Chapter 22: Kirizu Work As A Server

60 17 0
                                    


Pagi seterusnya Kirizu bangkit dari tidurnya. Perlahan-lahan dia mengangkat tangannya ke atas untuk mengeliat sambil mulutnya menguap luas. Matanya masih lagi layu untuk melihat dunia. Dia pun memaksakan diri untuk turun dari katil dan keluar menuju ke kafeteria.

Dengan mata yang mamai dia terus sahaja melangkahkan kaki untuk mengambil sarapan. Dia mengucapkan selamat pagi kepada semua tetapi tiada siapa yang balas. Sesudah sahaja dia habis menggosok mata, dia lihat tiada siapa di cafeteria.

   "Selamat pagi semuaa...Ehhh?"

Senyap sunyi sahaja di cafeteria. Niat dia terbatal untuk makan sarapan pagi. Dia terus berjalan untuk keluar pergi ke halaman Guardian. Sedang dia berjalan dia terserempak dengan Sakura yang sedang menyapu lantai yang banyak dengan habuk dan pasir kecil. Terus dia menyapa.

   "Selamat pagi Sakura!!" Ucapnya dengan semangat.

   "Ohhh...Kirizu selamat pa- Ehhh ni dah tengah hari lah" Baru sahaja dia mahu membalas ucapan tersebut terus dia teringat bahawa sudah masuk tengah hari.

   "Arkkk..." Kirizu terdiam. Dia memalingkan wajahnya kebelakang dengan muka yang malu. Keadaan menjadi janggal untuk beberapa saat.

   "Malunya aku..."

   "Haaa...apa je plan kamu harini?" Soal Sakura memulakan perbualan.

   "Saya?...saya pun tak tahu nak buat apa...tapi mana yang lain? sunyi je Guadian" Soal semula Kirizu kepada Sakura.

   "Ohhh...ahli-ahli yang lain pergi keluar buat kerja sampingan. Diorang semua rasa bersalah sebab terlepaskan musuh masa misi kamu tu, sebab tu dioranh cari misi. Kalau Farrah kamu tahu-tahu lah dia selalu buat apa" Balas Sakura ringkas.

   "Ohhhh...Senior Wyser dengan budak bsru tu tak balik-balik lagi?" Soal Kirizu lagi.

   "Nampaknya belum lagi, tugas susah kot..." Balas Sakura yang tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan keadaan mereka.

   "Mungkin lah...ke mangkuk tu dah tumbang masa tengah misi tu yang lambat kot" Desis Kirizu dengan muka yang meluat terhadap ahli baru bernama Neal.

   "Kalau takde apa-apa saya keluar dulu...nanti kita sembang lagi..." Kata Kirizu melangkah pergi sambil mengangkat tangannya.

************************************

Kirizu berjalan-jalan di sekitar bandar Kanistria yang ramai dan sesak itu. Matanya hanya melihat sekeliling sambil kedua-dua tangannya diletakkan di belakang kepala. Dia berjalan sambil memikirkan sesuatu apa yang patut dia lakukan pada masa ini.

   "Haihhh...aku nak buat apa time-time macamni...nak tunggu misi baru tak tahu lagi bila" Mengeluh Kirizu sambil memandang ke bawah dengan mata terpejam.

Tak lama selepas itu, kedengaran ada orang menjerit meminta tolong kuat tak jauh dari tempatnya. Berulang-ulang kali dia menjerit meminta tolong sehingga orang ramai mula terkumpul. Kirizu yang mula dengar panggilan tersebut terus bergegas bergerak ke arah suara seorang lelaki. Dia terus membantu lelaki itu dengan menggunakan magik airnya.

Water Magic Technique:
Waterball

Tangannya yang diangkat ke udara terus menghempaskan berbola air yang besar ke arah api yang sedang terbakar besar. Api yang terbakar tinggi tadi terus terpadam dengan sekali simbahan. Dia terus terduduk akibat keletihan menggunakan mananya. Nafas terus menjadi tercunggap-cunggap.

Lost Faith: New Beginning In Another World [Vol.1]Onde histórias criam vida. Descubra agora