Chapter 4: Few Month Later

111 24 7
                                    


Dia lantas melihat sekelilingnya sambil menjerit-jerit memanggil mereka tetapi tiada siapa yang menyahutnya. Dia tergamam dengan apa yang sedang berlaku. Dia menjadi bingung adakah ini realiti atau mimpi. Dia terus jatuh melutut dan memandang sahaja pasir pantai, memikirkan sesuatu. Dia betul-betul buntu apa yang sedang jadi pada dirinya dan sekelilingnya.

Dia menggenggam pasir pantai tersebut sekuat hati sambil menitikkan air mata. Dia perlahan-lahan mengangkat wajahnya yang sedih kerana keseorangan. Dia perlahan-lahan berdiri semula dan lihat pemandangan laut dengan wajah yang sayu. Dia berjalan pergi dari situ tanpa mengeluarkan apa-apa patah perkataan.

***********************************

Selepas beberapa bulan, dia menjalani hidupnya seorang diri di dalam hutan yang tebal. Keadaannya tidak terurus. Bajunya telah koyak rabak begitu juga dengan seluarnya telah koyak menjadikan ia singkat. Dia duduk berehat dihadapan unggun api yang dibuatnya sambil mengeluh. Tidak tahu apa yang mahu dilakukan olehnya, dia mencampakkan ranting-ranting kayu masuk ke dalam api tersebut. Fikiranya betul-betul kosong selepas dia kehilangan kawannya selepas hampir beberapa bulan. Dia bangun dari sebatang kayu besar, tempat dia duduk lalu dia terus pergi ke tempat tidurnya. Dia membaringkan dirinya sambil memandang ke langit yang dipenuhi bintang-bintang. Dia meletakkan tangannya dibelakang kepala sambil melepaskan keluhan yang panjang.

"haihhhh...berapa lama lagi aku kena hidup macam ni.." Monolog dia dengan suara hati yang agak sayu dan sedih.

"Makanan aku dah tak cukup dah ni..esok kena buru binatang lagi" Kata Kirizu sambil memikirkan rancangannya untuk pagi esok.

Dia kehabisan sumber makanan untuk meneruskan hidupnya di dalam hutan tersebut. Dia merancang untuk memburu binatang liar lagi. Dia mengiringkan badannya lalu memejamkan matanya tanpa berfikir apa-apa lagi supaya dia dapat tidur dalam keadaan yang tenang. Hanya bunyi-bunyi angin yang bertiupan sahaja yang menemaninya pada malam itu.

************************************

Pagi seterusnya, dia mula bergerak dari tempat dia berehat untuk memburu. Selalunya dia akan pergi ke kawasan bukit-bukau kerana terdapat banyak rusa yang tinggal disitu tapi kali ini dia pergi ke arah yang berlawanan untuk memburu. Entah kenapa dia rasa mahu pergi ke tempat baru. Dia bergerak perlahan sambil menyelak semak samun yang menghalangnya untuk bergerak.

Selepas beberapa minit, dia berada di kawasan tanah yang lapang, kawasan yang rata dan sesuai untuk membina kawasan pertempatan. Dia memandang sekeliling dan terlihat sebuah rumah tidaklah seberapa besar ada di kawasan tanah lapang tersebut. Di sekeliling rumah tersebut terdapat pokok-pokok yang renek untuk berehat dibawahnya.

Dia bersuara gembira sambil menitiskan air mata kerana telah menjumpai tempat tinggal seseorang untuk meminta bantuan. Dia terus berlari menuju ke arah rumah tersebut sambil air matanya jatuh ke tanah akibat terlalu gembira. Setelah berbulan-bulan dia hidup berseorangan di dalam hutan tebal itu, akhirnya dia dapat juga menemukan tempat tinggal seseorang. Mungkinkah ini jalan untuk keluar dari tempat tersebut. Dia seperti tidak tahu untuk mengungkapkan kata-kata. Dia berlari dan terus berlari menuju ke pintu hadapan.

Sampai sahaja di pintu hadapan rumah tersebut dia berhenti terkejut kerana dia ternampak seseorang yang dia kenali. Seorang gadis berambut perang behenti di hadapannya kerana terkejut juga melihat Kirizu yang berdiri disitu. Barang yang dibawanya jatuh berkelipangan ke lantai. Dia tergamam dengan apa yang dia lihat didepan matanya, dia berfikir adakah ini cuma khayalan. Gadis yang berada di hadapannya, tak lagi tak bukan, ialah Nia.

Nia hanya mampu tercengang di hadapan Kirizu. Tak lama kemudian Safwan pula datang menghampiri Nia dan menanyakan apa yang sedang berlaku. Safwan mengangkat pandangannya ke hadapan dan dia terkejut melihat Kirizu berdiri sambil mengeluarkan air mata.

Lost Faith: New Beginning In Another World [Vol.1]Where stories live. Discover now