Chapter 15: To Protect Someone Part 2

80 21 6
                                    


Pintu bilik dibuka perlahan, kelihatan Farrah memasuki dahulu masuk ke dalam dan membuka pintu sehingga habis.

   "Ni bilik kau..." Kata Farrah kepada seseorang.

Terlihat Kirizu dari belakangnya masuk ke dalam bilik tersebut. Dia perlahan-lahan masuk dan lihat sekeliling dengan muka yang kosong. Keadaan biliknya agak berhabuk dan tidak beberapa kemas.

   "Esok jangan kau bangun lambat pulak...Esok semua kena berkumpul awal" Jelas Farrah sambil menutup pintu bilik Kirizu dengan perlahan.

Kirizu terus menjatuhkan dirinya ke atas tilam yang ada di dalam bilik itu. Kuat dia melepaskan satu keluhan yang panjang.

   "Arghhhhhhh...penatnya..."

Dia pusingkan badannya dan baring dengan betul. Dia meletakkan lengannya di atas dahi sambil memikirkan sesuatu.

   "Apa yang dah jadi dengan penduduk Residien ahhh...Aku diorang selamatlah..."

   "Jap...Aku wonder mamat yang takut katak tu tengah buat apa ahh sekarang?"

Sementara itu di bilik Hervy, dia tercengang melihat keadaan biliknya yang tiada katil untuk dia tidur. Malah tempat tidur pun tiada.

   "Sial betul bilik aku takde tempat, giler kejam sial suruh aku tidur dekat lantai!!" Marah Hervy dengan kuat.

************************************

Keesokan paginya, matahari sudah pun naik tinggi memancarkan cahaya ke seluruh bandar Kanistria. Kirizu membuka mata perlahan-lahan sambil mengosok-gosok matanya. Dia bangun perlahan sambil menguap dengan kuat seraya dia menggeliat, merengangkan tangannya ke atas. Pada mulanya dia tidak ingat apa-apa lagi kerana dia masih lagi dalam keadaan yang mamai.

   "Ehhh!! Dah cerah dah lahhh sial!! Aku lambat!!"

Kirizu jerit dengan kuat lalu dia turun dari katil dengan keadaan yang terburu-buru. Dia terus pergi ke tombol pintu dan membukanya dengan kuat. Semasa dia keluar dari biliknya terlihat Hervy turut keluar dari bilik sebelah dengan keadaan yang terburu-buru juga sama seperti Kirizu. Mereka berdua terkejut melihat wajah masing-masing.

   "Aikkk...kau pun lambat jugak mamat penakut katak" Kata Kirizu dengan selamba.

   "Siapa kata aku lambat?! Aku terlajak tidur jaa!!" Balas Hervy dengan muka yang geram.

Mereka berdua belari di lorong bangunan Kanistria Guardian dengan laju menuju ke dewan berkumpul. Tak lama selepas itu, mereka berdua pun tiba di dewan yang sepatutnya mereka perlu ada awal di situ tetapi disebabkan mereka bangun lewat dari yang lain.

Kirizu dan Hervy terkejut melihat semua yang sedang berkumpul disitu memandang mereka dengan muka yang meluat. Wajah mereka berdua berpeluh akibat tergesa-gesa berlari ke dewan berkumpul.

   "Korang berdua kenapa lambat haaa?!!" Soal Farrah dengan kuat.

   "Punca dia ni aku lambat"

Serentak mereka berdua berkata sambil menunjukkan jari telunjuk ke arah masing-masing. Mereka berdua memandang wajah masing-masing setelah menuduh antara satu sama lain.

Farrah yang melihat mereka berdua menuduh sesama sendiri berasa rimas. Dia menundukkan wajahnya kebawah sambil memegang dahinya.

   "Dahhh dah...nasib Master Harusa tak datang lagi" Kata Farrah dengan nada yang agak sedikit tinggi.

   "Master?!!" Soal mereka berdua serentak.

Tibalah Tuan Harusa datang di hadapan mereka yang sedang berkumpul itu. Semua ahli menjadi senyap dan hanya melihat sahaja Harusa berada di hadapan mereka. Dia mula bebicara.

Lost Faith: New Beginning In Another World [Vol.1]Where stories live. Discover now