•Information 1.0

48 10 5
                                    


Disini author nak kasi maklumat-maklumat yang tak ada dalam chapter atau yang dah ada dalam chapter sebelum ni.

Dunia Chaos
-Dalam dunia ni author ada jelaskan sikit masa dekat chapter MC jumpa dengan Shiryuki tu. Keadaan Dunia Chaos yang sebenar ialah semua orang huru hara serang sana sini, lepastu banyak creature-creature pelik buas. Konsep dunia ni pula author gabungkan Medieval dengan modern sikit. Jangan pelik kalau ada technology-technology tu. Ada reason jugak kenapa author combinekan.

Mana
-Macam yang sebelum ni, author ada jelaskan dekat chapter 15. Mana ni wujud dalam nature dengan diri seseorang ataupun binatang. Senang kata dia macam spirit yang ada dalan badan. Mana jugaklah yang membantu untuk hasilkan magik. Kalau takde mana takkn dapat hasilkan magik untuk dunia ni.

Situasi mana dalam dunia tak terkawal, sebab ramai orang dalam Dunia Chaos ni tak boleh nak kawal mana mereka dengan baik lagi terutamanya Kirizu. Senang kata mana untuk setiap orang kurang stabil untuk digunakan.

Umur Bagi Character Yang Datang Dari Reality
-Umur untuk semua watak yang datang dari Dunia Reality, umur di dunia sebenar mereka adalah di antara 24-25. Umur Kirizu 25, di Dunia Chaos ni umur dia menjadi 17. Yang datang dari dunia reality semua, umur mereka turun di antara 8-9 tahun.

Objectif Watak Utama
-Objektif Kirizu sekarang ni adalah untuk selamatkan kawan-kawan dia. Tapi disebabkan khabar angin mengatakan mereka tidak jumpa satu pun penduduk Residien. Jadi perkara tersebut menjadi sukar bagi Kirizu untuk menyelamatkan kawan-kawannya. Disebabkan itulah dia terpaksa masuk ke Guardian untuk menyertai misi sambil mencari kehilangan penduduk Residien yang menjadi tanda tanya.

Konsep Nama Bandar Dan Kampung
-Setiap nama bandar yang diakhiri dengan 'ria' atau 'ia' itu merujuk kepada bandar. Manakala 'dien' merujuk kepada perkampungan. Sama ada besar atau kecil.

Residien
-Selepas sahaja daripada kebakaran sebelum ini, penduduk-penduduk di kampung tersebut dikatakan tidak dijumpai. Kirizu sahaja yang mangsa yang terselamat daripada kejadian tersebut. Misteri ini akan dijelaskan kemudian.

Treasure Collector
-Kumpulan pertama yang muncul di dalam siri ini. Kumpulan ini selalu masuk ke dalam bandar Kanistria untuk mencuri barang-barang yang berharta.

Kanistria
-Kanistria adalah bandar yang mementingkan keamaan dan keselamatan penduduknya. Keadaan di bandar ini sangatlah padat dan sesak.

Guardian
-Guardian adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan bagi melindungi bandar Kanistria dan orang yang meminta pertolongan. Objektif organisasi Guardian adalah untuk mengubah Dunia Chaos menjadi aman semula.

Misteri Kawan-Kawan Kirizu Hilang Semasa Dia Tidur
-Misteri ini bakal di rungkaikan dalam chapter-chapter akan datang. Author type sebagai rujukan author dan reader. Takut-takut terlupa

Lost Faith: New Beginning In Another World [Vol.1]Where stories live. Discover now