Chapter 26: What The Best Thing To Do

50 16 2
                                    


Kirizu berjalan laju mahu keluar dari bangunan Guardian, tiba-tiba dia diberhentikan dari panggilan Farrah yang memanggilnya kuat dari belakang. Terus dia palingkan wajahnya.

   "Oiii Kirizu!! Kau tak nak ikut aku ke cari penawar tu?" Soal Farrah serius.

   "Kau nak ajak aku sekarang ke?" Soal semula Kirizu.

   "Yelah...dah alang-alang kami pun free, lagipun tak jauh pun dari sini" Jelas Farrah tanpa sedar dia menggunakan 'kami'.

   "Kami? Siapa lagi yang ikut?" Soal Kirizu hairan dengan pengunaan kata ganti nama tadi.

Selepas dia menyoal siapa yang bakal ikut mereka, terus ada satu susuk tubuh keluar daripada pintu masuk Guardian. Terlihatlah wajah pelindung elite yang bernama Wyser tenang saja berjalan ke arah mereka.

   "Wyser? Kenapa kau dekat sini?"

   "Yohh!! Haihhh macam tak bagi aku tolong je ni..." Balas Wyser yang agak terasa akan soalannya tadi.

   "Ohhh!! boleh-boleh...sorry sebab aku hilang mood sikit hahaha..." Ucap Kirizu dengan wajah yang tersenyum paksa sambil menggosokkan rambutnya serba salah.

   "Tu kau dah happy...kalau macamtu jom ikut aku" Ajak Wyser baru sahaja mereka mahu melangkahkan kaki, mereka dipanggil oleh Farrah dari hadapan.

   "Apa lagi yang korang sembang haaa? Aku dah dekat depan dah?" Soal Farrah dingin dengan muka yang kosong.

   "Aikkk...bila masa..." Terkejut Kirizu tanpa dia sedar yang rakannya sudah pun berada di hadapan.

   "Dahhhh jommm!!" Arah Farrah dengan tegas tanpa dia menghiraukan balasan, dia terus sambung berjalan keluar.

Wyser pula hanya tersengih dengan kelakuan Farrah dari sejak dia kenal lagi. Mereka tidak banyak berbual terus sahaja melangkahkan kaki keluar dari perkarangan Guardian. Tujuan mereka bertiga adalah untuk mencari bahan penawar yang Kirizu carikan.

************************************

Sementara itu di dalam Gurdian, terlihat Aki, Sakura dan Izuri sedang berada di dalam bilik khas buat mereka. Mereka bertiga berdiam sahaja sehinggalah Sakura menegur atas perlawanan dia antara Kirizu tadi.

   "Aki...kamu tak rasa yang kamu agak terlebih dengan Kirizu tadi?" Soal Sakura dengan nada suara yang lembut.

   "Aku melebih? Huh...dia yang ajak aku duel, aku keluarkan semua lah teknik aku. Tapi tu baru sikit" Balas Aki selamba tanpa mengesahkan perasaan orang lain.

   "Tapi tak ke rasa macam dia takde peluang nak serang?" Soal lagi Sakura.

   "Peluang? Buat apa nak bagi peluang dekat lawan?" Balas Aki dengan soalan yang sukar dijawab.

   "Sakura, takyah lah awak pujuk Aki ni nak berlembut...dia ni bukan kesah pasal orang lain pun..." Sampuk Izuri yang sedang bebaring di atas sofa.

Aki mula berdiri dan mengalihkan badannya daripada mereka berdua. Dia mula berkata sesuatu dengan dingin.

   "Tak payah risau pasal budak tu...dia sendiri ada kekuatan dia. Lagipun aku dengan dia dah seri" Kata Aki dengan mengeluarkan pertanyaan tentang kekuatan dan seri pada mereka berdua yang hairan itu.

Lost Faith: New Beginning In Another World [Vol.1]Место, где живут истории. Откройте их для себя