Chapter 12: Recruitment

31 7 2
                                    


Di satu tempat yang terletak di kawasan Perumahan Nekles 2, terdapat satu pam air ditengah-tengah lorong itu. Yang mana lorong tadi yang dilalui oleh Kirizu untuk mengejar kumpulan Treasure Collector.

Kirizu mengempam air untuk dia membasuh mukanya yang dipenuhi oleh lumpur itu. Perlahan-lahan dia menadah air dengan tapak tangannya lalu menyapukan ke mukanya.

Perlahan-lahan dia menghembus nafasnya selepas membasuh mukanya sehingga bersih.

   "Haihhh..."

Tiba-tiba dia menumbuk tangannya ke sebuah dinding di sebelahnya dengan kuat. Dia geram akan kejadian tadi kerana dia tidak dapat mengejar mereka. Dia mengetap giginya kuat kegeraman. Dia juga teringat akan kata-kata ketua Tresure Collector itu tadi.

"Hahaha! orang yang tak pandai guna magik macam kau akan jadi magik yang paling useless dalam hidup dia!!"

   "Betul jugak cakap dia, tak guna aku ada magik tapi tak reti kawal magik sendiri. Tak boleh nak buat apa dengan magik yang ada" Kata Kirizu sendirian.

Secara tiba-tiba ada seorang lelaki turun daripada bangunan lalu mendarat di hadapan Kirizu dengan selamat. Kirizu agak sedikit terkejut dia mula mengangkat wajahnya memandang ke arah lelaki yang berbaju kotor itu.

Kirizu dengan cepat menarik keluar pedang emasnya dan menghalakan mata pedang ke arah lelaki itu. Lelaki itu dengan cepat mengangkat kedua-dua tangannya ke atas.

   "Siapa kau?!!" Soal Kirizu dengan suara nada tinggi.

   "Woowoowoo...Chill...aku bukan orang jahat..." Balas lelaki itu.

Dia perlahan-lahan memasukkan semula pedangnya ke dalam sarung. Kemudian dia tanya lagi sekali kepada lelaki tersebut.

   "Jadi siapa kau??"

   "Aku..."

Belum sempat dia memulakan kata-katanya, ada sesuatu yang benda yang keras dibaling di kepalanya tetapi ianya tidaklah besar. Dia memandang sekeliling sambil menggosok belakang kepalanya dengan lembut. Dia hairan tiada siapa pun yang ada disitu kecuali dia dengan Kirizu.

   "Aduhhh...Siapa yang baling batu dekat aku ni??" Soal lelaki itu.

   "Mana ada siapa-siapa dekat belakang kau..." Balas Kirizu hairan dengan kelakuan lelaki itu.

Kirizu hanya memandang lelaki itu sambil menunggu jawapan daripadanya untuk menjelaskan dirinya. Sambil dia menunggu, wajah mukanya menjadi kosong melihat lelaki itu dengan pakaian yang tidak berapa kemas dan bersih.

   "Okaylah...nama aku Wyser Stone, aku salah seorang daripada pelindung Kanistria" Kata Wyser memperkenalkan dirinya kepada Kirizu.

   "Ohhh, jadi kau buat apa je dekat sini? Nak tangkap aku sebab aku ni nampak suspicious ke?" Soal Kirizu dengan selamba.

   "Tangkap kau?? Hahaha...aku cuma roda-roda dekat kawasan sini je, untuk tengok apa yang berlaku dekat sini" Jelasnya.

Kirizu agak terkejut dengan apa yang dijelaskan oleh Wyser, dia terus menyoalkan soalan kepadanya.

   "Jadi...kau nampak lah apa jadi dekat sini tadi!?" Soal Kirizu dengan kuat.

   "Aku tak tahu situasi dengan jelas...aku just nampak yang kumpulan tu hilang macam debu tu je" Balas Wyser dengan tenang.

Kirizu mengetap giginya kegeraman sambil memandang ke bawah. Kedua-dua tangannya digenggam dengan kuat.

   "Apa yang jadi sebenarnya?" Soal Wyser tertanya-tanya.

Lost Faith: New Beginning In Another World [Vol.1]Where stories live. Discover now