Chapter 2: Kirizu Inishigawa

186 34 5
                                    


Sedang Kirizu termenung melihat mesej dari seseorang yang tidak dikenali itu, dia disapa oleh Nia menyebabkan dia tersentak mendengar namanya dipanggil. Nia menanyakan sesuatu padanya yang apa yang hendak dilakukan selepas ini.

"Ahhhh??!!...Aku pun tak tahu. Mungkin lepasni aku akan ke studio. Sambung buat kerja yang tinggal kat sana" Balas Kirizu sambil membetulkan bajunya.

Nia bersuara kecil, mengerti dengan penjelasannya. Kirizu baru tersedar yang barang dia cari-carikan itu adalah kunci studio. Reaksinya bertukar menjadi kelam-kabut. Barang yang dia ingatkan hilang rupanya dia tertinggal di rumah Safwan. Maklumlah Kirizu ini seorang yang pelupa dan cuai inilah jadinya.

Kunci tersebut sepatutnya berada pada Nia tapi disebabkan event ini, Kirizu mengambil kunci itu dan mentutup studio sebagai cuti khas bagi mereka. Kirizu mahu staff-staff studionya menghilangkan rasa stres sepanjang event itu berlangsung.

Sebab lain dia mengambil kunci tersebut daripada Nia adalah untuk hindari dari berlaku apa-apa yang tidak diingini. Tapi boleh pula Kirizu tinggalkan kunci tu di rumah Safwan.

Tak lama kemudian telefon bimbit kepunyaannya bergetar, sepertinya seseorang menghantar lagi mesej padanya.

Dia terus menatap pada skrin telefonnya itu. Dia telah menerima satu lagi mesej dari nombor yang sama. Mesej kalini menyuruhnya untuk lihat keadaan rumah Safwan. Air mukanya terus berubah menjadi panik dan risau apa yang telah terjadi di rumah Safwan. Hatinya mula berasa tidak sedap hati dan dia mengambil keputusan untuk bergegas pulang.

"Kau nak ke mana tuh Kirizu?!!" Soal Nia kepada Kirizu yang sedang bergegas keluar dari belakang pentas.

Nia perasan yang kelakuan Kirizu berubah menjadi jadi kelam-kabut. Dia berfikiran ada sesuatu perkara buruk sedang berlaku.

"Aku nak balik..ada benda aku tertinggal..." jawabnya dengan suara yang sedikit cemas.

"ouhhh...baiklah" Nia hanya bersuara mengerti dengan apa yang dijelaskan.

Kemudian munculah kelibat Adith yang menghilang dari tadi. Dia dengan gembiranya masuk ke belakang pentas dan menanyakan bagaimana dengan ucapannya sebentar tadi.

"Haaa Kirizu!!! Macam mana dengan....ehhhh kau nak kemana?" Tidak sempat dia menghabiskan persoalannya terus air muka Adith berubah menjadi hairan dengan Kirizu yang tergesa-gesa keluar dari belakang pentas.

Dia tidak mengendahkan pertanyaan Adith lalu berjalan laju dan terus keluar. Adith memandang wajah Nia dan Safwan dengan penuh tanda tanya.

Semasa dia bergegas untuk keluar dari tempat tersebut dia ditahan dan dihalang oleh wartawan dan peminat-peminatnya yang tiba-tiba datang menyerbunya di lorong keluar. Dia ditanya berbagai-bagai soalan mengenai perancangan animasinya itu. seperti :-

"Boleh beritahu bila tarikh pengumunan bermulanya animasi tersebut?"
"Berapa banyak episod pula untuk animasi tersebut?"
"Boleh kami dapatkan tandatangan daripada awak?"

Kirizu yang sedang tercengang berdiri sambil berpeluh itu hanya mampu bersuara tergagap-gagap tidak tahu untuk menjawab soalan yang mana satu.

Safwan dan Nia keluar dari belakang pentas, ternampak kekecohan yang dihadapi olehnya. Safwan menyuruh Nia untuk membantu Kirizu bagi memberi laluan kepada rakannya.

Nia terus berlari anak ke arah Kirizu dan memberi isyarat untuk pergi dari situ. Dia mengangguk faham dengan isyarat yang diberikan oleh Nia lalu bergegas beredar dari situ.

************************************

Tiba sahaja di hadapan rumah Safwan, dia keluar dari kenderaan yang ditempah melalui aplikasi Grab. Dia berdiri di hadapan rumah itu dan terlihat pintu pagar terbuka sedikit seperti ada seseorang yang masuk ke dalam.

Lost Faith: New Beginning In Another World [Vol.1]Where stories live. Discover now