Chapter 6: Leave This Place, Hurry!

114 22 4
                                    


Hari semakin lama semakin gelap. Malam itu mereka semua berada di meja makan sambil menanti makanan yang hendak dihidang oleh Nia. Dia datang membawa hidangannya ke meja. Belum sempat dia meletakkan hidangan di atas meja, baunya sudah menerpa ke hidung masing-masing.

"Ermmmm...sedapnya bau!!!" Kata Kirizu dengan mata yang bersinar-sinar

"hehe...tengoklah siapa yang masak!!" Balas Nia sambil mencekak pinggangnya bangga

"Ceyhhh...asal kau dengan Kirizu lain macam ehhh? kau suka dia ke?" Soal Adith yang sedikit hairan dengan perangai Nia

Kirizu yang sedang menjamu selera tiba-tiba tersedak apabila Adith menyoalkan soalan tersebut kepada Nia.

"Ehhhh!!!! Ma-mana ada!!!" Jelas Nia dengan muka kemerahan

Nia mengalihkan pandangan kebawah. Dia menunduk malu dengan apa yang disoalkan oleh kawannya sebentar tadi. Adith, Khairil dan Safwan membuat satu suara kepada Nia yang menandakan pelik dengan reaksinya.

"Haihhh...korang sudah-sudah lah tu usik dia..." Kata Kirizu yang cuba menghalang mereka daripada mengusik Nia

"Ni sorang lagi.." Ujar mereka bertiga sambil merenung Kirizu

"Aikkkk??!" Kirizu terkejut dengan pandangan mereka berdua sambil mengangkat kedua-dua keningnya tinggi

Mereka semua menyambung semula menjamu selera. Safwan memotong dan mencucuk ikan menggunakkan garfu. Dia mengangkat garfunya separuh lalu menanyakan soalan kepada Kirizu sebelum dia memasukkan ikan tersebut ke dalam mulutnya.

"Kirizu, aku nak tanya, macam mana kau boleh terselamat daripada lemas?"

"Ughhh...aku sebenarnya tak tahu apa yang jadi...yang aku ingat...bila aku sedar je...aku dah ada dekat tepi pantai.." Jelas Kirizu sambil mengusap dagunya

"Mustahil kau boleh hidup lepas jatuh macam tu!!!" Jerit Adith yang tiba-tiba berdiri sambil menghentak meja dengan kuat

Semua yang ada disitu melihat perlakuan Adith yang secara tiba-tiba menghentak meja. Dia kembali duduk dan meminta maaf kepada semua atas apa yang dilakukan secara tidak sengaja.

"kau ni dah kenapa giler...tiba-tiba kau hentak meja" Soal Safwan dengan marah

"Kau ni buat terkejut jelah..." Kata Nia dengan nada yang perlahan

"erkkk...apa yang jadi sebenarnya ni?" Kirizu menyoal kepada mereka dengan seribu tanda tanya di dalam mindanya

"macam ni...masa kita semua jatuh masuk ke dunia ni..." Safwan memulakan cerita bermula dari mereka jatuh ke dunia tersebut

************************************

Beberapa bulan yang lepas, Kirizu melayang jauh akibat letupan daripada seekor Creeper. Dia berpusing-pusing di udara menyebabkan dia menjadi pening lalu pengsan. Safwan cuba meluncur pergi ke arahnya tetapi terlambat. Pada masa itu Kirizu sudah tiada di padangan Safwan. Dia yang menyelam didalam laut mencari-cari dimanakah badan Kirizu. Dia tidak nampak pun badan Kirizu semasa dia menyelam. Safwan tidak mampu lagi menahan nafasnya dan terpaksa naik ke permukaan dengan segera.

"haaaaahhh..." Safwan bersuara mengambil nafasnya kembali

Safwan mula berjalan perlahan ke darat dengan riak wajah yang sedih dan sayu.

"mana Kirizu?" Soal Nia yang mula risau dengan apa yang bakal dibalas oleh Safwan

"Sorry aku tak nampak dia...dan sorry aku tak dapat selamatkan dia" Balas Safwan mengalihkan pandangannya daripada mereka

Lost Faith: New Beginning In Another World [Vol.1]Where stories live. Discover now