Chapter 5: What Did You See?

45 8 14
                                    

Keesokan paginya di pekan kota Residien, terlihat ramai orang yang ada di pekan tersebut. Tangan Kirizu ditarik oleh Nia tergesa-gesa pergi ke pasar yang berdekatan dengan kota Residien itu.

"Cepat lah Kirizu!! " Ajak Nia dengan kelam kabut

"yeee, janganlah tarik tangan aku kuat sangat!! " Balas Kirizu sambil ditarik kuat oleh Nia

"haihhhh tengoklah diorang dua tuu..." Kata Adith yang menjelingkan matanya ke arah mereka berdua

"haihhh jealous ke? hahaha... " Sindir Safwan dengan memandang wajah Adith dengan senyuman menyakat.

"haaa??! ma-mana ada aku jealous" Balas Adith sambil memalingkan wajahnya ke arah lain

Khairil pula datang menghampiri dengan Adith lalu menyakatnya juga.

"helehhh... jealous taknak mengaku kawan kita ni. hahahaha" Sakat Khairil sambil memegang bahu kanan Adith

"itulahhh hahaha... " Sambung Safwan sambil ketawa kecil

"haihhhh... lantak korang berdua lahh... " Marah Adith sambil berlalu pergi dari mereka berdua

"lahhh marah lakk" Ujar Safwan sambil memegang pinggang sebelah tangan

Tak lama kemudian mereka berdua tertarik perhatian untuk menyinggah satu gerai yang menjual sesuatu barangan. Mereka berdua pun mendekati dengan gerai tersebut.

Sementara itu, di situasi Kirizu dengan Nia pula, mereka berhenti di sebuah gerai menjual makanan. Nia dengan mata yang bersinar-sinar terliur melihat makanan yang dijual itu. Kirizu yang melihat kelakuan Nia itu agak sedikit terkejut dengan reaksi yang diberikan. Nia perlahan-lahan memalingkan wajahnya lalu menatap wajah Kirizu dengan mata yang bersinar-sinar.

"hadehhh... kalau kau nak, belilah. aku tak halang" Kata Kirizu dengan lembut.

Nia bersuara gembira bagaikan kanak-kanak. Dia terus memesan kentang rebus daripada pakcik yang menjaga gerai tersebut.

"saya nak kentang rebus ni 10 biji boleh? " Pesan Nia dengan gembira

Pakcik yang menjual kentang rebus itu terus mencedok keluar kentang-kentang yang sedang direbus itu keluar daripada periuk yang besar.

Kirizu pula langsung terkejut dengan pesanan tersebut lalu terus menyoalkan sesuatu kepada Nia.

"o-oii siapa yang nak makan sampai 10 biji tuh!! " Soal Kirizu dengan kuat

"hehe" Nia hanya tersengih sahaja apabila Kirizu tanya begitu

************************************

Di satu tempat di bawah pokok yang redup, Kirizu dan Nia duduk disitu sambil melihat suasana di pekan Residien tersebut.

"aku makan dulu..." Ucap Nia sebelum memakan kentang rebus yang masih lagi panas itu.

Nia bersuara perlahan menikmati kentang rebus tersebut dengan muka yang sedikit kemerahan. Dia mengunyah dengan perlahan-lahan sambil memegang pipinya yang penuh.

Kirizu pula hanya membiarkan sahaja Nia dengan gelagatnya menikmati kentang rebus itu. Dia hanya memerhatikan sahaja suasana orang yang lalu lalang di hadapan mereka. Tak lama kemudian Nia memanggil membuatkan dia tersentak dari mengelamun.

"Kirizu... Kirizu... Rizu!!" Panggil Nia berkali-kali

"aa-ahh? kenapa? " Soal Kirizu yang kelam kabut menjawab panggilan rakannya

"haihhh... kau mengelamun apa?" Tanya Nia dengan perasaan tidak puas hati

"takdelah... suasana dekat sini hidup juga..." Jelas Kirizu dengan nada yang lembut

Lost Faith: New Beginning In Another World [Vol.1]Where stories live. Discover now