Chapter 23: About Kryshyia

53 16 10
                                    


Sesudah sahaja Hervy selesai menghabiskan minumannya, terus dia bangkit dari duduk lalu menuju ke pintu.

   "Arghhh...aku pergi dulu..."

Baru sahaja dia mahu menarik pintu dia mula disoal oleh Kirizu. Dia berhenti lalu menjawab pertanyaan rakannya dahulu sebelum keluar.

   "Awal kau habis..."

   "Aku ada kerja lagi...korang berdua sembang lah..." Katanya lalu meninggalkan tempat tersebut sambil menutup pintu dengan tertib.

Farrah dan Kirizu saling memandang sesama sendiri. Mereka hanya diam sahaja tanpa membuka apa-apa topik untuk berbual. Farrah perlahan-lahan mengacau airnya dengan sudu yang ada. Tak lama, Kirizu memecahkan suasana kejanggalan disitu.

   "Errrr...by the way, pasal Kryshyia...kenapa dia asyik menyorok dengan aku?"

   "Haihhhh...aku dah agak dah kau mesti tanya..." Tutur Farrah sendirian yang sepertinya dia sudah menjangka bahawa Kirizu akan menanya soalan tersebut.

   "Huhh?" Kirizu hairan sambil menaikkan keningnya sebelah.

   "Kau dah nak masuk dua minggu dalam Guardian still tak kenal member yang ada!!" Marah Farrah dengan suara yang agak tinggi.

Kirizu terus menampakkan wajah yang meluat akan kata-kata tersebut.

   "Macam mana nak kenal kau budak tu asyik lari je bila nampak aku" Kata Kirizu dengan muka yang meluat dengan mata dirapatkan menjadi kecil.

   "Haishhh...Kryshyia dia malu dengan orang" Jelas Farrah ringkas dengan mata yang terpejam.

   "Malu? malu sebab apa?" Soal Kirizu lagi.

   "Malu sebab dia tak dapat kawal magik dia" Jelas Farrah lagi.

   "Magik? jap dia pun mage? tapi aku tak nampak pun dia guna magik?" Kirizu hairan apa magik Kryshyia sedangkan dia tak pernah nampak gadis itu guna pun sebelum ni.

   "Kau ni tak peka langsung dengan ahli Guardian sendiri...Magik dia Spatial. Manipulasi ruang"

   "Ohhh!!! Jadi masa dekat Fierdien tu magik dia lah yang buatkan makhluk tu hancur berlubang?!!" Kirizu baru sedar tentang perkara tersebut dan mula teringat satu kejadian semasa di Fierdien.

   "Iyee siapa lagi kalau bukan dia. Kau pula hampir hancurkan plan aku masa tu!!" Marah Farrah tentang plan sebelum ni.

   "Apasal aku pula!! Plan apa yang kau buat?" Bantah Kirizu apabila dia dipersalakan tanpa dia tahu apa-apa yang sedang berlaku.

Imbas kembali, semasa Kryshyia ditangkap oleh Roland. Farrah perlahan-lahan bangun dengan badan yang tergetar-getar.

Kelihatan dari jauh Hervy dan Kirizu bengang dengan tindakan lelaki itu pada Kryshyia. Kirizu mula meninggikan suaranya pada lelaki tersebut.

   "Kalau kau lelaki, jangan kau sentuh dia lah sial!!!"

Farrah mula mencari idea bagi menyelamatkan rakannya itu. Dia berfikir perlahan-lahan apa yang dia tahu tentang Kryshyia sebelum ini. Di dalam mindannya muncul satu per satu suara daripada Kryshyia yang gagap dan malu. Sehinggalah ada satu ayat tentang Kryshyia yang membuatkan mata Farrah terbuka luas.

Lost Faith: New Beginning In Another World [Vol.1]Where stories live. Discover now