Chapter 11: Useless Magic

36 6 12
                                    


Asap perlahan-lahan hilang dari tempat itu. Terlihat seorang remaja lelaki dengan muka yang sedikit berdarah terlihat bengang dengan mereka bertiga.

   "Aku tak tahu kenapa badan aku begerak sendiri untuk lindung diorang berdua ni dari kena serang lagi. Padahal ni bukan urusan aku pun..."

   "Tapi disebabkan budak ni cuba untuk lindung someone yang penting dalam hidup dia walaupun dia tak ada apa-apa. Takkan aku tak boleh nak lindung diorang sebagai manusia!!" Jerit kuat Kirizu di dalam hatinya.

Lelaki yang hendak merompak barang-barang yang berharga dari keluarga itu terkejut dengan kehadiran Kirizu. Ketua mereka mengerutkan mukanya melihat wajah Kirizu di dalam asap yang terhasil tadi.

   "Siapa kau haaa budakk!!" Soal Ketua perompak itu dengan kuat.

   "Jangann...kau...cuba...sentuh diorang!!" Larang Kirizu dengan suara yang agak kasar sambil didatangi oleh perasaan marah.

Ketua mereka agak sedikit terkejut dengan larangan Kirizu. Tetapi dia hanya tersenggih sahaja dengan keadaan Kirizu sekarang.

   "Haha...apa je yang kau boleh buat haaa budak?!!" Soal lelaki itu memandang rendah terhadap Kirizu.

Kirizu perlahan-lahan membongkokkan badannya, tangan kanannya pula memegang hulu pedang emas yang berada di sini pinggang kirinya dengan kuat.

   "Boss, budak ni ada hati nak serang kita ni...apa plan boss?" Soal anak buahnya.

   "Kita patut ajar dia dengan siapa dia berlawan..." Kata ketuanya itu.

   "Kau tanya aku apa yang aku boleh buat...? Aku perlu buat apa yang manusia patut buat bila nampak orang lain kena serang!!"

Kata Kirizu dengan kuat lalu dia terus melonjakkan kakinya pergi ke arah ketua perompak itu sambil menarik pedangnya keluar daripada sarung. Dengan laju dia berlari, dengan segera dia melibaskan pedangnya ke arah lelaki itu.

Lelaki itu terkejut dengan tindakan yang dilakukan oleh Kirizu dia terus menghalakan kedua-dua tangannya untuk menghalang serangan Kirizu daripada terkena badannya. Libasan tersebut membuatkan dia terpaksa berundur kebelakang sedikit dan terlihat ada darah yang mula mengalir dari tangannya.

   "Boss!!"

   "Berani kau cederakan tangan aku...budakk!!!" Marah lelaki itu dengan bengang apabila tangannya sudah pun cedera terkena libasan tadi.

   "Eukkk, aku tak boleh tengok darah. Aku rasa nak...muntahh...Eukkk..." Kata Kirizu yang terasa sedikit pening apabila melihat darah yang keluar.

   "Hahhh?" Tercengang mereka bertiga apabila mendengar Kirizu berkata bergitu.

   "Habis darah yang ada dekat dahi kau tu, tak rasa nak muntah pula!!" Bengang ketua mereka.

   "Ohhh, darah sendiri aku tak kesah. Apa-apa pun, jangan kacau diorang ni!!" Lagi sekali Kirizu memberi amaran kepada mereka sambil mengerutkan mukanya.

Ketua mereka agak sedikit tercabar dengan amaran, dia terus memanggil anak buahnya yang sudah siap sedia untuk lari dari tempat itu.

   "Knox!!"

   "Baik boss!!!" Keluar Knox daripada rumah mereka dengan memikul seguni sarung yang penuh.

Dia terus membaling guni yang berisi dengan barang-barang berharga itu ke arah kawannya. Kawannya dengan segera mengunakkan satu teknik magik ke arah guni itu.

Sand Magic Technique:
Dust Stealer

Teknik magik tersebut menghasilkan banyak pasir-pasir terkumpul di guni tersebut dengan cepat. Setelah guni tersebut dikelilingi oleh pasir itu, dengan sekelip mata guni yang mempunyai barang berharga tuan rumah hilang begitu sahaja.

Lost Faith: New Beginning In Another World [Vol.1]Where stories live. Discover now