Chapter 13: Risky Exam?

25 6 5
                                    


Kirizu masih lagi berdiri di colosseum tersebut. Farrah yang melihat rakannya itu hairan mengapa dia tidak memulakan ujiannya.

    "Dah kenapa dia tak mula lagi? Haihhh bodohnya..." Bebel Farrah.

   "Hahaha...aku gerak ke tempat jaga aku dulu" Kata Wyser lalu dia terus meninggalkan Farrah disitu.

Tak lama selepas itu, Farrah juga beredar dari colosseum dan bergerak ke tempat jaganya untuk melihat dan mengawasi para perserta melakukan ujian mereka semua.

Sedang Kirizu berdiri, dia ditegur oleh gadis berambut putih disebelahnya itu. Perlahan gadis itu menengurnya.

   "Heyy...kau tak nak gerak lagi ke?"

Kirizu agak terkejut sedikit dengan teguran daripada gadis disebelahnya itu. Dia hanya melihat gadis itu tanpa memalingkan kepala sepenuhnya. Perlahan dia buka mulut.

   "Kau pulak...taknak gerak juga ke?" Soal Kirizu semula.

Gadis tersebut terus bergerak meninggalkan Kirizu disitu tanpa membalas soalannya tadi.

   "Kalau kau tak gerak dari situ, orang lain akan pergi jauh lagi dari kau" Kata gadis tersebut, kemudian dia terus berlari perlahan menuju ke pintu pagar Kanistria.

   "Tchhh..." Kirizu mengetap giginya dengan kata-kata gadis itu.

Ada betul juga kata gadis tadi, kalau dia tak bergerak dari tempatnya dia akan ketinggalan jauh. Dia memalingkan wajahnya ke arah Harusa untuk seketika. Selepas itu, barulah dia berlari menuju ke pintu pagar Kanistria.

Dia berlari laju memintasi gadis berambut putih yang sedang berlari perlahan itu. Gadis itu hanya melihat sahaja dia dipintasi oleh Kirizu dengan muka yang kosong.

Sedang Kirizu berlari, dia memikirkan sesuatu tentang ujian yang dia sedang lakukan.

   "Patut ke aku guna magik aku sekarang?"

Dia berlari sambil melihat ke tanah, memerhatikan kakinya bergerak dengan laju. Kemudian, dia pandang semula ke hadapan.

   "Jangan jangan...kalau aku guna magik aku, aku just bazirkan mana aku untuk awal ujian ni"

   "Aku kena masuk Kanistria Guardian, untuk protect orang sekeliling sambil cari cara balik ke dunia asal!!"

***********************************

Semasa dia berlari hendak menuju ke pintu pagar utama Kanistria, ada seorang remaja lelaki yang sedang berlari semakin perlahan. Dia berlari semakin laju untuk memintasi remaja itu. Situasi disekeliling juga agak kecoh melihat mereka berdua sedang berlari untuk menuju ke checkpoint pertama mereka. Ramai orang bersorak kepada mereka. Sedang Kirizu berlari, pandangannya beralih sedikit dan terlihat budak lelaki semalam yang mana dia mahu tolong untuk mengejar kumpulan Treasure Collector. Budak lelaki itu kuat menjerit kepadanya memberikan semangat.

   "Laju lagii!!!" Jerit Michio dengan kuat.

Kirizu yang mendengar jeritan tersebut melajukan lagi langkah kakinya untuk berlari. Remaja yang dia mahu pintasi itu berada di sama posisi. Remaja itu memandang Kirizu dengan muka yang meluat.

Apabila dia dapat melihat wajah remaja tersebut barulah dia tersedar yang remaja yang berlari bersama dia itu adalah remaja tadi yang mengutuk ucapan Harusa tadi.

Remaja disebelahnya tadi terus memecut dan berada dihadapan Kirizu sedikit. Kirizu pula tidak mahu kalah, dia melajukan juga lariannya. Mereka berdua berlumba sesama sendiri. Sehinggalah di checkpoint yang pertama mereka berpisah.

Lost Faith: New Beginning In Another World [Vol.1]Where stories live. Discover now