Chapter 7: About This World

114 21 3
                                    


Di sebuah perkampungan yang dikenali sebagai Residien, Kirizu dan rakan-rakannya sudah pun berada di pintu gerbang kawasan perkampungan tersebut. Mereka semua berhenti di hadapan pintu gerbang tersebut dan mata mereka melilau mencari jalan untuk ke rumah Shiryuki. Kirizu menanyakan arah jalan untuk ke rumah rakan mereka. Kemudiannya, Adith dengan segera bergerak berlari ke hadapan sahaja, mendahului mereka tanpa membalas untuk memilih jalan di hadapan mereka. Mereka semua tidak banyak bertanya lalu terus mengekori Adith dari belakang.

Setelah beberapa minit mereka belari menuju ke rumah Shiryuki, akhirnya mereka sudah pun tiba dihadapan rumahnya. Mereka terus mengetuk pintu rumah tersebut dengan kuat. Adith mengetuk pintu manakala Safwan yang menjerit memanggil rakannya untuk membuka pintu. Pintu dibuka perlahan-lahan dan terpampang lah wajah Shiryuki yang terkejut melihat mereka berlumuran darah di pakaian mereka.

"haaa siapa yang datang malam-malam ni..."

Shiryuki tergamam melihat orang yang dikenalinya berlumuran darah dengan pakaian yang kotor. Percakapannya terus berubah menjadi gagap.

"erkkk...apakah...cepat masuk..." Jemput Shiryuki menyuruh mereka masuk ke dalam rumahnya

Mereka semua dengan pantas masuk ke dalam rumahnya. Shiryuki pula dengan kelam-kabut mengunci semula pintu, kemudian dia memaling ke arah mereka semua. Kucingnya Astrid terkejut melihat orang yang dia tidak selesa berada berhampiran dengannya lalu terus pergi dari situ.

"bagitahu aku...Apa dah jadi dekat korang semua ni?!" Shiryuki menyoal mereka dengan nada yang agak tinggi

Kirizu menurunkan Khairil lalu dia terus berdiri memandang Adith. Manakala Nia pula terus meletakkan barang-barang yang digendongnya ke lantai. Dia terus melabuhkan dirinya untuk duduk.

"Kami kena serang dengan zombie...kau ada ubat apa-apa tak?" Soal Safwan meminta bantuan daripada Shiryuki

"hmmm..." Shiryuki memikirkan apa yang dikatakan oleh Safwan sambil menyilang kedua tangannya

Tak lama kemudian, dia mengambil bandage lalu membalut tangan Khairil yang digigit oleh zombie. Wajah Khairil kelihatan pucat dan lemah akibat gigitan tersebut. Setelah selesai membalut tangan Khairil, dia berdiri lalu terus memaling muka ke arah Kirizu. Kirizu yang memandang ke anak matanya hanya menunjukan riak wajah yang serius.

"Aku tak boleh pulihkan Khairil, tapi aku boleh tolong apa yang aku boleh buat setakat ni" Jelas Shiryuki sambil mengerut mukanya

"haihhhh... aku rasa aku dah faham kenapa kau tanya aku nampak benda-benda pelik dekat aku petang tadi" Jelas Kirizu perlahan

"yeee..." Balas Shiryuki pendek

"Macam mana dengan keadaan Khairil?!" Soal Nia dengan perasaan risau

"haihhhh...keadaan dia sekarang agak lemah jugak sebab virus tu dah merebak ke seluruh badan dia" Kata Shiryuki dengan suara yang mendatar serius

"takde cara ke nak se-"

Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, tiba-tiba dia menjadi pening dan mula hilang kestabilan badannya. Bunyi berdesing mula kedengaran di telinganya. Dia cuba berdiri tegak.

"se apa Kirizu?" Soal Shiryuki dengan hairan melihat keadaan Kirizu

Tangan kanannya memegang kepalanya yang mulai pening itu lalu dia dengan perlahan jatuh ke lantai dan terus tidak sedarkan dirinya.

Nia menjerit nama Kirizu, terkejut melihat kawannya tiba-tiba sahaja pengsan. Yang lain semua juga terkejut lalu berlari ke arah Kirizu dengan segera kerana risau.

Lost Faith: New Beginning In Another World [Vol.1]Where stories live. Discover now