Chapter 24: The Light User

50 15 2
                                    

  
    "Siapa kau haaa?!"

Lelaki itu hanya merenung sahaja Kirizu tanpa mengeluarkan apa-apa patah perkataan. Terus dia melompat dari atas bangunan lalu mendarat dengan selamat.

Kirizu pula hanya menghalang Kryshyia dengan tangannya supaya dia berada di belakangnya. Kirizu mengerutkan wajahnya melihat lelaki itu yang sedang berjalan perlahan ke arahnya. Pedang ditarik keluar daripada sarung lalu dihalakan ke hadapan.

   "Kau lah yang budak baru dalam Guardian ni?" Soal lelaki itu dingin sambil tangannya menghasilkan berbola cahaya yang berwarna putih.

   "Yee...kenapa kau tanya?!" Soal Kirizu semula dengan nada yang marah.

   "Kalau aku nak uji kau boleh kan?" Soal lagi lelaki itu.

   "Haaaa?!!" Kirizu bersuara hairan dengan pertanyaan tersebut sambil kening diangkat tinggi.

Tanpa menunggu terus lelaki itu menyerang Kirizu dengan memasukkan tangannya ke dalam Blue Lair. Dia terus menyebut teknik kuasannya dengan dingin.

Light Magic Technique:
Light Bomb

Kirizu yang melihat lelaki tersebut berbuat demikian terus terkejut. Letupan cahaya berlaku di dalam Blue Lair yang dicipta oleh Kirizu. Padangan mereka terganggu akibat letupan tadi. Terus Blue Lair tadi hancur akibat Kirizu tidak dapat mengawalnya lagi.

Dia dan Kryshyia menutup mata mereka dengan pengelangan tangan. Semasa mereka berdua sedang menahan pedih daripada cahaya tadi, dia terdengar ada bunyi pedang ditarik keluar. Dia pasti yang lelaki itu mesti mempunyai pedang juga. Terus tangannya bergerak menghalang serangan tersebut dengan pandangan yang masih lagi samar-samar.

   "Bagus jugak kau punya reflek" Puji lelaki itu tersenggih sedikit.

   "Aku boleh dengar dari mana datang bunyi pedang kau!" Kata Kirizu dengan muka yang bengis.

Kirizu menahan kuat serangan tersebut sehingga dia terpaksa berundur ke belakang sedikit. Dia mengambil nafas untuk seketika manakala Kryshyia pula hanya menyembunyikan diri di sebalik tiang yang ada di situ.

   "Dah apahal lelaki ni serang aku...apa yang dia nak" Soal Kirizu sendirian.

   "Apa tujuan kau masuk Guardian?" Soal lelaki itu selamba.

   "Kenapa kau nak tahu..."

   "Sebab...kau nampak lemah untuk jadi pelindung" Kutuk pula lelaki itu.

Kutukan tersebut terus membuat Kirizu geram. Giginya diketap kuat sambil hulu pedang digenggam kuat. Terus dia melonjakkan diri ke hadapan dengan laju. Pedang dihulurkan ke hadapan dengan kemas.

   "Kalau aku lemah pun...asalkan orang yang aku lindung tu masih lagi selamat daripada aku biar diorang kena serang" Jelas Kirizu dengan kuat. Matanya merenung tajam ke arah lelaki itu.

Kata-kata tersebut membuatkan Kryshyia terasa. Dia menggenggam tangannya di dadanya.

Kirizu melibaskan pedang emasnya ke kiri dan kenan dengan laju. Lelaki itu diasak hebat oleh budak lelaki yang sedang dia berlawan. Dia membuka tapak tangannya lalu terhasil berbola cahaya. Dengan laju dia melepaskan berbola cahaya itu ke arah Kirizu. Dia tanpa berfikir terus melibaskan pedangnya ke arah berbola cahaya tersebut tetapi tiada apa kesan yang jadi.

Lost Faith: New Beginning In Another World [Vol.1]Where stories live. Discover now