Chapter 14: To Protect Someone Part 1

78 22 5
                                    


   "Oii!! Nanti dulu!!!" Jerit Kirizu daripada belakang.

Dia mengetap giginya dan menyambung lariannya dari belakang remaja itu dengan laju. Remaja itu pandang ke belakang melihat Kirizu mengejarnya dengan wajah yang berpeluh-peluh.

   "Tchhh...apa yang dia ni nak??" Soal dirinya sendiri dengan wajah yang meluat.

   "Aku tunggu kau dekat colossuem dulu..." Kata remaja itu kepada Kirizu.

Remaja itu memecut ke hadapan dengan laju, meninggalkan Kirizu dibelakang. Sedang Kirizu berlari, dia dihalangi oleh seekor kuda yang membawa gerabak yang dipenuhi oleh barang-barangan. Dia terpaksa berhenti menunggu gerabak tersebut beredar terlebih dahulu. Dia terlihat geram akan remaja tersebut atas sesuatu sebab. Dia hanya menahan sahaja geramnya.

************************************

Waktu sudah menjelang petang, ujian bagi pemilihan pelindung baharu hampir pun tamat. Kini semua peserta berada di colosseum untuk menunggu keputusan mereka semua. Mereka semua berkumpul disitu, ada juga yang yang berbual-bual bersama rakan mereka, ada juga yang hanya mendiamkan diri.

   "Mana mamat tadi tu haaa?" Soal Kirizu sendirian.

Tiba-tiba Kirizu ternampak kelibat remaja tadi yang dia tolong masa di hutan paya. Dia terus menengurnya.

   "Ohhhh lelaki takut katak tu..." Desisnya.

   "Oyyy!!! Lelaki penakut katak!!!" Panggil Kirizu dengan selamba.

Terus remaja tadi terkejut dan geram akan panggilan itu keluar dari mulut Kirizu. Dia terus membalas.

   "Siapa kau nak panggil aku penakut katak haaa?!" Marah remaja itu sehingga berurat dahinya.

Tibalah masanya tuan Harusa memunculkan dirinya dari atas pentas di colosseum tersebut. Dia memulakan bicara untuk mengumumkan siapa yang layak untuk menyertai ahli Pelindung Kanistria. Semua peserta yang ada terus menjadi bisu apabila Harusa munculkan diri. Terlihat ada 3 orang pendamping Harusa dari belakang iaitu Sakura, Farrah dan Wyser. Mereka berdua hanya berdiri tegak sementara Farrah terpaksa duduk kerana dia agak rendah untuk dilihat semua orang.

   "Baiklah...daripada ujian yang dilakukan ini, hanya beberapa orang sahaja daripada 25 orang yang bakal terpilih dalam ujian tahun ini. Sebelum itu, kepada yang tidak terpilih saya mohon untuk cuba lagi pada tahun akan datang"

   "tanpa membuang masa, nama yang bakal saya sebutkan sila angkat tangan dan datang ke depan" Kata Harusa lagi.

Semua orang yang berada disitu berasa gemuruh dan risau adakah mereka bakal terpilih atau tidak. Semua orang tidak sabar untuk mendengar nama siapa bakal dipanggil.

   "Hervy Alexander!!"

Perlahan dia angkat tangannya ke udara sambil melangkahkan kakinya ke hadapan. Ramai peserta disitu terkejut dengan dia kerana dia seorang sahaja yang sertai ujian tersebut hanya membawa perisai kayu biasa.

   "Oyy oyy, orang yang aku ejek dia tu dapat masuk lah sial..." Desis Kirizu perlahan.

   "Celestia White!!" Nama kedua dipanggil.

Lost Faith: New Beginning In Another World [Vol.1]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora