

"You know the reason. Why?" Balas Myra.

Rafa diam. Menarik nafas dalam. Dia bersandar ke tembok batu didepan rumah Myra.

"If and only. Someone said yes. Even he is pretending to it. Even for a short while he agreed. Maybe, semua ni tak jadi." Sambung Myra.

"But, you never asking me. Why?"

"Because. I know you are married man."

"How do you know?"

"I just know."

"How?"

"Instinct."

Jawapan mudah diberikan Myra. Dia malas mahu menerangkan kenapa dia rasa Rafa sudah berkahwin ketika itu. Tapi, dia tetap melayan Rafa. Kerana dia selesa dengan Rafa.

Walaupun perbualan mereka ketika itu, sememangnya berkenaan dengan seks. Kerana itu, Rafa adalah 'sexting partner'nya. Tapi, bila dia bercerita tentang hal lain, Rafa hanya mendengar. Langsung tak memberi cadangan atau pandangan. Yang dia akan cakap hanyalah,

'Sian you. Meh I peluk.'.

Kata-kata yang simple, tapi, cukup untuk buat dia rasa selesa dan selamat. Membayangkan ketika dia dalam keadaan tak menentu, seseorang datang dan memeluknya.

"I sampai sekarang menyesal bagitahu you yang I dah kahwin." Kata Rafa.

"Why?"

"Because you left after that."

Myra ketawa.

"Perfect timing. Kan?"

Rafa angguk.

"I keluar dari rumah, bawa baju I beberapa pasang. IC, kad bank, lesen dan kunci kereta. Hanya kunci kereta. Tak bawa kereta. Phone semua. I tak bawa." Cerita Myra.

Rafa memandang Myra. Tak percaya.

"Abang I. Dia park kereta dan letak phone and laptop I dalam tu. Somewhere. I think, he know kat mana I masa tu." Sambung Myra.

"Angah you?"

Myra angguk.

"And dia biarkan you?"

Myra angkat kening.

"So, dia tahu keadaan you?"

Myra angkat bahu.

"Instinct you say?"

"He pretending not to care."

"Why?"

"That's what I asked him to do."

"Why?"

"Because he respects my decision."

"Why?"

"I just want to make everyone happy."

Rafa geleng kepala.

"Being with family, always make you happy."

Myra angguk.

"So?"

"Sometimes, it's better for you to left them. Pepatah melayu ada menyatakan. Sayang isteri tinggal-tinggalkan. Sayang anak, tangan-tangankan."

"You pernah pukul Zayn?"

"Ask him."

"I don't think you akan pukul dia. You are soft hearted person."

"Nama pun pepatah. It doesn't mean that tangan-tangankan mean, I pukul. There is other way untuk ajar anak. Tanpa menggunakan kekerasan. Yang penting, you buat since dia kecil. And consistent. Then, they will know. What's good and wrong. Especially Zayn. Someone that's always curious."

"Like you."

Myra angguk.

"So, you need to tell him. Why and why. What's the consequence. Tapi, tak mudah. Dia mesti nak tahu. Betul ke apa yg I cakap. Dia nak rasa sendiri pengalaman tu."

"Just like you."

Myra angguk.

"So, you need to always beri dia kebebasan untuk explore. Biar dia buat silap. Tugas you. Just bagitahu dia. Apa silap dia. Kenapa dia silap. Dan kesan kalau dia terus buat silap. Repeatation is the most important thing. Untuk dia ingat. Sebab walaupun dia tahu, belum tentu dia tak buat. So, need to keep remind him."

"Yup. Repeatation. That's the thing I fail to do."

Myra ketawa.

"Hey. Benda dah lepas. Chill la."

"Bukanlah."

"You know. I always thankful for what I have done. Well. Things happen with reasons. Right?"

Rafa angguk.

"Kalau benda ni tak jadi, I masih hidup dalam kongkongan family I. I tak ada Zayn. Silap-silap. Masa ni. Umur I dah 40 years old, I still perangai macam budak-budak hingusan. Masih tak tahu apa itu komitmen dan tanggungjawab."

Rafa angguk.

Myra punya jiwa bebas. Tapi, dikongkong oleh keluarganya. Akhirnya, memberontak. Tapi, tak boleh salahkan sesiapa. Myra hanya manusia.

"I sampai sekarang tak faham. Kenapa family you rasa you tak nak kahwin? When you asked them to get you a husband, they think you main-main? Dorang tak pernah ada kat tahap umur you ke? Especially your mom."

"My mom kahwin awal. So, dia tak rasa bila hormone spike and you got no way untuk salurkan. At that time, umur I dh 34. It's when I need attention from a man. Dia bukan gatal zaman remaja. Dia dah gatal yang serious."

"You je yang lambat menggatal tu."

Rafa dan Myra ketawa.

Myra angguk kepalanya.

Dia akui itu. Tika kawan-kawannya sibuk berpacaran, dia sibuk dengan aktiviti lain. Lelaki hanya kawan. Langsung tiada nafsu mahupun keinginan untuk bercinta. Bila dah mula bekerja, dia tetap begitu.

Hingga usianya sudah masuk 32 tahun. Masa itu, dia rasa dia mahu seseorang untuk dicintai dan mencintai. Untuk dibelai, dimanjakan. Dia mula rasa, hidup dia kosong. Kerana itu, dia menyatakan hal itu kepada keluarganya. Meminta untuk dicarikan suami untuknya.

Myra senyum senget.

"Kalaulah semua orang percaya apa yang I cakap. Tunaikan apa yang I minta. Semua ni, takkan terjadi. Kan?" Air matanya tak tertahan.

Rafa mendekati Myra. Dia memeluk Myra. Myra menangis didada Rafa.

"You rindu dorang?"

Myra angguk. Dia menolak tubuh Rafa. Mengelap air matanya.

Rafa undur kebelakang. Berdiri diposisisnya tadi. Hanya memandang Myra yang sedang menguruskan dirinya dan emosinya.

"You tak rasa. It's your time untuk balik kepada mereka?" Tanya Rafa.

Myra angkat bahu.

"I bet. Your parents must be miss you. A lot."

Myra angguk.

"Few days back, I pergi tengok dorang. I hantar kek favourite my dad. My mom buka dan terus makan. Ibu bagi kat abah juga. So, I know, they know. It's me. From me. I know my mom. Dia prejudis. Dia takkan makan something yang dia tak tahu mana datang." Kata Myra. Senyum mengenangkan gelagat orang tuanya.

"Isn't that sign. Yang dorang dah terima you?"

Myra angguk.

"So?"

"I'm not ready yet."

"Sampai bila?"

Myra angkat bahu.

Rafa diam.

Setiaku Korbankan.Where stories live. Discover now