Chapter 20: Together We Win!

68 19 1
                                    


Lelaki itu menumbuk kedua-dua tangannya ke tanah. Dia terus menggunakan magik tekniknya. Batu-batu lava mula bercantum di kedua-dua pergelangan tangannya. Daripada hujung jadi hingga ke lengan ia bercantum menjadi seperti sarung tangan yang keras dan kuat.

   "Mampus macamni..." Kata Hervy sendirian apabila dia melihat lelaki itu dengan tangan berbatu lava.

Dia mula membuka langkah kakinya bersedia untuk menyerang. Kelihatan mukanya yang bengis akan magiknya yang mudah dipatahkan oleh para ahli pelindung.
Tajam pandangannya dia ke arah Kirizu dan Hervy.

   "Lahhh...baru nak jadi lelaki??" Soal Kirizu memperli.

Dia bengang dengan kata-kata tersebut. Dia mengetap giginya kuat kerana Kirizu memperlinya. Tanpa menunggu lagi dia terus berlari menuju ke arah mereka berdua.

   "Jomm, kita habiskan dia!!"

   "Yang lain pun tolong sekali!!" Ajak Kirizu lagi dengan kuat.

Kirizu terus sahaja maju ke hadapan bagi mengalahkan lelaki itu dengan secepat mungkin. Para ahli pelindung yang lain mula bangkit perlahan-lahan bagi membantu Kirizu berlawan sebagai satu kumpulan.

   "Baik..." Jawab beberapa orang ahli pelindung disitu.

   "Haihhhh...aku tak tahulah dia ni ada semangat apa. Tapi kalau dia ada semangat nak lawan, buat apa je aku tengok dia seorang je dalam scene" Kata Hervy tersenggih. Dia terus maju ke hadapan bagi membantu rakannya.

   "Ahli pemanah! Ambil posisi masing-masing!" Arah Farrah dengan tegas.

   "Baik!!!" Jawab ahli pemanah serentak. Mereka semua bergerak untuk mengambil posisi yang sesuai bagi melepaskan panahan mereka kepada lelaki itu.

   "Ahli pendekar pedang dengan ahli perisai bantu juga!!!" Arah Malvest dengan kuat.

Mereka semua menerima arahan tersebut. Ramai-ramai ahli pendekar pedang dan ahli perisai mula maju ke hadapan. Kedengaran tapak kaki seperti ada orang yang sedang berkawad kuat terdengar.

   "Jomm...kita tolong budak baru tu. Tunjuk yang kita sebagai ahli lama ni pun berguna jugak!!" Kata seseorang remaja lelaki.

   "Takkan nak tunjukkan kita orang lama ni lemah depan budak baru kot!!!" Balas seseorang lagi.

Keadaan semakin menjadi strategik. Ramai ahli pelindung sudah pun mahu berkerjasama bagi mengalahkan lelaki itu. Kirizu tersenggih dengan situasi tersebut membuatkan dia lagi semangat untuk berlawan.

   "Bagus...situasi macamni baru nampak macam team!!" Desis Kirizu gembira.

Lelaki itu mula panik dengan keadaan sekeliling. Sasarannya hanya Kirizu sahaja, tetapi disebabkan ada ramai ahli pendekar pedang menyerangnya, dia terpaksa mempertahankan diri.

Kirizu dengan kuat melibaskan pedangnya ke arah lelaki itu. Lelaki itu dengan pantas menepis serangan tersebut lalu menggenggam bilah pedang dengan kuat. Kirizu jugak tidak melepaskan pegangannya dari hulu pedang.

Lelaki itu angkat pedang tersebut, Kirizu juga terikut sekali diangkat bersama. Lalu lelaki itu terus menghentak badan Kirizu ke tanah dengan kuat.

Lost Faith: New Beginning In Another World [Vol.1]Where stories live. Discover now