Chapter 10: City Of Magic Protector

80 22 7
                                    


"Waaaaaa!!!" Jerit Kirizu sebaik sahaja dia sedar dari pengsannya.

"kau ni dah kenapa jerit-jerit haaa!!"

Farrah tersentak dengan jeritan Kirizu dan telah membuatkan dia menampar muka rakannya itu tanpa dia sedar. Kirizu ditampar kuat sehingga dia jatuh daripada katil yang dia berada.

"Aduhhh!!!"

"Aku mimpi something lahhh!!! bukan aku saja menjerit!!!" Jelas Kirizu bengang.

Pintu bilik dibuka secara perlahan lalu muncul seorang gadis berambut panjang yang berwarna merah jambu masuk ke dalam ruang bilik tersebut.

"haaaa kamu dah sedar ye Kirizu" Kata gadis berambut panjang berwarna merah jambu itu.

"Huhhh? macam mana..." Belum sempat ayat Kirizu gadis tersebut terus memotong percakapannya.

"Sakura...panggil saya Sakura.." Kata gadis itu memperkenalkan dirinya kepada Kirizu.

"ahhh...okay...macam mana saya ada dekat sini Cik Sakura?" Soal Kirizu pelik.

"Sakura" Bidas Sakura dengan senyuman.

"errkkkk, kak Sakura" Ujar Kirizu dengan tergagap.

"Sakura je" Bidas Sakura lagi.

"haihhh yelahh..."

Sakura hanya berdiri merapatkan kedua-dua tangannya dibawah perut. Dia memandang Farrah seperti menyuruh dia yang menceritakan bagaimana Kirizu boleh ada disini.

"haihhhh...macam ni..." Farrah memulakan ceritanya dari mula.

"masa kau pengsan..."

Imbas kembali selepas sahaja Kirizu jatuh pengsan. Farrah pergi ke arah Kirizu lalu mengoncangkan badannya. Dia cuba untuk menyedarkan rakannya itu.

"woii Kirizu...oii..." Panggil Farrah sambil mengerakkan badan rakannya.

Dia mengeluh perlahan lalu dia bangun berdiri dan terus membawa tangan kanannya ke telinga. Dia seperti menekan sesuatu di telinganya.

"Pusat Kanistria Guardian...panggilan daripada Farrah, ahli Archer Magic...saya perlukan bantuan di Residien. Terdapat kebakaran yang telah berlaku di kawasan ni. Dan saya perlukan bantuan perubatan untuk seseorang" Lapor Farrah kepada Pusat Kanistria Guardian.

"Terima kasih Farrah, kamu dah jalankan tugas dengan baik. Bantuan dalam perjalanan ke sana" Balas Sakura dengan tenang.

Terlihat daripada jauh, seseorang lelaki sedang berlari laju menuju ke Residien sambil tersenggih. Dia berlari mendahului ahli-ahlinya yang lain sambil dia membawa pedang yang bersarung yang terlihat kotor dan buruk.

"haihhh kenapalah aku kena handle dia ni. Tapi dia nak pergi ke Kanistria takde pilihan lah..." Mengeluh Farrah melihat keadaan rakannya itu.

Lelaki tadi berhenti berlari di hadapan Farrah, dia mengambil nafas sebelum menegur ahlinya.

"Haa haa...Hai Farrah!!" Sapa seseorang lelaki berjaket buruk itu.

Farrah tidak membalas sapaan tersebut. Dia tidak menghiraukan lelaki yang berdiri di hadapannya sebaliknya, dia hanya memandang keadaan Residien yang sedang dijilat api.

Lelaki itu juga memandang ke arah Residien, dia hanya terkejut sedikit akan apa yang terjadi pada rumah-rumah di Residien.

"Wooo...boleh tahan besar jugak api ni..." Kata lelaki itu.

Lost Faith: New Beginning In Another World [Vol.1]Where stories live. Discover now