Chapter 19: Kryshyia

80 20 4
                                    


Kirizu geram dengan tindakan lelaki itu. Dia mengenggam kuat kedua-dua tangannya. Rasa ingin tumbuk muka lelaki itu membara di dalam hati. Tetapi dia cuba untuk mengawal perasaan tersebut.

   "Sekarang apa jer yang kau boleh buat?" Soal lelaki itu.

Dia mula membuka hud yang menyarungkan wajah Kryshyia. Terlihat wajah seorang gadis yang memejamkan matannya kerana ketakutan. Kirizu yang lihat riak wajah Kryshyia terus terbuntang luas dengan anak mata yang kecil. Marahnya kini semakin membara.

   "Aku...tak tahu pulak yang...Kryshyia perempuan" Kata Hervy terkejut melihat wajah Kryshyia.

Kirizu lihat yang gadis itu mula memandang perlahan-lahan ke arahnya. Kirizu sekali lagi terkejut dengan wajah yang diperlihatkan itu. Terlihat di wajah Kryshyia ada air mata yang mula terkumpul di kelopak matanya. Dan ia terus mengalir dari pipi jatuh ke tanah.

   "Kalau kau lelaki, jangan kau sentuh dia lah sial!!!" Tengking Kirizu. Kalini suara dia amat serius.

Dia terus menuju ke arah raksasa itu dengan pantas.

   "Oiii, Kirizu!!!" Panggil Hervy dengan kuat.

Tanpa membuang masa dia menarik pedangnya laju dan dilibaskan ke arah badan raksasa itu. Tetapi itu tidak cukup kerana ada tangan-tangan raksasa yang melindungi lelaki itu menganggunya. Dia berundur dan maju semula. Proses ini diulang-ulang olehnya.

Para ahli pelindung lain hanya melihat sahaja pergerakan Kirizu yang laju itu. Asakan yang diberikan itu tidak dapat dilihat dengan jelas. Apa yang mereka tahu ada bunyi pedang yang dilagakan ke satu benda yang keras dan percikan api yang keluar daripada lagaan tersebut.

Hervy yang dibelakang hanya ternganga sahaja melihat situasi tersebut. Dan dia membuat keputusan untuk menyertai berlawan. Kirizu hanya memfokuskan ke arah badan raksasa itu sahaja tanpa memikirkan hal lain. Hervy pula menghalang segala serangan yang diberikan oleh raksasa itu bagi memudahkan proses Kirizu. Kadang -kadang mereka terpaksa berundur seketika dan sambung semula.

Sepanjang serangan yang dilakukan, hanya Hervy sahaja yang memberikan isyarat kepada Kirizu untuk bergerak atau tidak. Air-air yang terkumpul di sekeliling badan Kirizu mula kelihatan semakin kurang dan mula mahu jatuh ke tanah. Terlihat Kirizu seperti dalam kepenatan. Nafasnya semakin sesak untuk ditarik. Mereka berdua berhenti daripada menyerang lalu berundur.

Hervy terus memegang belakang Kirizu kerana dia kelihatan mahu jatuh. Hervy semakin risau dengan situasi mereka sekarang.

   "Oiii!! Kau okay tak!!?" Soal Hervy yang lihat Kirizu sudah terhuyung-hayang kepenatan.

   "Aku...dah...nak sampai limit aku dah..." Kata Kirizu dengan nafas yang sesak.

   "Masalah macamni, dia ni dah guna terlampau banyak mana dah. Kalau dia jatuh awal situasi lagi susah nak kawal" Monolog Hervy risau.

Tiba-tiba terlihat satu anak panah yang disasarkan ke arah raksasa itu. Apabila panah tersebut terkena pada raksasa batu lava itu, berlaku letupan yang sederhana dan menyebabkan asap mula merebak ke merata tempat di sekeliling lelaki itu. Lelaki itu terbatuk-batuk lalu dia pandang dengan wajah yang tajam.

   "Kau nak aku cekik budak perempuan ni ke?" Soal lelaki itu dengan kasar dia rapatkan lagi lengannya di tengkuk Kryshyia.

Lost Faith: New Beginning In Another World [Vol.1]Where stories live. Discover now