Chapter 18: Lava Rock Mage Vs Water Mage

67 21 6
                                    


Kirizu melompat keluar daripada tingkap biliknya. Kaca-kaca mula jatuh bertaburan. Kedua-dua tangannya diangkat untuk menghalang kaca daripada terkena wajahnya. Ketika dia mahu mendarat di tanah dia terus menggulingkan badannya supaya tidak terasa impak jatuh.

Dengan laju dia berlari pergi ke arah lelaki itu dengan muka yang bengis.

   "Aku kena cepat!" Katanya di dalam hati.

   "Woiii!!" Jerit Kirizu dengan sekuat hati sehingga lelaki itu memandang ke arahnya.

   "Kau belum lagi lawan dengan aku!!"

Water Magic Technique:
Floating Water

Berbola air mula terkumpul banyak disekeliling Kirizu. Dia terus berlari menuju ke arah lelaki itu tanpa rasa takut. Pedangnya diangkat tinggi bersedia untuk dihayunkan.

Ahli pelindung lain hanya melihat sahaja pergerakan Kirizu dan teknik magiknya. Mereka semua tergamam melihat teknik itu terutamanya Hervy.

   "What the...dia guna magic sambil lawan guna senjata. Mana pernah aku nampak cara ni sebelum ni" Monolog Hervy.

    "Boleh ke dia kawal dia magik dengan pedang dia dalam satu masa?" Soal Hervy tertanya-tanya.

Kirizu menghayunkan mata pedangnya ke wajah lelaki itu, tetapi dia dengan perlahan mengelak serangan itu membengkokkan badannya ke belakang.

   "Aihhhh ganas nampak?" Soal lelaki itu.

Kirizu mengetap giginya dengan kuat. Dia memegang hulu pedang lagi kuat untuk supaya dapat menghayunkan pedangnya dengan laju sehingga terkena sasarannya.

Hayunan demi hayunan, lelaki itu hanya mengelakkan dirinya sahaja daripada Kirizu. Kirizu pula langsung tidak dapat melibaskan pedangnya ke arah lelaki itu. Wajahnya kelihatan basah berpeluh sementara lelaki itu tidak. Nafas Kirizu semakin kencang, tapi tidak bagi lelaki itu. Dia hanya tenang melihat Kirizu yang sudah sesak menarik nafas.

   "Tak guna...aku still lagi kurang berlatih dengan pedang aku. Tapi apa yang aku expect hasil seminggu berlatih?" Soal Kirizu kepada dirinya sendiri.

   "Tapi apa-apa pun aku kena tunggu..." Kata Kirizu lagi.

Lelaki itu mula menyoal kedaannya dengan lantang.

   "Lahhh...penat dah?"

   "Heh...aku lawan dengan pengecut macam kau memang ahh penat" Kutuk Kirizu sambil tersengih geram.

Wajah lelaki itu terus masam apabila Kirizu memanggilnya pengecut. Dia terus menggunakan teknik magiknya.

Lava Rock Magic Technique:
Double Lava Stone Golem

Keluarlah dua raksasa batu lava yang tingginya 4 tinggi manusia dari tanah. Gegaran kuat terhasil. Kirizu dengan gagah cuba menstabilkan posisinya dan bersiap sedia untuk menyerang.

   "Aku kasi benda ni lawan dengan kau" Kata lelaki itu dengan nada yang tiada belas kasihan.

Kirizu agak terkejut dengan keadaanya pada masa itu. Dia sepertinya tiada pilihan lain selain berlawan dengan dua raksasa itu.

Lost Faith: New Beginning In Another World [Vol.1]Where stories live. Discover now