SK 8

1.3K 88 0
                                    

"Ha!"

Myra yang sedang mengeluarkan kunci dari poket seluarnya, terkejut bila disergah. Wajahnya benggang. Dia menoleh ke arah lelaki yang menyergahnya. Bersedia untuk memaki hamun lelaki itu.

"You"

Terbantut niat Myra ingin memaki bila melihat Rafa yang menyergahnya tadi.  Rasa marah disalin dengan angkatan kening. Bertanya tujuan lelaki itu.

"Seminggu I tunggu you. Tak call. Tak mesej. So, I datang lah. Nak jumpa anak I." Kata Rafa.

"Dah tu. You pun diam je. Macam you tak biasa. I don't start the conversation." Kata Myra.

Rafa ketawa.

"So, I use that reason untuk spy you." Kata Rafa.

Myra hanya menggeleng kepala dan mencari semula kunci rumahnya. Belum sempat dia mahu memasukkan kunci ke dalam tombol, pintu sudah dibuka dari dalam. Zayn keluar bersama batang penyapu. Sedia untuk memukul lelaki yang mengganggu ibunya.

"So, this is my child." Kata Rafa sebelum sempat Zayn memukulnya.

Myra angguk.

"What's your name?" Tanya Rafa kepada Zayn.

"Anak I, cakap melayu." Kata Myra.

"Then, I'll teach him to speak in English. Again. What is your name, son?" Tanya Rafa.

"Zayyan Irfan Bin Anom Umairah." Jawab Zayn.

"I thought Anom is just your 'glomour name'" Kata Rafa.

Myra ketawa halus.

"People called me Myra. But, I want people to call me Anom. More classic." Balas Myra.

"I boleh masuk ke?" Tanya Rafa.

"Jangan nak mengada. Dah nampak Zayn. Kan? Dah. Boleh balik." Jawab Myra.

"Alaaaa... Bagilah I chance nak beramah mesra dengan anak I." Pinta Rafa.

"Jangan nak mengada. Next time. Ini you dekat depan rumah I ni pun. Tah apa orang sekeliling ni cakap." Balas Myra.

"Mulut orang you."

"Ya. Tapi, kalau kita yang mengundang kata-kata orang tu pun, tak elok juga."

Rafa senyum.

Myra tak pernah berubah. Walau sedikit. Sentiasa mendulukan orang lain. Sentiasa fikirkan orang lain lebih dari kepentingan dirinya.

Dan kerana inilah. Akhirnya, dia jadi begini.

"Esok, I ambil Zayn. Boleh?" Pinta Rafa.

Myra pandang Zayn. Bertanya pendapat Zayn. Zayn pula memandang Myra. Meminta penjelasan dari Myra.

"Nanti awak tanya..." Kata Myra terhenti.

"Daddy, right?" Tanya Myra kepada Rafa.

Rafa angguk.

"Nanti awak tanya daddy awak ni. He knows almost everything." Kata Myra kepada Zayn.

Rafa angguk.

Zayn juga.

"Okey. Esok pagi, daddy datang ambil Zayn." Kata Rafa.

Zayn dan Myra angguk. Setuju.

Setiaku Korbankan.Where stories live. Discover now