Chapter 17: Things Mess Up

86 21 6
                                    

Gambar Contoh Raksasa Batu Lava tersebut

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

Gambar Contoh Raksasa Batu Lava tersebut

Kirizu terbuntang melihat raksasa berbatu lava tersebut. Tinggi raksasa itu 4 orang tinggi manusia. Badannya terus mengigil dengan cepat dia ingin menarik keluar pedangnya di pinggangnya, tetapi.

   "Siall...aku letak pedang aku dekat bilik" Kata Kirizu.

   "Memang takde pilihan lain, aku kena guna magik aku jugak"

Sementara itu di dalam hotel tersebut, penjaga kaunter terus terkejut lalu dia menjerit memanggil ahli-ahli pelindung yang lain.

Terus semua bergegas turun dan keluar dari bilik mereka. Mereka semua dengan terburu-buru keluar untuk melihat apa yang sedang berlaku.

   "Kenapa?!! Apa jadi?!!" Soal Farrah dengan kuat.

Mereka semua terkejut melihat Kirizu sedang berlawan dengan raksasa tersebut dengan magiknya seorang diri.

Kirizu bersiap sedia untuk menggunakan magiknya. Perlahan-lahan dia mengambil nafas dan menyebut nama teknik magiknya.

Water Magic Technique:
Waterball Attack

Air mula terkumpul di tapak tangan Kirizu, dengan laju dia melemparkan berbola air tersebut ke arah raksasa batu lava itu. Lava-lava yang mengalir di badannya itu mula menjadi keras akibat reaksi dengan air.

Dia memandang ke sekelilingnya, terlihat ada lagi seekor raksasa batu lava yang menghampirinya. Dia terkejut dengan kehadiran lagi seekor raksasa itu. Dia terus berundur dari tempatnya kerana raksasa itu mahu hentakkan tangannya ke arah Kirizu.

   "Oiii, tengok apa lagi...Tolong lah aku" Kata Kirizu dengan kuat.

Terus Malvest mengarahkan semua untuk bersiap sedia bagi membantu Kirizu berlawan.

   "Guardian!!! Bersedia!!!"

   "Aku try bawa benda ni ke tempat lain sekejap" Kata Kirizu lagi.

Dia terus pusing badannya ke belakang lalu menundukkan sedikit badannya ke bawah. Terus dia menyebut teknik magiknya lagi.

Water Magic Technique:
Water Slide

Air mula terkumpul di bawah tapak kakinya, terbentuk satu arus yang kuat. Arus tersebut membawa Kirizu pergi dari situ sambil menarik perhatian raksasa batu lava itu ke arahnya.

Semua ahli pelindung sudah pun berada di luar, mereka mengambil senjata mereka dan bersiap sedia untuk menyerang raksasa tersebut. Kirizu yang sudah nampak rakan ahlinya sudah bersedia itu, dia mula berpatah balik ke arah kumpulannya.

Lost Faith: New Beginning In Another World [Vol.1]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora