Chapter 21: The Town Is Safe But The Troublemaker Got Escaped

64 18 5
                                    


Setelah tamat misi di Feirdien, mereka semua sudah pun pulang ke Guardian. Kirizu pula sudah tiga hari sudah tidak sedarkan dirinya. Dia perlahan-lahan membuka matanya dan melihat siling di pandangannya.

"Aku dekat bilik rawatan ni lagi..."

Dia mengeluh sambil memejamkan matanya semula. Dia mengalihkn badannya mengiring ke sebelah kiri. Tangan perlahan diletakkan di bawah kepalannya. Dia ingin sambung rehat lagi. Entah kenapa dia buka matanya semula dan ada seorang remaja berdiri di depannya.

Dia lihat sosok tubuh tersebut seperti seorang gadis. Gadis tersebut mencekak pinggangnya sambil melihat Kirizu.

"Berapa lama lagi kau nak tidur haaa?!!" Soal Farrah dengan suara yang geram.

Terus Kirizu terkejut sehingga dia tak sengaja mengeluarkan suara. Badannya juga turut reaksi dan dia berundur ke belakang sehingga terjatuh katil.

"Adedeh...asal aku selalu hadap benda ni ehhh" Soal Kirizu kepada dirinya.

Dia pandang di pintu bilik rawatan tersebut. Terlihat Hervy sedang menunggu di tepi pintu sambil memeluk tubuh.

"Aikkk...kau pun ada sini?"

"Hehhh...dah kau sampai 3 hari tak bangun...saja nak tengok" Balas Hervy.

"What the fuck 3 hari!!!" Jerit Kirizu dengan mata yang terbeliak.

Di luar bilik terlihat ada Kryshyia sedang mengintai dari luar. Kirizu pandang ke arah kelibat Kryshyia. Dia takut untuk menunjukkan wajahnya. Dia terus larikan diri daripada situ. Kirizu hairan dengan kelakuan gadis tersebut.

"Aihhh...dah kenapa dengan dia?" Soal Kirizu lagi.

"By the way, Master nak jumpa dengan kau termasuk Hervy sekali" Kata Farrah dengan nada yang dingin.

Kirizu mula bangun perlahan-lahan dan dia menyapu-menyapu pakaiannya daripada pasir. Terus dia menyoal semula.

"Pasal next mission ke?" Soal Kirizu tertanya.

"Entah...pergi jelah..."

"Dahh...aku gerak dulu..." Kata Hervy lalu dia terus melangkahkan kakinya menuju ke bilik Master.

"Woiii tunggu aku..."

Kirizu cepat-cepat mengejar Hervy dari belakang supaya dia tidak ditinggalkan. Dia terus keluar dan melangkahkan kakinya menuju ke bilik Master.

************************************

Di dalam bilik Harusa, terlihat Kirizu dan Hervy sedang berdiri menghadap Tuan Harusa. Mereka berdua hanya tunggu sahaja apa yang bakal diucapkan olehnya.

"Terima kasih atas kerjasama kamu berdua kalahkan orang yang membuat hal dekat Fierdien" Ucapnya.

"Bukan masalah yang besar sangat pun..." Kata Kirizu sambil menundukkan kepalannya kebawah.

"Tapi..."

"Tapi?" Soal Kirizu hairan. Terus dia kalihkan pandangannya ke arah Hervy.

Lost Faith: New Beginning In Another World [Vol.1]Where stories live. Discover now