Chapter 25: Duel

52 14 0
                                    


Kirizu kemudiannya keluar daripada dewan meninggalkan Elite Guardian di situ. Dia hanya berjalan-jalan di lorong yang menuju ke pintu utama. sambil melihat ke lantai dengan wajah yang bengang.

   "Aku wonderlah macam mana diorang boleh jadi elite guardian" Bebel Kirizu sendirian.

Sementara itu di bilik Harusa, kelihatan Sakura, Wyser, Aki dan Izuri iaitu Elite Guardian sedang berdiri sebaris mengadap susuk badan Harusa.

   "Mana Migure Zephyrian?" Soal Harusa tenang dan lembut.

   "Maafkan saya, master. Dia macam biasa dengan perangai dia" Ucap Wyser sambil melutut sebelah.

   "Baiklah, saya mulakan apa tujuan saya panggil kamu semua berkumpul. Tujuan saya panggil kamu adalah untuk memantau keadaan di Kanistria semula" Jelas Harusa panjang.

   "Tapi master, bukan ke Wyser dengan sakura dah ada dekat sini untuk bantu Guardian?" Soal Aki tanpa rasa bersalah.

   "Memang mereka berdua ada disini, tapi saya dapat rasakan akan ada sesuatu buruk yang akan berlaku" Balas Harusa yang mula menimbulkan persoalan.

************************************

Kirizu yang baru sahaja keluar dari bangunan guardian mula melihat sekeliling dengan wajah yang kosong. Dia ditegur kuat oleh Hervy daripada jauh. Laju rakannya itu menghampirinya.

   "Oiii...betul ke yang Wyser dengan Sakura tu elite guardian?" Soal Hervy tertanya-tanya.

   "Hmmm...yang tu aku sendiri tak boleh percaya...tapi tak tau ahhh macam mana mamat sorang lagi tu dalam pangkat elite guardian" Bebel Kirizu.

   "Haaa? pahal pulak..."

   "Elite guardian serang aku..." Selamba Kirizu balas dengan muka yang masam.

   "Haaa??!!! What the fuck?!!"

Kembali semula di bilik Harusa, dia memberikan tugas terakhir kepada mereka semua dengan tenang.

   "Satu lagi, saya arahkan kamu semua lindung Kirizu. Pengguna magik element air yang kita ada sekarang ni"

   "Kenapa Master?" Soal Izuri sambil menatap mata Harusa mahukan jawapan.

   "Sebab...dialah kunci untuk segalanya" Jelas Harusa dengan makna yang tersembunyi.

Balik kepada situasi Hervy dan Kirizu. Hervy dengan perasaan yang cemas bercampur teruja mula menanya banyak soalan kepada rakannya dengan suara yang tergetar-getar.

   "Ka-kau ada buat je-jenayah ke?!"

   "Ap-apa magik dia?! Hebat tak?! Siapa menang?!"

Soal Hervy bertubi-tubi sehingga Kirizu merasa rimas dengan soalan yang masuk ke dalam telinganya.

   "Haihhhh...sebelum ni aku yang annoyingkan dia, sekarang dia pula annoyingkan aku. Bagus situasi dah terbalik" Monolog Kirizu malas.

Perlahan dia mula berjalan keluar dari kawasan perkarangan pintu masuk guardian tanpa menjawab soalan Hervy tadi.

   "oiii!! kau nak pergi mana!!" Soal Hervy dengan kuat.

Lost Faith: New Beginning In Another World [Vol.1]Where stories live. Discover now