Chapter 9: Residien

81 21 9
                                    


Mereka berdua terkejut melihat rumah-rumah di pekan atau perkampungan Residien itu sedang dijilat api yang besar. Mata Kirizu terbuntang melihat situasi tersebut lalu dia terus berlari menuju ke rumah Shiryuki.

"oiii...kau nak pergi mana!!" Soal Farrah dengan nada yang tinggi.

Dia terkejut melihat Kirizu berlari masuk ke dalam perkampungan Residien. Tak lama kemudian Farrah menyusuli daripada belakang menuju ke mana Kirizu pergi.

Sementara itu, di suatu tempat yang tidak diketahui. Keadaan tempat tersebut gelap dan hanya ada satu cahaya sahaja yang datang dari sebuah meja panjang. Terlihat ada seorang lelaki sedang duduk dengan kakinya diletakkan di atas meja sambil melihat skrin monitor dihadapannya. Di skrin monitornya memaparkan satu bulatan biru kecil yang dipanggil tracker untuk mengawasi pergerakan seseorang di dalam peta. Tiba-tiba ada satu bulatan biru lain muncul di skrin monitornya. Dia yang mengawasi monitor itu terkejut lalu dia terus menjatuhkan kakinya dari atas meja.

"puan...puan patut tengok ni..." Ujar dia dari tempat duduknya.

Dengan perlahan wanita itu melihat skrin monitor ada di hadapan seorang pemuda yang mengawasi komputer itu.

"hmmmm...macam mana boleh ada lagi satu tracker dekat pengawasan kita ni. Cuba kamu cari maklumat dari tracker baru ni" Arah wanita itu kepada lelaki yang mengawasi komputernya.

Lelaki tersebut cuba menjejaki tracker yang ada di peta Dunia Chaos itu. Tak lama kemudian monitornya dengan cepat mengezum besar menunjukkan tracker tersebut berada di kawasan Residien. Data yang ditunjukkan pada skrin monitor masih lagi tidak diketahui oleh mereka. Mereka berdua berasa pelik akan tracker baru yang muncuk di paparan skrin monitor itu.

"Residien?? kenapa ada tracker baru dekat situ??" Soal wanita itu dengan serius.

"arahkan pengintip kita untuk mengintip pergerakan tracker baru kita ni!!" Arah Wanita itu dengan tegas.

"Ba-baik!!"

Di rumah Shiryuki, ruang tamunya telah pun separuh terbakar dan tiba-tiba Kirizu menerjah masuk ke dalam rumah Shiryuki dengan menendang pintu tersebut. Dia terus redah ke dalam api yang sedang marak membakar rumah tersebut. Farrah yang mengejarnya dari belakang terhenti lalu menundukkan badannya untuk mengatur nafasnya semula. Kirizu dengan kuat memanggil nama rakan-rakannya satu per satu.

"korang!!! korang ada dekat mana?!!!" Jerit Kirizu kuat memanggil kawan-kawannya.

Panggilanya tiada siapa yang menyahut. Sepertinya, mereka semua sudah pun pergi dari Residien.

Dia terbatuk-batuk akibat asap tebal yang berada di sekelilingnya. Dia memejamkan mata lalu air mata keluar kerana pedih dengan asap yang memasuki ke dalam matanya. Dia membuka semula matanya perlahan-lahan dan dia ternampak ada satu helaian kertas yang ditindih dengan pasu bunga di atas meja. Dia melangkah ke hadapan dan mengalihkan pasu bunga tersebut. Dia membaca tulisan yang ada pada helaian kertas tersebut dengan teliti.

"Kalau kau jumpa kertas ni dan hasil kau pergi ke sana takde jumpa apa-apa, kau terus mintak bantuan daripada Kanistria. Shiryuki kata yang kami akan ke sana"

"dan hati-hati.."

-Dari Nia

"kenapa aku rasa macam dejavu je dengan kertas ni... " Soal Kirizu sendirian selepas sesudah membaca mesej tertulis di helaian kertas tersebut.

Dia melipat kertas tersebut dengan kemas lalu dia memasukkan ke dalam kocek seluarnya. Kemudian dia mula melangkahkan kaki keluar dari rumah yang sedang terbakar itu.

Lost Faith: New Beginning In Another World [Vol.1]Where stories live. Discover now