•Prologue

225 29 2
                                    

Di dalam gelap kebiruan, terlihat gelembung-gelembung air mula naik perlahan ke permukaan sambil menghasilkan bunyi glup.

Aku dengan mata yang terbuka sedikit melihat ke arah permukaan air yang diterangi oleh cahaya matahari. Semua badan aku terasa ringan bagai terapung di dalam air. Mata aku semakin tertutup rapat.

Aku cuba mengampai-mengampaikan tangan ke atas seperti meminta tolong. Cahaya yang terang semakin jauh dan aku seperti semakin tenggelam ke dalam kegelapan lautan.

Aku cuba membuka mulut untuk mengeluarkan kata-kata tetapi tidak boleh. Aku cuba untuk bernafas tetapi sepertinya nafas aku seolah-olah mahu berhenti.

Badan aku kian lemah dan aku rasa aku semakin tenggelam di dalam lautan dalam bagai tiada dasarnya. Aku cuba untuk menjerit tetapi ada ke yang akan mendengarnya?

Aku hanya biarkan diri aku tenggelam di dalam lautan luas dan gelap ini. Kalaulah ada seseorang yang terdengar suara dari hati aku. Ada ke yang akan tolong selamatkan aku dan bawa aku ke permukaan atau aku masih lagi tenggelam di dalam kegelapan ini.

Lost Faith: New Beginning In Another World [Vol.1]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora