Chapter 16: First Mission, First Step

86 22 8
                                    


Setelah seminggu Kirizu berlatih magiknya, kini dia dan beberapa orang yang lain dipanggil untuk berjumpa dengan tuan Harusa bagi mendapatkan satu maklumat.

Terlihat Kirizu, Kryshyia, Farrah, Hervy berada di dalam ruang bilik Harusa. Mereka berdiri tegak menunggu maklumat yang bakal disampaikan.

   "Kamu bereempat akan jalankan tugas di Fierdien. Kamu diminta untuk siasat apa yang sedang berlaku dekat kampung tu"

   "Baik Master!!!" Jawab mereka serentak dengan gaya tentera.

Keluar sahaja mereka daripada bilik Harusa, Kirizu terus melepaskan satu keluhan yang panjang kerana tidak sabar dengan misi pertamanya.

   "Ahhhhh...tak sangka kau pun masuk dalam misi ni jugak?" Kata Kirizu sambil memegang bahu Hervy.

   "haha...kenapalah aku satu misi dengan kau" Balas Hervy dengan wajah yang meluat.

   "Cakap pasal tu mana lagi dua orang budak baru tu?" Soal Kirizu kepada Hervy.

   "Haihhh...aku dengar cerita yang Celestia still lagi berlatih. Mamat sorang lagi tu, aku lupa dah nama dia. Dia ikut Wyser tak silap aku. Erkk!! Kenapa aku cerita benda ni kat kau haaa?!" Jerit Hervy tanpa dia menyedari dia menjawab soalan Kirizu.

   "Korang berdua cepatlah bergerak, gerabak kita dah tunggu dekat luar dah..." Kata Farrah dengan suara yang mendatar.

Kirizu melepaskan keluhan, dia dan Hervy terus berjalan ke pintu hadapan Guardian untuk bersiap sedia bergerak ke kampung yang diarahkan. Keluar sahaja di pintu hadapan, terlihat Sakura sedang berdiri melihat kereta kuda yang sudah berkumpul halaman Guardian.

Dia mengalihkan pandangan dan ternampak Kirizu sedang berjalan Keluar. Dia terus pergi ke arahnya. Dengan secara tiba-tiba tangan kanan Kirizu dipegang olehnya. Dia mengangkat tangan Kirizu ke atas paras bahunya.

   "Tolong jangan paksa sangat untuk guna kuasa kamu tu...kamu tu belum mahir untuk guna semua teknik dalam masa seminggu ni je" Pesan Sakura dengan nada yang risau.

   "Jangan risaulah...saya takkan guna kuasa saya sangat" Balas Kirizu bagi menenangkan keadaan Sakura.

   "Baiklahhh kalau macamtu, hati-hati" Ucap Sakura sebelum Kirizu menaiki gerabak yang ada dihadapannya.

Kirizu hanya mengangguk sahaja dengan ucapan tersebut sambil melambaikan tangannya perlahan ke arah Sakura. Dia masuk dan terus duduk di dalam gerabak itu dengan sopan. Hervy yang terdengar perbualan mereka terasa menyampah pula dengan Kirizu itu.

   "Ahhhh, sial lah dia rapat dengan perempuan lawa. Tapi kejap, kenapa dia ada kuasa daripada 4 elemen utama kalau dia tak mahir?" Soal Hervy hairan.

Pemandu kereta kuda mula melibaskan cemetinya dengan kuat. Kuda-kuda yang dikawal pun mula mendengar arahan untuk berjalan keluar daripada perkarangan Guardian Kanistria.

Sakura hanya melihat sahaja kereta kuda keluar pintu pagar utama dengan beransur-ansur. Wajahnya tampak kerisauan. Dia hanya berharap yang misi mereka baik-baik sahaja.

Di dalam gerabak kuda yang dinaiki oleh Kirizu. Dia membelek dengan pedang hitamnya dengan tekun. Perlahan dia letak pedang tersebut di sebelah kirinya dan dia mula memandang keluar. Dia pandang ke arah langit sambil berfikir.

Lost Faith: New Beginning In Another World [Vol.1]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora