Chapter 1: Just A Dream?

320 38 10
                                    


Sedang aku tidur dengan nyenyak, aku terdengar seseorang memanggil namaku secara kuat. Dia memanggilku dengan nama Kirizu berulang kali. Aku di dalam hati yakin akan itu adalah suara Khairil.

Aku membuka mata sedikit demi sedikit. Pandangan aku pada mulanya kabur, selepas pandangan aku sudah jelas, aku bangun dengan lantas dengan wajah yang cuak. Aku tolehkan kepala aku, di sebelah aku ada Safwan yang sedang duduk di meja dan Khairil yang sedang mencekak pinggangnya melihat aku dengan hairan.

Aku terpinga-pinga melihat mereka berdua dengan muka yang berpeluh. Nafas aku menjadi kencang akibat mimpi buruk tadi. Mereka yang masuk ke dalam bilik aku untuk mengejutkan aku mamandang aku pelik dengan reaksi aku itu. Mereka hairan dengan aku yang tiba-tiba sahaja bangun seperti itu. Muka aku terus jadi pucat seperti baru dibangkitkan semula.

"Kau okay ke tak ni? asal muka kau nampak pucat" Soal Safwan, aku tak tahu jawab apa pada pertanyaannya.

Apa yang aku ingat dalam mimpi tadi ialah, aku lemas dalam laut yang dalam dan gelap.

"Aku mimpi yang aku..." Aku cuba berkata untuk membalas pertanyaan Safwan tapi belum sempat aku habiskan ayat, Khairil mula memotong percakapan aku.

"Halah mimpi je tuuu...takpayah lah fikir-fikirkan sangat"

Haihhh Khairil ni...Aku nak tahu kenapa aku mimpi macam tu. Mungkin tu satu pertunjuk atau sesuatu yang akan berlaku pada aku? Entahlah, aku dari dulu lagi selalu mimpi benda-benda yang pelik. Dalam kepala aku sekarang fikir apa yang mereka ni nak sampai kejut aku pagi-pagi macam ni. Kalau diikutkan hati nak je aku sambung tidur balik.

"Haaa, yang korang dah kenapa kejut aku pagi-pagi ni?" Soal aku dengan terpinga-pinga.

Wajah Safwan terus berubah menjadi tidak puas hati akibat soalan yang aku tanya.

"kan kita ada persiapan untuk Anime Expo" Balas Safwan dengan muka yang meluat akan soalan aku

"Haah laahhhh...."

Aku baru teringat apa yang terjadi. Malam semalam aku bercadang untuk lepak dan tidur di rumah Safwan. Aku tak balik ke rumah aku sebab aku datang dari jauh, jadi aku ambil kesempatan untuk bermalam di rumah Safwan sebab rumah dan tempat event tu dekat.

Aku perlu bersiap untuk ke Anime Expo sebab aku ada bahagian untuk mengumumkan ucapan tentang peracangan produksi studio kami seterusnya. Aku adalah seorang pengarah studio animasi yang berkonsepkan 2D dan telah menghasilkan banyak siri animasi jadi bagi event ini, aku adalah orang yang penting.

"Dah tuuu...cepatlahh bersiap!! kalau kau terlewat nanti jangan salahkan kami!!!" Tiba-tiba Safwan menyedarkan aku dari termenung dan menyuruh aku bersiap dengan segera.

Aku dengan segera keluar dari bilik untuk mandi dan sebagainya.

************************************

Mereka bertiga duduk di pondok perhentian bas. Khairil pulak asyik menghadap telefonnya sahaja. Kami bertiga hanya diam dari tadi tidak bercakap pun sepatah. Tak lama kemudian mula lah perbualan Kami.

"Erghhh,aku ingat kita pergi naik kereta" Kata Kirizu sambil termenung

"Haihhhh...salah Safwan lahhh. Taknak check dulu kereta sebelum pergi" Jelas Khairil dengan nada yang agak marah

"Ahahaha sorry sorry..aku lupa haha" Kata Safwan sambil mengarukan kepalannya

"Haishhhh..." Aku mengeluh dengan kuat

Kirizu termenung seketika dan melihat keadaan sekeliling. Dia ternampak satu poster yang terlekat pada dinding yang mengenai isu kejadian lemas. Poster yang dia lihat itu berubah menjadi dirinya sendiri. Dia terkejut dengan apa yang dia lihat, dia terus mengelengkan kepalanya lantas pandangannya kembali semula kepada asal.

Lost Faith: New Beginning In Another World [Vol.1]Where stories live. Discover now